NASI TOMATO Yatiememories
ACAR
RENDANG AYAM
NASI TOMATO
sumber dari : Yatiememories, tqvm
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
4 cawan beras basmathi, cuci & rendam 30 minit, toskan
5 cawan air
1 cawan susu cair
1 1/2 tbsp minyak sapi
2 tbsp minyak masak, tambahan
2 1/2 tbsp sos tomato
1 kiub pati ayam "maggi"
Garam secukupnya
Untuk hiasan :
Hirisan daun bawang secukupnya
Kismis dan kacang peas
Bawang goreng secukupnya
Bahan tumis :
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 biji bawang besar - didadu kecil
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 inci halia - diketuk
2 helai daun pandan - disimpul
1 biji buah tomato yang masak ranum, buang bijinya dan cincang halus
Cara-cara :
Panaskan minyak sapi dan minyak masak didalam kuali, masukkan bahan tumis, halia, bawang besar, bawang putih, daun pandan dan tomato. Masakkan hingga semuanya layu. Tambahkan sos tomato dan kacau rata. Masukkan beras, gaul rata dan gorengkan sekejap.
Alihkan beras tadi ke dalam rice cooker, tuangkan air, susu cair, kiub pati ayam (hancurkan, jika guna) dan garam secukup rasa. Kacau rata dan tanak seperti biasa. Bila nasi dah masak, taburkan kismis dan bila elok kering, gemburkan dengan chopstick. Taburkan dengan bahan hiasan lain.
Sedia untuk dihidangkan.
sedap...
ReplyDeletethanks adda...
ReplyDelete