KEK PISANG

Saturday, October 29, 2011



21/6/2011 (Selasa) - Kelas Fondant Figurine dengan
Mazita Mahat dari Gula dan Mentega di Saujana Impian Gemilang,
Kajang.
KEK KEJU COKLAT DINGIN
sumber : dari buku 'Kompilasi Hidangan Kek'
by : Nor Aini Zakaria
KEK KEJU COKLAT DINGIN


Bahan kek span coklat :

200 gm tepung kek
200 gm gula kastor
110 gm mentega cair/minyak masak
100 gm air
40 gm serbuk koko
20 gm ovalette
6 biji telur gred A
1 tsp serbuk penaik
1 tsp coklat emulco

Cara membuat :

1. Griskan acuan bulat 9 inci. Lapik dengan kertas minyak. Panaskan oven pada suhu : 180'C.
2. Satukan gula kastor, ovalet, tepung kek, serbuk penaik & telur dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu.
3. Masukkan air, coklat emulco dan serbuk koko. Pukul lagi selama 5 minit.
4. Tuangkan mentega cair dan gaulkan dengan spatula hingga sebati.
5. Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar selama 45 minit.
6. Keluarkan dari oven dan telangkupkan untuk mengelakkan kek daripada mendap. Sejukkan dahulu baru dikeluarkan dari acuan.

Bahan inti keju :

250 gm krim keju
80 gm gula kastor
100 gm coklat masakan - dicairkan secara double boil
250 gm krim putar (dairy whipping cream - brand 'Anchor UHT Whipping Cream)
50 gm air
15 gm gelatin halal (brand NONA, NUR)

Cara membuat :

1. Krim putar dipukul hingga kembang dan gebu. Simpan dalam peti sejuk.
2. Pukul krim keju dan gula kastor hingga berkrim. Masukkan krim putar dan coklat masakan yang telah dicairkan. Pukul sebati adunan tersebut.
3. Gelatin dicampurkan dengan air dan panaskan secara double-boiler hingga cair dan hancur.
4. Tuangkan gelatin ke dalam adunan keju tadi dan pukul hingga sebati.
5. Kek span coklat dihiris dua. Masukkan satu bahagian ke dalam acuan springform bulat saiz 8 inci. Tuangkan adunan keju. Dinginbekukan selama 4 jam dalam peti sejuk atau semalaman.
SAMBAL TELUR MATA KERBAU
SAMBAL SARDIN
Set makan tengahari bersama keluarga.

Friday, October 28, 2011


KEK PANDAN BERMENTEGA
resepi asal : dari buku Ita Delight


KEK PANDAN BERMENTEGA


Bahan-bahan :

270 gm marjerin Daisy
270 gm tepung naik sendiri - diayak
220 gm gula kastor
25 gm kelapa kering
60 ml santan kotak
5 biji telur
1 tsp pes pandan
1/4 tsp pewarna hijau
1 tbsp ovalet

Cara membuat :

1. Panaskan ketuhar pada suhu : 180'C.
2. Putar marjerin, ovalet, gula kastor, pes pandan, pewarna hijau hingga kembang & gebu.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil diputar.
4. Masukkan kelapa kering.
5. Masukkan tepung naik sendiri berselang-seli dengan santan kotak. Gaul sekadar sebati.
6. Tuangkan ke dalam acuan 9" bulat yang telah dialas kertas minyak. Taburkan dengan taburan atas dan bakar selama 1 jam atau hingga masak.

Bahan-bahan taburan atas :

30 gm marjerin Daisy
20 gm gula aising
30 gm kelapa kering

Cara penyediaannya :

Gaul semua bahan-bahan di atas hingga berbutir dan tabur di atas kek sebelum dibakar.

SELAMAT MENCUBA

DADIH SEGERA yang simple & sedap.

Cara membuatnya ikut arahan yang terdapat pada pek ini.

Tuesday, October 25, 2011

Kelas Macarons di BAGUS Kajang
25/10/2011 (Selasa) Kelas Macarons di BAGUS Kajang
bersama Chef Chee Seng.

Monday, October 24, 2011


KEK PANDAN KELAPA

KEK PANDAN KELAPA
resepi asal : dari Majalah 'SEDAP' Bil.13 Vol.2 2009


Bahan :

3 biji telur (gred A)
75 gm gula kastor
100 gm tepung gandum
50 gm santan pekat segera
1/8 tsp. esen pandan
2 titik pewarna hijau tua
30 gm kelapa kering segera, sangai untuk taburan

Cara membuatnya :

1. Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan tepung gandum sambil diayak dan dikacau rata.
2. Masukkan santan, esen pandan dan pewarna hijau sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan.
3. Tuangkan ke dalam loyang saiz 6 inci persegi/bulat yang disapu marjerin dan dialas kertas kalis minyak.
4. Taburkan kelapa kering. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar : 190'C sehingga masak.

Nota : Kek ini sedap. Adunan pandan dan kelapa merupakan padanan yang tepat. Jangan ragu-ragu untuk mencubanya. SELAMAT MENCUBA.

23/10/2011 (Ahad) menanti ketibaan pesawat untuk
berangkat pulang ke K.L. pada sebelah pagi dan sampai di airport K.L. jam 11.30 pagi.

20/10/2011 (Khamis) bersama hubby & anak di Kawah Ratu,
Tangkuban Perahu, Bandung.
20/10/2011 (Khamis) - acara memetik buah strawberi di Strawberry Park,
Bandung dgn. anak.

20/10/2011 (Khamis) kawasan Air Panas dgn. hubby.
20/10/2011 (Khamis) kawasan Air Panas dgn. anak.

di Bandung

20/10/2011 (Khamis) Tangkuban Perahu, Bandung.

19/10/2011 (Rabu) Sampai di Airport Bandung pada sebelah pagi.

19/10/2011 (Rabu) - Airport Bandung

Sunday, October 23, 2011

COFFEE CHIFFON CAKE
resepi asal : dari buku 'Chiffon cake is done'
by : Kevin Chai
COFFEE CHIFFON CAKE

Egg yolk batter :

1 tbsp. instant coffee powder (I use 1 1/2 tbsp)
20 ml. milk (I use 60 ml)
2 egg yolks (I use 7 egg yolks)
20 gm. caster sugar (I use 50 gm)
20 ml. cooking oil (I use 4 tbsp)
40 gm. self-raising flour (I use 110 gm - sifted)

Egg white foam :

2 egg whites (I use 7 egg whites)
1/4 tsp. cream of tartar (I use 1/2 tsp)
50 gm. caster (I use 130 gm)

Method :

1. To make egg yolk batter, stir instant coffee powder with milk until melted. Combine with egg yolks, sugar and oil in a mixing bowl. Fold in flour until forms batter.

2. To make egg white foam, beat egg whites and cream of tartar until mixture forms soft peaks. Gradually add in sugar, beating at high speed until frothy and stiff peaks form.

3. Gently fold beaten egg white foam into egg yolk batter until blended.

4. Pour batter into ungreased 6-in (16 cm) tube pan (I use 9-inch /22 cm). Bake in preheated oven at 170'C for 30 minutes or until cooked.

5. Remove from oven, invert cake onto table until completely cooled.

KUIH LOMPANG
resepi asal : dari blog 'Citarasawan'

Bahan A :

1 cawan gula pasir
2 cawan air

Bahan B :

2 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi/tepung sago
2 cawan air
1 tsp. esen rose
1 tsp. air kapur

Bahan C :

1/2 biji kelapa parut putih )
sedikit garam ) digaul & kukus sebentar

Cara membuat :

1. Masak bahan A hingga gula larut. Tapis & sejukkan.
2. Satukan bahan B, sebatikan dan tuangkan bahan A (air gula tadi), gaul rata kemudian tapis.
3. Celupkan jari, jika melekat pada jari, bolehlah digunakan. Panaskan pengukus dan acuan lompang.
4. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk lompang dan kukus selama 25-30 minit.
5. Jika mahu warnakan, asingkan dan titikkan pewarna yang disukai.
6. Setelah masak, sejukkan dan keluarkan dari acuan. Hidangkan dengan kelapa parut.

Nota : Adunan hendaklah sentiasa dikacau agar ketika mengukus kuih lompang tidak akan keras bila sudah masak & sejuk.

Monday, October 17, 2011


KEK KEJU CHEESE CRACKERS
resepi asal : dari blog: Citarasawan, tqvm for this lovely
& delicious recipe. I've tried it. May God bless you.




Bahan-bahan :

250 kg krim keju
100 gm butter
40 gm gula kastor
125 ml. whipping cream/thickened cream - pukul hingga kental, ketepikan
2 tbsp. susu pekat manis
100 gm blueberry filling atau apa saja filling yang disukai
160 gm biskut cheese crackers (2 paket kecil, brand 'Julie' my cheese crackers)
1/2 cawan susu segar
1 tbsp. gelatin halal (brand, Nur/NONA/Kijang Emas)
40 ml. air panas

Cara membuat :

1. Masukkan air panas ke dalam mangkuk, taburkan gelatin. Kacaukan hingga gelatin larut. Ketepikan.
2. Pukulkan keju, butter dan gula hingga lembut dan licin. Masukkan susu pekat diikuti blueberry filling dan gelatin. Putar hingga sebati. Kemudian kaup balikkan dengan whipping cream yang telah dipukul tadi. Gaul hingga rata dan sebati.
3. Celupkan biskut beberapa saat di dalam susu segar dan aturkan memenuhi dasar loyang loose base 7 inci (spring form), tidak perlu dialas bahagian dasarnya.
4. Ratakan adunan krim keju di atasnya.
5. Ulangi menyusun biskut dan melapis keju hingga habis. Bahagian atasnya keju. Hias dengan biskut butang bunga di atasnya.
6. Simpan dalam peti sejuk selama 3 jam atau semalaman.
SELAMAT MENCUBA

NASI LEMAK
resepi asal : Majalah 'SEDAP' Bil. 19 Vol.2 2009

Bahan Nasi Lemak :

1 kg. beras, basuh & tos kering
1 liter santan (5 cawan)
3 helai daun pandan, koyak sedikit & simpul
3 keping hirisan halia
3 ulas bawang merah, dimayang
Garam secukup rasa
Sedikit gula jika suka

Bahan sambal tumis ikan bilis :

250 gm ikan bilis, bersih & buangkan kepala, rendamkan seketika
1 senduk cili kering, kisar halus
3 labu bawang besar, kisar halus
Sedikit belacan
1 cawan air asam jawa
2 labu bawang besar, mayang kasar
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara membuat :

1. Nasi Lemak : masukkan semua bahan nasi lemak ke dalam periuk dan masak hingga beras sebati dengan santan.
2. Apabila nasi kelihatan agak kering, kacau rata dan tutup semula tudung periuk. Biarkan ia sentiasa panas dalam periuk nasi elektrik.
3. Sambal tumis ikan bilis : Tumis bahan yang telah dimesin halus hingga terbit aroma.
4. Masukkan air asam, ikan bilis, garam, gula dan bawang besar.
5. Masukkan air sedikit. Biarkan hingga mendidih dan pekat dengan api perlahan.
6. Setelah sambal kelihatan naik minyak, bolehlah diangkat.
7. Apabila nasi lemak telah masak, bolehlah dihidangkan bersama sambal tumis ikan bilis, telur rebus, ikan bilis goreng, ulam timun dan kangkung rebus.

NASI LEMAK HALBA :
resepi asal : dari blog 'CMG'

4 cawan beras basmathi (rendam 30 minit & toskan)
6 cawan santan
1 biji bawang besar (belah 4)
1 helai daun pandan (simpul)
1 batang serai (titik)
1 inci halia (hiris nipis)
3 ulas bawang putih, ketuk
1 tsp. halba, cuci & toskan
Garam secukup rasa

Bahan sampingan :

Timun hiris
Telur rebus
Sambal tumis
Ayam goreng (optional)
Kacang tanah goreng
Ikan bilis goreng

Cara membuat :

Satukan beras dan santan dalam periuk rice cooker. Masukkan semua bahan-bahan lain dan garam secukup rasa. Masak seperti biasa. Gaul dengan garpu 3-4 kali. (Jika terlebih gaul beras akan patah dan tidak cantik).
Hidang bersama bahan sampingan.
SELAMAT MENCUBA & kepada tuan punya resepi tqvm kerana sudi kongsi resepi ini.


NASI LEMAK HARUM LIMAU PURUT
resepi asal : dari blog 'Yatiememories'

2 cawan beras
2 cawan santan
4-5 helai daun limau purut
1 batang serai, titik
Sedikit garam (agar nasi rasa lemak)

Cara membuat :

Cuci beras bersih-bersih dan masukkan dalam periuk rice cooker. Masukkan santan, daun limau purut, serai dan sedikit garam. Gaul sebati. Tanak seperti biasa. Hidangkan dengan lauk sampingan.
SELAMAT MENCUBA & kepada tuan punya resepi tqvm kerana sudi berkongsi resepi ini.

Sunday, October 16, 2011

MUFIN STRAWBERI
resepi asal : buku 'Kompilasi Hidangan Kek' oleh:
Nor Aini Zakaria
MUFIN STRAWBERI

Bahan-bahan :

250 gm tepung gandum
2 tsp. serbuk penaik
150 gm minyak jagung/minyak masak
150 gm susu segar/UHT
120 gm gula kastor
1 tsp. garam
2 biji telur gred A
Inti strawberi secukupnya

Cara membuat :

1. Telur dipukul dengan garpu hingga sebati. Ketepikan.
2. Satukan minyak, susu segar, gula kastor, garam dan telur. Gunakan pemukul telur dan pukul adunan hingga gula larut.
3. Ayak tepung gandum dan serbuk penaik ke dalam mangkuk adunan. Tuangkan adunan telur tadi. Gaul hingga sebati tetapi masih kelihatan berketul. Terlebih gaul (overmixing) akan menyebabkan mufin keras.
4. Sediakan tin mufin. Alaskan dengan cawan kertas. Tuangkan adunan hingga 1/2 bahagian cawan. Letakkan 1/2 sudu kecil inti strawberi. Tutup dengan sedikit adunan lagi hingga 3/4 penuh. Bakar dalam ketuhar pada suhu : 180'C selama 25 minit.

Nota : Adunan ini menghasilkan : 16 biji kek (dgn. paperliner size 8)
Inti boleh dipelbagaikan ikut citarasa.
AYAM MASAK ASAM PEDAS
resepi asal : majalah 'SEDAP' Bil. 30, Vol.3 2010


Bahan-bahan :

1 ekor ayam, potong 16 bahagian
1/2 tbsp. air asam jawa (daripada 1 tsp. asam jawa & 1 tbsp. air, larutkan)
1/2 tsp. garam
1 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut, buang tulangnya
2 helai daun salam
1 batang serai, dititik
2 tsp. garam
1 tsp. gula merah
3 keping asam gelugur
4 biji belimbing buluh, supaya lebih terasa asam, picit belimbing hingga hancur
400 ml. air
2 tbsp. minyak untuk menumis

Bahan Kisar :

4 biji cili merah kerinting
2 biji cili merah besar
4 biji cili padi merah
2 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 cm. halia
1 cm. kunyit hidup, bakar

Cara membuatnya :

1. Lumur ayam bersama air asam jawa dan garam. Perapkan selama 20 minit. Ketepikan.
2. Tumis bahan kisar, daun kunyit, daun limau purut, daun salam dan serai hingga terbit aroma. Masukkan ayam. Kacau hingga berubah warna.
3. Masukkan garam, gula merah, asam gelugur dan belimbing buluh. Kacau rata. Tuangkan air secara berperingkat. Masak hingga matang dan menyerap.
set makan tengahari
Tauge goreng berkicap
Ayam Masak Asam Pedas
15/10/2011 (Sabtu) - Apam Bengawan Solo
tempahan dari rakan ku Pn. Pah, tqvm.

Wednesday, October 12, 2011

BAHULU PANDAN CHOCOLATE RICE
sumber dari : blog 'Dayang Jack'


100 gm tepung gandum
4 biji telur (gred A)
90 gm gula kastor
50 ml minyak jagung
1 tsp ovalet
2 tbsp susu segar
1 tsp pandan emulco/pes
2 tbsp chocolate rice/chip

Tray : 6 inci bulat/petak

Cara membuat :

1. Panaskan ketuhar 180'C. Sediakan acuan yang bersesuaian/muffin/papercup.
2. Satukan telur, gula dan ovalet dalam mangkuk. Putar hingga kembang.
3. Masukkan tepungm susu dan pandan emulco. putar hingga sebati.
4. Masukkan minyak, gaul sebati (kaup balik) dengan spatula. Akhir sekali masukkan chocolate rice dan gaul rata, tidak perlu gaul terlalu lama.
5. Bakar selama 25-30 minit. Pertama : 180'C selama 20 minit kemudian turunkan suhu kepada 160'C selama 10 minit terakhir.
6. Hias jika suka.

Krim aising : cadangan

1/3 cawan gula aising
60 gm mentega
1 tbsp jus oren
Kelapa kering secukupnya

Satukan gula, mentega dan jus oren dan putar hingga gebu. Sapukan pada kek dan taburkan dengan kelapa kering.
AUSTRIAN BREAD KUGEL
sumber : dari majalah 'SEDAP' Bil. 19, Vol. 2 2009
AUSTRIAN BREAD KUGEL
ataupun boleh di namakan 'Puding Roti'


Bahan :

6 keping roti tawar dengan kulit, dicarik-carik
200 ml susu cair
3 biji telur, pukul ringan
100 gm gula pasir
100 gm epal, potong dadu 1 cm
100 gm kismis
1/2 tsp. serbuk kayu manis
100 gm mentega tawar, potong dadu kecil (saya guna 50 gm jer)
1 tbsp. gula pasir untuk taburan
1/4 tsp. serbuk kayu manis untuk taburan

Cara membuat :

1. Rendam roti dalam susu selama 10 minit.
2. Masukkan telur dan gula pasir. Kacau rata. Masukkan epal, kismis & kayu manis. Kacau rata.
3. Tuangkan ke dalam mangkuk tahan panas berbentuk segi empat yang disapu marjerin. Ratakan atau boleh juga guna loyang loaf pan.
4. Taburkan atasnya dengan potongan mentega beku dan gula pasir. Taburkan pula dengan ayakkan serbuk kayu manis.
5. Bakar selama 50 minit dengan suhu ketuhar 170'C sehingga masak.

Nota : Simpan mentega dalam peti sejuk setelah dipotong-potong supaya mentega tidak lembik dan mudah untuk ditaburkan ke atas adunan.

Monday, October 10, 2011


CHOCOLATE MARBLE BREAD
original recipe : Joy of Baking

115 gm chocolate bar - chopped
1/2 cup milk, divided (120 ml)
1 1/2 cup all-purpose flour (195 gm)
2 tsp. baking powder
1/4 tsp. salt
1/4 cup sour cream or plain yogurt (60 ml)
1/2 cup butter (113 gm)
3/4 cup caster sugar plus 2 tbsp. (170 gm)
2 large eggs
1 tsp. vanilla essence


Preheat oven 160'C. Greased and lined 9 x 5 x 3 inch pan. Melt the chocolate bar along with 1/4 cup (60 ml) milk by double boil over simmering water. Remove from heat and set aside.
In another bowl, whisk flour with baking powder and salt. In a small bowl whisk sour cream/yogurt with remaining 1/4 cup (60 ml) milk and vanilla.
Beat butter and sugar until light and fluffy. Beat in eggs one at a time. Add flour mixture and sour cream/milk mixture in 3 additions begin with flour ending with flour.
Spoon half of the batter into a separate bowl. Add melted chocolate mixture to one half of the batter and fold in, while the other half colour it green.
Spoon the batter into the pan alternately chocolate with green batter and swirl into marble effect. Bake for 55 minutes/till cooked.
HAPPY BAKING. (This is a very delicious cake, try it).

GUGELHUPF COKLAT
resepi asal : dari buku 'Kek' by Chef Wan

GUGELHUPF COKLAT by : Chef Wan

Bahan-bahan :

170 gm tepung gandum serbaguna
1 tsp. serbuk penaik
6 biji telur
250 gm gula halus (castor)
250 gm coklat seperuh manis, dicincang
170 gm mentega, dicairkan & disejukkan
180 gm kacang hazel kisar
gula aising untuk menabur

Cara membuat :

1. Ayak bersama tepung dan serbuk penaik.
2. Di dalam mangkuk lain, pukul telur dan gula sehingga gebu.
3. Cairkan 200 gm coklat di dalam mangkuk tahan panas yang diletak di atas periuk yang berisi dengan air mereneh. Tuang coklat cair perlahan-lahan ke dalam adunan telur bersama dengan mentega, kacang hazel dan bahan-bahan berayak. Masukkan coklat cincang yang selebihnya dan kacau sehingga sebati.
4. Tuangkan adunan ke dalam acuan gugelhupf bergris dan bertepung. Bakar di dalam ketuhar yang dipanaskan terlebih dahulu pada suhu: 175'C selama 50 minit.
5. Ayak gula aising ke atas kek yang telah disejukkan.

Saturday, October 8, 2011


PUDING BUAH BERKARAMEL
resepi asal : blog 'Dayang Jack'

PUDING BUAH BERKARAMEL


Bahan Karamel :

5 tbsp. gula pasir
4 tbsp. air panas

Masak gula pasir hingga perang kemudian masukkan air panas perlahan-lahan dan kacau sebati. Tuangkan ke dalam loyang dan ketepikan.

Bahan Puding :

10 gm serbuk agar-agar
750 ml air
160 gm gula pasir
1 tsp. esen vanilla
400 gm buah koktel (ditoskan)
120 ml. sirap koktel
4-5 tbsp. susu pekat
250 ml. susu cair/susu segar (I use susu cair)
3 tbsp. tepung kastad (dibancuh dengan sedikit air)
Asam keping haw flakes secukupnya (optional)

Cara membuat :

1. Satukan serbuk agar-agar dan gula pasir. Masak hingga gula larut.
2. Masukkan sirap koktel, susu pekat & susu cair. Kacau hingga mendidih guna api kecil.
3. Masukkan vanilla dan bancuhan tepung kastad. Kacau perlahan hingga agak pekat. Masukkan buah koktel dan asam manis haw flakes yang diramas kasar. Padamkan api.
4. Tuangkan ke dalam loyang 8 inci berkaramel tadi dan sejukkan.
5. Bila dan agak-agak sejuk, simpan dalam peti sejuk.
SELAMAT MENCUBA. (Tqvm kepada tuan punya resepi ini).

ATAU :

boleh dibuat seperti Dayang Jack : ambil 2-3 senduk dan ratakan pada loyang berkaramel tadi. Biarkan sebentar dan tunggu puding dah tak cair, susun buah koktel dan lapiskan lagi selang-seli dengan asam manis haw flake. Buat hingga habis dan sejukkan.


Friday, October 7, 2011

KEK EPAL
sumber : buku 'Kek & Biskut' - Chef Hanieliza

Bahan A :

250 gm mentega
170 gm gula kastor
4 biji telur
1 tsp. esen vanilla
250 gm tepung naik sendiri (diayak 3 kali)
5 tbsp. susu tepung
1 tsp. garam

Bahan B :

3 bji epal hijau (sagat kasar-kasar)

Bahan C : (Hiasan)

3 tbsp. gula perang
1 tbsp. serbuk kulit kayu manis

Acuan : 9 inci

Cara membuat :

1. Masukkan semua bahan A di dalam mangkuk dan pukul hingga ringan & gebu.
2. Epal hijau dibuang kulit & diparut kasar.
3. Masukkan epal yang sudah di sagat ke dalam adunan A dan kacau rata.
4. Masukkan ke dalam loyang yang sudah dilapik kertas.
5. Gaul rata bahan hiasan dan taburkan di atas adunan kek.
6. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180'C selama 45 minit.
7. Sejuk dan sediakan dihidangkan. (Kek ini sedap sekali tetapi permukaannya terhangus sedikit. Lain kali kena tutup dengan foil - ini adalah untuk peringatan saya).