KEK PISANG

Thursday, March 28, 2013

TRIFLE






PUDING TRIFLE


oleh  :   zaralovebaking


Bahan-bahan :

1   bungkus   kek mentega
1   kotak       agar-agar kristal (sebarang perisa brand NONA)
1   tin            fruit cocktail
3   tbsp         tepung kastad
3   tbsp         gula pasir
3   cawan      susu segar/susu cair
6   keping      biskut oreo (hancurkan)


Cara membuat :

1.   Campurkan tepung kastad, gula pasir dan susu segar ke dalam periuk.  Gaul sebati dan masak hingga mendidih dan pekat.  Ketepikan sebentar.
2.   Potongkan kek mentega dan susunkan dalam kaserol hingga penuh.  Taburkan biskut oreo yang telah dihancurkan di atasnya.
3.   Ambil sedikit jus buah koktel dan siramkan atas kek tadi.
4.   Kemudian tuangkan kastad ke atas keseluruhan kek hingga rata.  Taburkan buah koktel atasnya.
5.   Bancuh dan masak agar-agar kristal ikut arahan pada pek kotak dan tuang atas koktel tadi.
6.   Biar hingga agak suam barulah dimasukkan ke dalam peti ais.  Enak dimakan dengan aiskrim perisa vanilla.

2 comments:

  1. Assalam..
    Sedapnya..panas-panas cmni kalau telan sejuk jer kat anak tekak..

    ReplyDelete