kuah spageti bolognese
SPAGETI BOLOGNESE
oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
1 paket spageti (saya guna jenis 'Angel Hair')
400 gm daging kisar
1 tin puri tomato (saiz kecil)
1 tin sos spageti (brand 'PREGO')
10 biji cendawan butang (dalam tin - dihiris)
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 biji bawang besar Holland (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 helai daun bay (daun salam)
1 cawan air
3 tbsp keju Parmesan
3 tbsp minyak masak (untuk menumis)
Garam dan gula pasir secukupnya
sedikit serbuk lada hitam (tambahan)
Cara membuat :
1. Didihkan air dalam periuk. Masukkan sedikit garam dan minyak masak. Masukkan spageti dan rebus 5-7 minit hingga masak. Angkat dan tuskan.
2. Tumiskan bawang putih dan bawang besar Holland hingga berbau wangi. Masukkan daging kisar. Masak hingga daging berubah warna. Kemudian masukkan puri tomato dan sos PREGO. Tambahkan 1 cawan air. Masukkan cendawan butang, lobak merah, tomato, daun bay, serbuk lada hitam (jika guna), garam dan gula lasir. Masak hingga lobak merah agak lembut. Kacau hingga rata.
3. Letakkan spageti di atas pinggan dan tuangkan sos daging. Taburkan keju Parmesan. Hidangkan.
No comments:
Post a Comment