KEK PISANG

Thursday, January 5, 2012

MUFFIN VANILLA CIP COKLAT
oleh : Norhayani Mohd Nor

Bahan-bahan : (anggaran : 13 biji saiz sederhana, paperliner : no. 8)

90 gm mentega
70 gm gula kastor
1 biji telur
80 ml susu segar
sedikit esen vanilla
110 gm tepung gandum
1 tsp baking powder
secubit garam
50 gm cip coklat

Cara membuat :

1. Ayak tepung gandum, garam dan baking powder. Panaskan ketuhar kepada 180'C.
2. Pukul mentega hingga jadi bentuk krim. Masukkan gula, pukul lagi hingga kembang.
3. Masukkan telur sambil dikacau. Masukkan sedikit esen vanilla. Kacau lagi.
4. Kemudian masukkan 1/3 tepung diikuti dengan 1/2 susu sambil dikacau. Ulang lagi dengan memasukkan tepung dan susu hingga habis.
5. Masukkan cip coklat. Kacau hingga rata.
6. Isi 3/4 penuh adunan ini ke dalam cawan muffin.
7. Bakar dengan suhu : 180'C selama 25-30 minit.

No comments:

Post a Comment