KEK PISANG

Friday, March 8, 2013

NASI LEMAK untuk santapan tengahari.








NASI LEMAK


sumber dari  :  tiffinbiru - CMG, tqvm pada penyumbang resipi ni


Bahan-bahan :

  4   cawan   beras basmati  -  rendam 30 minit & toskan
  6   cawan   santan  (guna santan segar)
  1   helai      daun pandan  -  disimpul
  1   batang   serai  -  di titik
1/3  tsp         halba
  1   biji         bawang besar saiz sederhana  -  belah 4
  1   inci        halia tua  -  kerat 3 dan titik
  3   ulas       bawang putih  -  dititik
Garam secukup rasa


Bahan sampingan :

sambal tumis secukupnya
hirisan timun
kacang tanah goreng
ikan bilis goreng
telur rebus  -  belah dua
ayam/ikan goreng  (optional)


Cara-cara :

     Masukkan beras dalam periuk nasi letrik atau rice cooker.  Masukkan serai, daun pandan, halba, bawang besar, halia dan bawang putih.  Tuangkan santan dan tambahkan garam secukup rasa.  Kacau perlahan.  Masak nasi seperti biasa hingga masak.
     Gemburkan nasi dengan chopstick 3-4 kali sahaja.  (Jangan terlebih gembur kerana ini akan mematahkan beras basmati).  Hidangkan bersama bahan-bahan sampingan.

No comments:

Post a Comment