KEK PISANG

Thursday, March 28, 2013

MOIST CHOC. CHEESE CAKE yang sangat sedap & lembab.





MOIST CHOCOLATE CHEESE CAKE


sumber dari  :  Majalah AROMA Mac 2013 (blog : Spices Journey, tqvm utk resipi yang sedap ini)
dicuba oleh  :   zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

    3  biji        telur  (gred A)
200  gm        cream cheese
 1/2  cawan   butter  (125 gm)
 1/2  cawan   olive oil (saya guna minyak jagung)
    1  cawan   brown sugar
    1  cawan   susu cair
    1  tsp        esen vanilla
150  gm        tepung gandum *
  50  gm        serbuk koko *
    2  tbsp      tepung jagung *
    1  tsp        baking powder *
    1  tsp        soda bikarbonat *


Ganache :

200  gm   dark cooking chocolate
  50  gm   whipping cream (dairy UHT)
 3/4  tbsp  butter


Cara Penyediaan :

1.   Ayak semua bahan bertanda (*) dan ketepikan seketika.
2.   Dalam mixing bowl, putarkan cream cheese hingga lembut.
3.   Pukul sekali dengan sebiji telur untuk lebih mudah.
4.   Bila cheese dah lembut berkrim, masukkan butter dan pukul hingga sebati.
5.   Kemudian masukkan brown sugar dan pukul lagi hingga gula hancur.  Masukkan pula telur yang selebihnya satu persatu dan pukul hingga kembang.
6.   Selepas itu masukkan susu cair, olive oil dan vanilla dan pukul sekadar mesra dan sebati.
7.   Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit (yang bertanda *).  Gaul hingga sebati dengan spatula.
8.   Tuangkan adunan ke dalam loyang 8 inci yang telah dilenserkan dengan butter atau minyak.
9.   Seterusnya bakar dengan kaedah steambath.  Masak dalam loyang yang diisi dengan air panas mendidih selama 1 jam pada suhu 175'C atau hingga masak.  (Oven hendaklah dipanaskan terlebih dulu).
10. Kek ini boleh terus dimakan begitu saja atau boleh disiram dengan chocolate ganache dan dihias mengikut citarasa.


Ganache :

1.   Dengan kaedah double boiler, panaskan dan kacau whipping cream hingga berbuih di kelilingnya.  Kemudian masukkan cooking chocolate (yang telah dicincang) dan kacau hingga cair.

2.   Bila chocolate sudah cair, masukkan butter dan kacau sebentar hingga sebati.

3.   Matikan api, angkat dan tuangkan ke atas kek tadi.  Taburkan dengan bahan hiasan jika suka dan bolehlah dihidangkan.






No comments:

Post a Comment