BISKUT COKLAT WAKNUT
sumber dari : buku 'Citarasa Biskut Popular'
oleh : Chef Noraini Hj. Zakaria
Bahan A :
250 gm mentega
100 gm gula kastor
100 gm gula perang
1 biji telur (B)
1/2 tsp. coklat emulco
1 tsp. esen vanilla
secubit garam
Bahan B :
350 gm tepung gandum
20 gm serbuk koko
1 tsp. soda bikarbonat
1 tsp. serbuk penaik
1/2 tsp. emplex
100 gm kacang walnut, dicincang & dipanggang
100 gm cip coklat
Cara membuat :
1. Panaskan ketuhar kepada 180'C selama 15 minit.
2. Putar mentega, gula kastor, gula perang dan garam hingga kembang & putih.
3. Masukkan telur, emulco coklat dan vanilla dan pukul lagi hingga sebati.
4. Ayak bahan B dan gaulkan bersama kacang walnut dan cip coklat.
5. Kemudian gaulkan bahan B bersama dengan bahan A hingga menjadi doh yang lembut.
6. Ambil sejemput adunan dan letakkan dalam dulang pembakar. Buat hingga habis.
7. Bakar selama 25 minit hingga masak. Sejukkan sebelum disimpan.
No comments:
Post a Comment