Sunday, March 3, 2013
PAVLOVA
PAVLOVA
sumber oleh : cikepal06, tqvm untuk resipi
Bahan-bahan :
4 biji putih telur
3/4 cawan gula kastor
1 tbsp tepung jagung
1 tsp cuka masakan
1 tsp esen vanilla
Bahan topping :
1/2 cawan whipping cream (Value Pride - yang ni dah manis tidak perlu tambah gula)
Hiasan : buah-buahan pilihan
Cara-cara :
Pukul putih telur sampai kembang dan berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul lagi sampai kental dan berkilat. Masukkan tepung jagung, cuka masakan dan esen vanilla ke dalam adunan. Kaup balik laju-laju guna spatula.
Masukkan adunan ke dalam piping bag dan paipkan ke atas loyang yang telah di alas dengan baking paper. Saiz pavlova ikut pilihan.
Panaskan oven pada suhu 150'C selama 15 minit kemudian turunkan suhu kepada 140'C. Bakar pavlova selama 1 jam 15 minit bergantung pada oven masing-masing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment