KEK PISANG

Monday, March 4, 2013

IKAN TIGA RASA






IKAN TIGA RASA


sumber  :   buku resipi '1 Hari 1 Resipi'  -  Chef Hanieliza


Bahan A :

1   ekor    ikan siakap
1   tbsp     tepung jagung  (bagi menyalut ikan)
3   biji       bawang merah  -  dihiris
1   labu     bawang besar  -  dihiris
2   ulas      bawang putih  -  dihiris
2   inci       halia  -  dihiris
Minyak bagi menggoreng ikan


Bahan B :  (untuk sos)

3  tbsp   sos tomato
3  tbsp   sos cili
3  tbsp   sos tiram
3  tbsp   air
1  tsp     gula


Bahan C :  (sebagai hiasan)

Nenas dadu (dalam tin - toskan airnya)
Bawang goreng


Cara memasak :

1.   Sapukan tepung jagung di sekeliling ikan.
2.   Goreng ikan menggunakan minyak yang banyak hingga masak kuning keemasan.  Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
3.   Keluarkan minyak dan tinggalkan dua sudu makan minyak bagi menumis bahan yang dihiris hingga wangi.
4.   Masukkan bahan sos dan biarkan mendidih.  Kacau rata.
5.   Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
6.   Curahkan kuah sos di atas ikan.  Sedia untuk dihidang dengan nasi panas.

No comments:

Post a Comment