KEK PISANG

Showing posts with label Juadah berbuka. Show all posts
Showing posts with label Juadah berbuka. Show all posts

Tuesday, May 14, 2019

IFTAR 9 ...








RESIPI ROTI JALA
sumber :    Ilhamdapur.blogspot.com




Bahan-Bahan :

2  cawan  tepung gandum
2  cawan  air
1/4  cawan  susu segar
Sedikit garam
Sedikit pewarna pilihan



Cara-Cara :

1.  Masukkan bahan-bahan basah dahulu ke dalam pengisar kemudian baru diikuti dengan tepung gandum dan garam.  Kisar sehingga sebati dan tidak berbintil.

2.  Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, masukkan adunan ke dalam botol sos dan kirai.

3.  Bila dah kelihatan kering, lipat dan gulung.  Sedia untuk dinikmati bersama kari pilihan.








TAUHU GORENG BERLADO
sumber :    Majalah RASA Februari 2018




Bahan-Bahan :

400  gm  tauhu putih  ~  belah dua bentuk segitiga
2  sudu makan  kicap manis
2  helai  daun salam
2  sm  lengkuas  ~  titik
1  sudu makan  gula merah
Garam secukupnya
300  ml  air
Minyak masak untuk menumis


Bahan Dikisar :

5  ulas  bawang putih
6  biji  bawang merah
3  biji  cili hidup/cili merah
10  tangkai  cili kering
3  biji  buah keras


Cara Memasak :

1.  Perapkan tauhu dengan sedikit garam dan bawang putih.

2.  Biarkan kurang lebih 5 minit dan goreng sehingga masak.  Ketepikan.

3.  Ambil bahan dikisar dan tumis dengan sedikit minyak.  Biarkan sehingga naik minyak.  Masukkan daun salam dan lengkuas.  Tumis sehingga harum.

4.  Masukkan kicap manis, gula merah dan garam secukupnya.

5.  Tuangkan air dan biarkan sehingga mendidih.  Masukkan tauhu goreng dan biarkan sehingga ia sebati dengan perencah yang ditumis.  Biarkan sehingga air hampir kering.  Tutup api.

6.  Angkat dan sedia untuk dihidangkan.








SUP SAYUR PETOLA
sumber :    zaralovebaking ...




Bahan-Bahan :

1  biji  petola
2  ulas  bawang putih  ~  cincang halus
3  biji  bawang merah  ~  hiris
1  sudu makan  udang kering  ~  cuci bersih, rendam seketika & toskan
1  biji  telur  ~  dipukul ringan
Sedikit soo hoon *
Sedikit fucuk *  ( * direndam hingga kembang)
Air secukupnya
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Buangkan kulit petola dan potong ikut citarasa.

2.  Panaskan sedikit minyak masak di dalam periuk, tumiskan bawang merah, bawang putih dan udang kering sehingga berbau harum.

3.  Masukkan sedikit air atau secukupnya dan biarkan ia mendidih.

4.  Apabila mendidih masukkan sayur petola, soo hoon, fucuk (toskan airnya dulu) dan telur, kacau dan biarkan mendidih sekali lagi.

5.  Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.  Tutup api.

6.  Sedia dihidangkan.

Thursday, May 9, 2019

ROTI GULUNG SARDIN ...










ROTI GULUNG SARDIN
sumber :    linapg@Teratak Mutiara Kasih




Bahan-Bahan :

Roti putih secukupnya
1  tin kecil  sardin Adabi
3  ulas  bawang putih  ~  dicincang
Secubit garam
1  biji  telur  ~  dipukul sedikit
Breadcrumbs@serbuk roti secukupnya  (kalau tiada boleh skip)
Minyak masak secukupnya


Cara-Cara :

1.  Panaskan minyak masak (anggaran 1 sudu besar), tumis bawang putih hingga garing.

2.  Masukkan sardin (bersama kuah) dan lecek sedikit.

3.  Gaul rata dan masukkan sedikit garam.  Dah siap.  Masukkan inti ke dalam bekas, biarkan sejuk sedikit.

4.  Sementara itu, gelek/canai roti putih dan buang bahagian tepinya.

5.  Letakkan inti sardin dan gulung roti.  Sapukan bahagian hujung roti dengan telur (sebagai gam supaya tidak terbuka semasa menggoreng).  Buat hingga habis semua roti dan inti.

6.  Celup roti ke dalam telur dan golek/salut dengan serbuk roti.  Pastikan semua bahagian bersalut rata.

7.  Panaskan minyak, goreng guna api sederhana hingga kuning keemasan.  Angkat dan toskan.

8.  Roti Gulung Sardin sedia dihidangkan.

APAM NASI ...







APAM NASI JJ
sumber :    FB@duniamasakanJalilahJJ ...
hasil :    37 biji acuan lompang saiz besar




Bahan-Bahan :

2  cawan  nasi sejuk semalam
2  cawan  tepung gandum
2  cawan  tepung beras
2 1/2  cawan  air
1 1/2  cawan  gula
1  paket  yis Mauripan
Kelapa parut putih secukupnya + sedikit garam  (dikukus 5 minit)


Cara-Cara :

1.  Blender nasi, gula dan air sehingga betul-betul hancur dan halus.  Masukkan ke dalam bekas yang besar.  Campurkan tepung beras, tepung gandum dan yis Mauripan.  Gaul sebati dan perap selama 1 jam.  Bila adunan sudah naik, kacau dahulu tepung dan buih-buih yang tidak sekata.  Bahagikan kepada beberapa bahagian.  Warnakan ikut pilihan.

2.  Acuan pilihan (kecil) sapu minyak sedikit (jangan banyak).  Tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 10-15 minit.  Bila dah masak, tunggu suam baru dikeluarkan dari acuan.  Terbalikkan biar kering bahagian bawah baru disusun di dalam bekas kedap udara.  Hias dengan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.




Ju

Monday, May 6, 2019

JUADAH BERBUKA ...







KUIH CARA MANIS
sumber :    seripayaku ...




Bahan-Bahan :

2  cawan  tepung gandum
3  cawan  santan
2  biji  telur  (saya guna gred A)
3  helai  daun pandan  (saya guna 1/2 sudu kecil pasta pandan)
Sedikit pewarna hijau
Gula pasir secukupnya  (untuk inti)
Secubit garam


Cara-Cara :

1.  Panaskan acuan khas untuk kuih cara di atas dapur.

2.  Daun pandan dikisar dengan santan dan ditapis.

3.  Kemudian campur dan masukkan semua tepung, telur dan garam, serta santan ke dalam pengisar dan kisar kesemua bahan sehingga sebati.  Tapis untuk memastikan adunan tidak bergentel.

4.  Bila adunan siap, tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah dipanaskan dan disapu sedikit minyak terlebih dahulu supaya mudah dikeluarkan nanti.

5.  Letakkan sedikit gula pasir ditengahnya.  Tutup acuan dengan tudung periuk/penutupnya, tunggu sehingga masak menggunakan api perlahan supaya kuih tidak mudah hangit dibahagian bawahnya.  (anggaran 4-5 minit).  Angkat dan bolehlah dicantumkan.








AYAM MASAK HALIA
BERSAMA KUAH
sumber :    Insta@resepisedap ...




Bahan-Bahan :

Dada ayam  ~  anggaran 2 keping, dipotong kecil
8  biji  cili padi  ~  diketuk atau dibelah 2
1  sudu kecil  tepung jagung  ~  dibancuh dengan sedikit air
3  ulas  bawang merah  ~  dikisar
2  ulas  bawang putih  ~  dikisar
1  biji  bawang besar  ~  dipotong bulat & leraikannya
1  inci  halia  ~  hiris nipis memanjang
1/2  batang  lobak merah  ~  dipotong bulat
1  biji  tomato sederhana besar  ~  dipotong 6
1  sudu kecil  lada hitam  ~  ditumbuk kasar
1/4  lada benggala  ~  dipotong kecil  (tak letak)
1/2  sudu kecil  pati ayam
1/2  cawan  air
Sedikit kicap
Sos tomato, sos cili & sos tiram
Sedikit garam & gula
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Ayam yang sudah dipotong kecil-kecil tadi diperap dengan sedikit sos tiram, sedikit garam, lada hitam selama 20 minit.

2.  Kemudian panaskan minyak masak di dalam kuali dan goreng ayam tadi, selepas itu bila dah nampak garing, angkat dan ketepikan.  Dengan menggunakan minyak yang sama tetapi bila banyak kurangkan sedikit.  Tumis bahan yang telah dikisar bersama halia sampai naik bau dan kekuningan.

3.  Kemudian masukkan bawang besar, cili padi, lobak merah dan lada benggala, kacau sebatikan.  Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram secukupnya, sedikit kicap dan air, kacau sebati.

4.  Bila dah nampak mendidih, masukkan kepingan dada ayam yang telah digoreng tadi dan kacau sebati.  Masukkan juga tepung jagung yang telah dibancuh dengan air.  Sesuaikan kepekatan dengan selera anda.

5.  Akhir sekali masukkan pati ayam, garam, gula dan buah tomato, kacau rata dan sesuaikan rasanya.  Biarkan masak sekejap, tutup api dan sedia dihidangkan.




TUMIS KOBIS

Wednesday, May 23, 2018

PUDING SAGU GULA MELAKA...




 Enak juga dinikmati bersama jelly sumi atau juga apa-apa buah-buahan dalam tin...





PUDING SAGU GULA MELAKA
rujukan :    LiNaPg@Teratak Mutiara Kasih...




Bahan Puding Sagu :

1  cawan  sagu kecil warna putih
3  cawan  air
3  sudu besar  gula
2  helai  daun pandan  ~  disimpul


Cara-Cara :

1.  Rendam biji sagu lebih kurang 1/2 jam kemudian toskan.

2.  Didihkan air bersama daun pandan kemudian masukkan biji sagu ke dalam air yang mendidih tadi.

3.  Kacau-kacau selalu supaya tidak berkerak.  Jika air hampir kering tetapi sagu masih belum jernih, boleh ditambah sedikit air lagi (sedikit saja...jangan banyak sangat nanti jadi lembik pula).

4.  Bila sagu hampir jernih keseluruhannya barulah dimasukkan gula.  Kacau dan tutup api.

5.  Bahagikan kepada beberapa bahagian yang disukai dan warnakan mengikut pilihan.  Kacau mengunakan garfu.  Masukkan ke dalam loyang/acuan.  Sejukkan...


Bahan Untuk Manisan (Gula Melaka) :

1  ketul  gula nipah
1/2  cawan  gula merah
1  cawan  air
1  helai  daun pandan  ~  disimpul


Cara-Cara :

Satukan semua bahan, masak sehingga gula larut dan agak pekat.  Tutup api, tapis dan sejukkan sebelum digunakan.


Untuk menghidang :    Keluarkan puding sagu dari loyang/acuan.  Kalau menggunakan loyang, potong kecil-kecil supaya senang nak makan.  Curahkan susu cair dan sirap gula melaka...

ROTI JALA & KARI AYAM








ROTI JALA
rujukan :    Azie Kitchen...




Bahan-Bahan :

3  cawan  tepung gandum
2 1/2  sudu besar  minyak masak
1  sudu teh  garam
1  biji  telur  (saya guna gred A)
3  cawan  air/santan/susu segar  (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning


Cara-Cara :

Blendkan semua bahan di atas sehingga sebati.  Mulakan menjala menggunakan kuali non-stick.
Selepas menjala di atas kuali, biarkan dalam beberapa saat.  Setelah sudah masak tidak perlu diterbalikkan, teruskan sahaja di angkat dan digulung dengan kemas.
Bila sudah siap bolehlah dihidangkan bersama Gulai Kari Ayam...








GULAI KARI AYAM SEDAP
rujukan :    Azie Kitchen...




Bahan-Bahan :

12  ketul  ayam  ~  dicuci bersih & toskan
2  biji  kentang  ~  potong 4
1 1/2  labu  bawang besar saiz besar  ~  dihiris
6  ulas  bawang putih  ~  dihiris
3  inci  halia  ~  dihiris
1  pelepah  daun kari
1  asam keping
1  kotak  santan kotak  (200 ml)
Air secukupnya
10  sudu besar  rempah kari BABAS
1  batang  kulit kayu manis
1  kuntum  bunga lawang
2  biji  buah pelaga
Garam & gula secukupnya
Minyak masak


Cara-Cara :

Panaskan minyak masak secukupnya dan tumiskan rempah penumis (kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga) bersama bawang putih, bawang besar dan halia sehingga kekuningan.
Masukkan rempah kari dan kacau seketika sebelum dimasukkan air supaya rempah cair.
Teruskan masak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing dan terbit minyak.  Masukkan daun kari dan kentang.  Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut sebelum tambah sedikit air lagi dan biarkan mendidih.
Masukkan santan, teruskan masak dengan api perlahan.  Setelah kentang empuk, masukkan asam keping, gula dan garam secukupnya.  Renihkan sehingga pecah minyak.  Sesuaikan kepekatan kuah ikut citarasa.  Jika terlebih pekat, tambahkan air panas secukupnya dan masak lagi...








TUMIS PETOLA




Bahan-Bahan :

1  batang  petola  ~  buang/kikis bahagian keras & potong serong
1  biji  cili merah
2  sudu besar  ikan bilis/udang kering
3  ulas  bawang merah  ~  hiris
1  ulas  bawang putih  ~  hiris
1  biji  telur  ~  dikocok sedikit
2  cawan  air atau secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam & gula secukupnya
Minyak masak secukupnya


Cara-Cara :

Panaskan minyak masak secukupnya, tumiskan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis/udang kering di dalam periuk/kuali sehingga berbau wangi.
Masukkan telur, kacau-kacau seketika.  Masukkan air dan biarkan mendidih.
Masukkan petola dan cili merah.  Masak sehingga petola lembut.
Masukkan garam, gula dan serbuk lada hitam secukup rasa.
Sesuaikan rasa dan tutup api.
Sedia dihidangkan...

Saturday, July 5, 2014

Wednesday, August 7, 2013

Juadah untuk berbuka & Hari Raya

 Ketupat segera jer...
 Rendang Daging

 Kuah Kacang

Monday, August 5, 2013

Ramadan 26

 SWEET SOUR FISH

 BUAH MELAKA WARNA-WARNI

 PUDING CARAMEL

Friday, August 2, 2013

Ramadan 24



 Apam Nasi  -  yang ni untuk berbuka bersama keluarga

 yang ni untuk dibawa ke surau