KEK PISANG

Sunday, January 1, 2012

CHOCOLATE MOIST CUPCAKES
resipi asal : GuladanMentega

Bahan A :

2 cawan tepung gandum )
2 tsp. baking powder )
1 tsp. soda bikarbonat ) di ayak bersama
1/2 tsp. garam )
1 cawan serbuk koko )

Bahan B :

1 1/2 cawan gula kastor
1 1/4 cawan minyak sayur
1 cawan susu cair 'Ideal'
2 biji telur (B)

Bahan C :

1 cawan air panas mendidih


Cara membuat :

1. Ayakkan bahan A dan ketepikan.
2. Dalam bekas lain, masukkan semua bahan B dan gaulkan hingga sebati.
3. Masukkan bahan A ke dalam bahan B. Gaulkan hingga sebati dan tidak bergentel. Kemudian masukkan air panas mendidih. Gaul sebati.
4. Tuangkan adunan ke dalam papercup anggaran 3/4 penuh dan bakar pada suhu : 170'C selama 20 minit/hingga masak.

Nota : saiz S : menghasilkan : 29 biji

No comments:

Post a Comment