KEK PISANG

Wednesday, January 11, 2012

PUDING ROTI MARBLE/PELANGI
resipi asal : Hanamemories
It's Bread Marble Pudding again! It's simple to make, delicious & pretty. Do try it. Tqvm to the owner of this wonderful recipe & also for sharing with everyone.


PUDING ROTI MARBLE/PELANGI
Bahan-bahan :
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170 ml susu cair
10 gm serbuk agar-agar
1/2 cawan gula pasir
2 tbsp. butter/marjerin
3 1/2 cawan air
sedikit pewarna yang disukai
Cara membuat :
Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula dalam periuk. Blend/kisar roti, telur, susu pekat, susu cair dan baki air tadi (1/2 cawan) hingga halus, kemudian tuang ke dalam periuk agar-agar yang sudah mendidih tadi.
Masukkan butter dan kacau rata sampai mendidih. Tutupkan api. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut citarasa anda. Tuangkan ke dalam acuan 8 inci yang telah dibasahkan terlebih dahulu secara berselang-seli hingga habis. Kemudian lorekkan seperti marble. (Buat dengan cepat kerana puding ini cepat mengeras).
Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam. Hidangkan.
SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment