KEK PISANG

Monday, March 4, 2013

SAUSAGE CURRY PUFF







SAUSAGE CURRY PUFF


sumber dari :  tiffinbiru (tqvm to CMG)


Bahan-bahan :

    3  batang   sosej  -  didadu kecil
    1  biji         bawang besar  -  dipotong dadu
    2  ulas        bawang putih  -  dicincang halus
    1  pelepah  daun kari  -  dilurutkan
    2  keping    hirisan nipis halia  -  dicincang halus
 3/4  tbsp       serbuk rempah kari daging
    1  tbsp       sos cili
Garam jika perlu  (tak letak pun)
sedikit air  (jika perlu)
    1  paket     puff pastry jenama 'KAWAN' - saiz 4" x 4"
    1  biji         telur  (untuk glis)


Cara-cara :

     Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum.  Masukkan rempah kari, sos cili dan juga sedikit air, kacau rata dan tumiskan hingga rempah garing.  Guna api kecil.
     Masukkan sosej, kacau rata.  Tuangkan sedikit air dan biarkan ianya kering.  Sejukkan.
     Ambil sekeping pastry, kerat kepada 2 bahagian, 1 bahagian dikelar-kelar, letakkan 3/4 tbsp inti di satu bahagian, ceduk isi sahaja manakala minyaknya diketepikan.  Ratakan dan tutup dengan bahagian berkelar tadi, kemaskan dan tekan ditepinya dengan garpu.
     Alihkan ke dalam loyang pembakar, sapu dengan telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 195'C selama 25 minit.  (pasangkan kipas oven jika ada).  

NOTA  :  sangat sedap dan rangup, anak-anak menyukainya.

No comments:

Post a Comment