KEK PISANG

Showing posts with label Cake. Show all posts
Showing posts with label Cake. Show all posts

Wednesday, September 25, 2013

BISKUT LIDAH KUCING PELANGI - enak & rangup



 sebelum dibakar


 selepas dibakar










BISKUT LIDAH KUCING PELANGI



Oleh    :   Citarasawan & Fatmah Bahalwan -  tq pada kedua-duanya
dicuba :   zaralovebaking.blogspot.com




Bahan-bahan :

250  gm   mentega
175  gm   gula kastor
100  ml    putih telur
200  gm   tepung gandum
  50  gm   tepung jagung
 1/4  tsp   emplex
Pewarna :  ungu, biru, hijau, kuning, oren & merah


Cara-cara :

1.   Ayak tepung gandum, tepung jagung dan emplex.  Ketepikan.

2.   Pukul mentega dan gula hingga berkrim.  Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.

3.   Masukkan tepung dan kaupbalik dengan spatula hingga rata dan sebati.

4.   Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan letakkan pewarna berlainan.

5.   Masukkan setiap adunan berlainan warna ke dalam piping bag dan potong bahagian muncungnya.

6.   Picitkan lurus mendatar ke dalam loyang lidah kucing mengikut susunan warna pelangi.

7.   Bakar didalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150'C selama 15 minit.  (Jangan dibiarkan permukaan atas biskut keperangan kerana ini akan menenggelamkan corak pelangi).

8.   Biarkan sejuk terlebih dahulu dan simpan didalam bekas kedap udara.

Saturday, July 9, 2011

GULA MELAKA CHIFFON CAKE


Egg yolk batter :

150 gm gula melaka
100 ml coconut milk
6 nos egg yolks
4 tbsp cooking oil
1/4 tsp salt
140 gm plain flour

Egg white foam :

6 nos egg whites
1/4 tsp cream of tartar
50 gm caster sugar

To make egg yolk batter, melt the gula melaka and coconut milk over low heat. Remove and pour in a mixing bowl, leave to cool.
Combine with egg yolks, cooking oil and salt. Fold in flour u ntil forms batter.
To make egg white foam, beat egg whites and cream of tartar until mixture forms soft peaks. Gradually add in sugar, beating at high speed until frothy and stiff peaks form. Gently fold beateen egg white foam into egg yolk batter until blended.
Pour batter into ungreased 9-in (22 cm) tube pan. Bake in preheated oven at 170'C for 30-40 minutes or until cooked. Remove from oven, invert cake onto table until completely cooled. (Kek ini sedap dan wangi ketika dibakar).

GULA MELAKA CHIFFON CAKE
Source: from Kevin Chai's book

Sunday, June 19, 2011

KEK CHIFFON COKLAT LEMBAB (sumber dari buku 'Wendy Kor'

Kek ini sudah dicuba. Ianya amat sedap dan gebu sekali. Selama ini saya cuba dengan mengguna acuan chiffon tapi kali ini dengan loyang biasa ukuran 9 inci. Tidak dapat sertakan resepinya disini kerana malas nak taip. Resepinya terlalu panjang. Harap maaf.

Monday, June 6, 2011

ORANGE MARBLE CHIFFON CAKE

ORANGE MARBLE CHIFFON CAKE


Bahan (A) : 6 biji kuning telur
2/3 cawan minyak jagung
2/3 cawan susu segar
1/2 tsp garam halus
3/4 cawan gula halus
1 1/2 cawan tepung gandum ) ayak
2 tsp baking powder ) bersama

Pukul kuning telur, garam & gula sebentar atau hingga sebati. Masuk minyak & susu segar dan kacau lagi. Masuk tepung & b. powder - gaul sebati dan ketepikan dulu.

Bahan (B) : 6 biji putih telur
1/2 cawan gula pasir/gula kastor
1 tsp. cream of tartar

Bahan (C) : 2 tbsp. orange emulco

Bahan B : putih telur & cream of tartar dipukul hingga agak berbuih dan masuk gula sedikit demi sedikit hingga kental. Kemudian masukkan ke dalam adunan bahan (A) sedikit demi sedikit sambil kaupbalikkan dengan spatula dengan rata & sebati. (Jgn terlebih gaul).
Kemudian bahagi kepada 2 bahagian. Satu bahagian tambah orange emulco & satu bahagian lagi biar plain. Tuang dalam loyang secara berselang-seli hingga habis & bakar.

Suhu : 175 celcius - 50 minit
Tray : 9 inci (loyang chiffon)

Setelah masak keluarkan dari oven & telangkupkan selama lebih kurang 10 minit barulah diterbalikkan. Sejukkan sepenuhnya dan bolehlah dikeluarkan dari acuan.

SELAMAT MENCUBA.

Sumber : Yatiememories (thanks for this recipes. It's delicious)
Chocolate cake tempahan dari rakan Fatin.