KEK PISANG

Sunday, March 17, 2013

CHOCOLATE BLOSSOM MINI CUP







CHOCOLATE BLOSSOM MINI CUP


sumber   :   fromintankitchen - Azlita, tqvm
dicuba    :   zaralovebaking


Bahan A :

150  gm   tepung gandum
  50  gm   serbuk koko
 1/2  tsp   serbuk penaik
 1/2  tsp   soda bikarbonat
secubit garam


Bahan B :

    2  biji    telur (B)
230  gm    gula kastor
    1  tsp    esen vanilla


Bahan C :

100  ml     susu cair
125  ml     minyak jagung
    1  tbsp  susu pekat


Bahan D :

125  ml    air panas


Cara-cara :

     Satukan kesemua bahan A dan ayakkan 2 kali.  Ketepikan.  Putar bahan B hingga gebu dan putih.  Satukan susu cair dan susu pekat dari bahan C.  Kemudian tuang ke dalam adunan B perlahan-lahan sambil diputar.  Tuangkan pula minyak.  Masukkan pula tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata dengan kaedah kaup balik.  Akhir sekali tuangkan air panas dan gaul dengan sempurna.
     Sediakan cawan kertas secukupnya.  Letakkan cawan kertas di dalam acuan lompang.  Tuangkan adunan 3/4 cawan kertas.
     Kukus selama 20 minit.

No comments:

Post a Comment