KEK PISANG

Sunday, March 17, 2013

MUFFIN JEM STRAWBERRY








MUFFIN JEM STRAWBERRY


sumber  :  tiffinbiru, CMG - tqvm (resipi asal guna raspberi)
dicuba   :  zaralovebaking


Bahan-bahan :

125  gm   mentega
    3  biji   telur
120  gm   gula perang
200  ml    susu segar
360  gm   tepung gandum *
  15  gm   baking powder *
secubit garam *  ( * disatukan dan kacau rata )
    1  tsp   esen vanilla
Jem strawberry secukupnya


Cara-cara :

1.   Panaskan ketuhar pada suhu 175'C, alas tin muffin dengan cawan kertas.  Ketepikan.
2.   Sementara itu, tepung dimasukkan ke dalam mangkuk besar, buatkan lubang ditengahnya.
3.   Dalam mangkuk pengadun, satukan mentega, gula perang, susu, telur, vanilla dan garam - putarkan pada kelajuan sederhana selama 2 minit.
4.   Kemudian tuangkan ke dalam tepung tadi, gaulkan hingga sebati tetapi jangan gaul lama sangat.  Cukup sekadar sebati dan mesra.  Tuangkan ke dalam cawan kertas tadi  dan sudukan 3/4 tsp jem ke atasnya.
5.   Bakar selama 25 minit/hingga masak.

No comments:

Post a Comment