KEK PISANG

Tuesday, January 31, 2012

KUIH LOMPANG


Bahan A :

1 cawan gula pasir
2 cawan air

Bahan B :

2 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi/sago
2 cawan air
1 tsp. esen rose
1 tsp. air kapur

Bahan C :

1/2 biji kelapa parut putih ) Gaul & kukus sebentar
sedikit garam )

Cara membuat :

1. Masakkan bahan A hingga gula larut. Tapis dan sejukkan.
2. Satukan bahan B, sebatikan dan tuangkan bahan A. Gaul rata dan tapis.
3. Warnakan ikut pilihan.
4. Celupkan jari dan jika melekat pada jari tandanya bolehlah digunakan.
5. Tuangkan adunan ke dalam acuan lompang hingga penuh dan kukus selama 15 minit.

Nota : Adunan hendaklah sentiasa dikacau sebelum dimasukkan ke dalam acuan untuk dikukus kerana jika adunan mendap kuih akan menjadi keras pada bahagian bawahnya.

No comments:

Post a Comment