KEK PISANG

Showing posts with label Noodles. Show all posts
Showing posts with label Noodles. Show all posts

Saturday, July 6, 2019

MIHUN BAKSO ...










RESIPI MIHUN BAKSO
sumber :    buku masakan Chef Hanieliza...




Bahan-Bahan :

500  gm  mihun  ~  direndam
200  gm  kubis  ~  dihiris halus
100  gm  tauge  ~  dibuang akarnya
1  batang  lobak merah  ~  potong ikut suka  (saya tambah)
100  gm  bawang goreng
1  pokok  daun sup & daun bawang  ~  dihiris


Bahan Untuk Kuah :

300  gm  bebola daging
3  ulas  bawang merah  ~  dihiris
3  ulas  bawang putih  ~  dihiris
2  sm  halia  ~  dihiris
1  sudu besar  lada hitam  ~  ditumbuk  (boleh dikurangkan jika tidak suka terlalu pedas)
1  batang  serai  ~  diketuk
1  kiub  pati daging
3  sudu besar  minyak masaknya
Air & garam secukupnya


Cara Membuat :

1.  Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan yang dihiris dan serai hingga wangi.
2.  Masukkan bebola daging, kiub pati daging, air, lada hitam dan garam.  Biarkan mendidih.
3.  Masukkan kubis, lobak merah dan mihun.  Biarkan mendidih sekali lagi.
4.  Hidangkan dengan tauge segar, bawang goreng, daun sup, daun bawang dan cili api yang ditumbuk dan diperahkan limau kasturi.


NOTA :   Bebola daging boleh dibuat sendiri menggunakan daging kisar yang dicampurkan dengan tepung jagung, bawang merah dan garam.

Saturday, July 2, 2016

MEE GORENG









MEE GORENG MUDAH




Bahan-Bahan :

1  paket  mee kuning  -  dicelur seketika & ditoskan
8  ekor  udang  -  dikupas & tinggalkan bahagian ekornya
4  ekor  sotong  -  dipotong-potong ikut suka
3  biji  bawang merah  -  dikisar
1  ulas  bawang putih  -  dikisar
1  sudu makan  cili kisar
4  sudu makan  kicap pekat
1  sudu makan  sos tiram
1  sudu teh  tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
1  pokok  sayur sawi
2  keping  tauhu  -  dipotong kiub & digoreng
1  biji  cili merah  -  hiris
3  biji  telur  -  dipukul ringan
Sedikit tauge
Sedikit air jika perlu
Garam & gula secukup rasa


Cara Memasaknya :

1.  Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar sehingga wangi.  Selepas itu masukkan cili kisar dan kacau dengan api yang sederhana sehingga garing.

2.  Masukkan sotong dan udang.  Kacau sehingga rata.  Masukkan sedikit air dan air tepung jagung.

3.  Selepas itu masukkan kicap pekat dan sos tiram, kacau rata.  Masukkan gula dan garam secukup rasa.

4.  Masukkan mee kuning, tauge, sayur sawi dan masak selama seminit atau sehingga sayur sawi layu.

5.  Kemudian tolakkan mee ke tepi dan curahkan telur.  Biarkan telur sedikit keras barulah digaul sebati.  Akhir sekali masukkan hirisan cili merah (jika suka) dan tauhu goreng, gaul sebati. 

6.  Hidangkan...

Sunday, April 10, 2016

BIHUN GORENG








BIHUN GORENG
oleh  :   zaralovebaking...




Bahan-Bahan :

 1/2  bungkus  bihun  -  rendam biar lembut & toskan
    4  ulas  bawang merah  -  tumbuk
    2  ulas  bawang putih  -  tumbuk
    2  tangkai  cili merah  -  tumbuk
    1  sudu makan  sos tiram
    6  ekor  udang  -  kupas kulit & biarkan ekornya
200  gm  isi ayam  -  dihiris nipis
    2  biji  telur
    2  keping  tauhu  -  digoreng & dihiris
 1/2  batang  lobak merah  -  dihiris memanjang
100  gm  taugeh
    2  biji  tomato  -  dibelah 6 setiap satu
 1/2  cawan  air
Serbuk lada hitam  secukupnya
Bawang goreng, hirisan cili merah & daun sup
secukupnya
Gula & garam secukupnya
Minyak untuk menumis


Cara-Cara :


1.  Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk hingga wangi. 
2.  Masukkan isi ayam dan udang.  Masukkan sos tiram.  Kemudian kacau rata.
3.  Apabila sudah masak, masukkan garam dan air.  Biarkan mendidih.
4.  Masukkan lobak merah dan bihun.  Kacau rata hingga sebati.
5.  Apabila bihun sudah lembut, masukkan taugeh dan tomato.
6.  Masukkan sedikit serbuk lada hitam.  Gaul rata dan sesuaikan rasanya.
7.  Semasa menghidang, taburkan telur goreng hancur, tauhu goreng, bawang goreng, hirisan cili merah dan hirisan daun sup.
8.  Hidangkan!!!

Sunday, July 12, 2015

MIHUN GORENG



 IFTAR 25 (12/7/2015 - Ahad)




MIHUN GORENG
Oleh  :  zaralovebaking.blogspot.com



Bahan-bahan :

1/2  paket  mihun  (direndam & toskan)
   4  ekor  sotong  (dihiris nipis)
 10  ekor  udang  (dibuang kulit) 
   2  pokok  sawi  (dipotong pendek)
 50  gm  kubis  (diracik)
 50  gm  tauge
1/2  batang  carrot  (dihiris)
   3  sudu besar  minyak masak
1/2  cawan  air
Garam secukup rasa


Bahan kisar :

10  tangkai cili kering
  2  ulas  bawang merah
  3  ulas  bawang putih


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan garing.
2.  Masukkan sotong dan udang.  Kemudian kacau rata.
3.  Apabila sudah masak, masukkan garam dan air.  Biarkan mendidih.
4.  Masukkan kubis, lobak merah dan mihun.  Kacau rata sehingga sebati.
5.  Apabila mihun sudah lembut, masukkan sawi dan taugeh.
6.  Gaul rata dan rasakan masinnya.
7.  Semasa menghidang, taburkan hirisan daun bawang, daun sup, hirisan cili merah  dan bawang goreng.

Friday, July 10, 2015

MEE GORENG BASAH




 IFTAR 23 :  10/7/2015 (Friday)




MEE GORENG BASAH
sumber dari  :  Azlita Masam Manis ; thanks...




Bahan-bahan :

500  gm  mee kuning  -  cuci bersih & toskan (saya celurkan sekejap untuk buangkan rasa air kapurnya)
Taugeh secukupnya  -  dibuang akar, cuci & toskan
    2  keping  tauhu  -  goreng & potong dadu
    2  pokok  sawi  -  dipotong asingkan batang & daun. Batang sawi diketuk & potong 1 inci
    6  ekor  udang  -  kupas kulit, cuci & toskan
200  gm  daging  -  direbus hingga empuk & dihiris
Air rebusan daging secukupnya
    2  biji  telur  -  dikocok
Daun sup & daun bawang  -  dihiris
Cili merah  -  dihiris untuk hiasan


Bahan kisar :

3  ulas  bawang putih *
3  ulas  bawang merah *  (* ditumbuk)
2  camca besar  cili kering kisar


Bahan sos :

2  sudu makan  sos tiram
2  sudu makan  sos cili
1  sudu makan  sos tomato
2  sudu makan  kicap manis/pekat


Cara Memasak :

Panaskan minyak.
Goreng tauhu, angkat dan ketepikan.
Goreng telur sekejap sambil dikacau dan angkat semasa 1/2 masak.
Goreng udang sekejap dan angkat.
Panaskan semula minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga berbau harum.
Kemudian masukkan bahan sos satu persatu, kacau rata dan masak.
Masukkan daging dan air rebusan daging.
Air rebusan letak lebih-lebih untuk dapatkan mee yang basah.  Jika kurang air boleh tambah air biasa.
Masak sehingga mendidih.  Bila dan mendidih masukkan batang sawi dulu.
Kemudian masukkan mee, kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kemudian masukkan telur, udang, tauhu, daun sawi dan taugeh.
Tutup api dan terus keluarkan mee dari kuali dan letakkan di dalam pinggan hidangan, taburkan hirisan daun bawang dan daun sup, bawang goreng, cili merah dan hirisan limau kasturi.

Tuesday, November 25, 2014

MI GORENG SEGERA








MI GORENG SEGERA
sumber :  Buku Koleksi Rasa 'Masakan Lama & Baru'




Bahan-bahan :

1  bungkus  mi segera
1  sudu teh  sos tiram
1  sudu teh  lada sulah
4  ulas  bawang kecil
2  ulas  bawang putih
1  biji  cili merah
1  biji  telur
5  gm  kubis  (dihiris halus)
Garam secukup rasa


Cara Memasak :

1.  Rebus mi di dalam periuk sehingga lembut, toskan dan ketepikan.
2.  Hiris bawang kecil, bawang putih dan cili.
3.  Tumis bahan yang telah dihiris sehingga garing.
4.  Masukkan sos tiram dan lada sulah.  Kemudian masukkan telur.
5.  Masukkan mi tadi, gaul rata.
6.  Akhir sekali masukkan hirisan kubis, gaul rata dan perasakan dengan garam.

Monday, February 17, 2014

MI GORENG MAMAK








MI GORENG MAMAK
Oleh  :  Chef Hanieliza




Bahan-bahan :

500  gm        mi kuning  (dibasuh & tuskan)
200  gm        isi ayam  (hiris nipis & kecil)
    1  keping   kek ikan  (dihiris)
300  gm        sawi hijau (dipotong pendek)
    2  tangkai  cili hijau  (dihiris)
    3  biji        telur
    2  tbsp      kicap pekat
 1/2  labu      bawang besar  (dipotong dadu)
    2  tbsp      cili kisar
    1  tbsp      rempah kari daging


Cara membuat :

1.   Panaskan minyak masak di dalam kuali dengan api sederhana.  Tumiskan bawang besar, cili kisar dan serbuk rempah kari sehingga wangi dan naik minyak.

2.   Masukkan isi ayam, tutup dan masak selama 5 minit.

3.   Masukkan mi kuning, kicap, kek ikan, sawi hijau, telur dan garam (sekiranya perlu).  Tutup dan masak selama 5 minit lagi.  Gaulkan sekali-sekali hingga sebati.

4.   Masukkan ke dalam pinggan hidang dan sedia dihidangkan dengan hirisan cili hijau dan potongan limau nipis (jika suka).

Monday, February 18, 2013

CHEESY MACARONI



 Cheesy Macaroni yang sangat sedap.  Resipi diambil dari rancangan
AsianFoodChannel (AFC) - Paula Deen


Friday, February 1, 2013

MAKARONI BAKAR

 Assalam buat teman-teman semua, hari ini saya mencuba membuat Makaroni Bakar dari buku resipi seperti yang tertera dalam blog saya ini.  Resipi ini sangat sedap sekali.  Memang berbaloi mencuba resipi dari buku ini.   Buku ini tulisan Pn. Hjh. Noraini Zakaria.  Memang berbaloi memiliki buku ini kerana kebanyakkan resipi yang saya cuba dari buku ini tidak pernah menghampakan. Terima kasih kepada beliau.









MAKARONI BAKAR


resipi dari buku 'Kompilasi Hidangan Berkeju'


Bahan-bahan :

180  gm   makaroni


Bahan Inti :

400    gm        daging kisar
100    gm        daging ayam
1 1/2  cawan   susu segar kotak
150    gm        keju Mozzarella
    1    tangkai  daun bawang   )
    1    tangkai  daun sup         )   dipotong
   1/2  batang   lobak merah   )
    2    biji        telur  -  dipukul
    2    tbsp      serbuk cili
    2    tbsp      pes tomato
    2    tbsp      sos cili
    2    biji        cili merah  -  dicincang
sedikit serbuk oregano, garam, gula pasir dan lada sulah


Cara membuat :

1.   Didihkan air dalam periuk.  Masukkan sedikit garam dan minyak masak.  Masukkan makaroni dan rebus anggaran 5-7 minit hingga masak.  Angkat dan tuskan.
2.   Satukan semua bahan ini dalam sebuah mangkuk.  Masukkan makaroni dan gaulkan hingga rata.
3.   Sapukan sedikit minyak pada acuan bersaiz 8" x 8".  Tuangkan adunan makaroni, taburkan dengan sedikit parutan  keju  Mozzarella (jika suka) dan bakar pada suhu 180'C selama 1 jam.
4.   Hidangkan bersama sos cili.

Sunday, January 20, 2013

Tempahan makaroni dari rakan

 MAKARONI BAKAR




MAKARONI BAKAR


resipi oleh :   resipisedap-nennie



Bahan-bahan :  

300  gm        makaroni  (rebus hingga kembang & ditoskan)
500  gm        daging/ayam cincang
    2  cawan   keju mozarella/cheddar
  30  gm        mentega
    1  biji        bawang besar Holland  -  dihiris
    2  ulas       bawang putih  -  dihiris
    1  cawan   susu segar
    1  tsp.       serbuk lada sulah
    1  tsp.       serbuk oregano/italian mix herbs
    1  kiub      pati ayam  (hancurkan)
    4  biji        telur
    1  biji        cili merah/capcicum  (dihiris)
sedikit daun sup dan bawang  (dihiris)
garam secukup rasa

Loyang :  8"x8", gris & alas dengan baking paper/aluminium foil


Cara Penyediaan :


1.   Panaskan mentega dan tumiskan bawang besar dan bawang putih.  Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan biarkan daging/ayam cincang masak.

2.   Masukkan serbuk lada sulah dan serbuk oregano, susu segar dan kacau hingga semua bahan-bahan sebati.  Masukkan kiub pati ayam (hancurkan) dan jika kurang masin tambahkan sedikit garam.

3.   Bila sudah masak, tutup api dapur baru masukkan makaroni, daun sup, daun bawang, cili merah hiris,  telur sebiji demi sebiji sambil mengacau makaroni hingga semua bahan sebati.

4.   Tuangkan makaroni ke dalam loyang, taburkan keju pada keseluruhan permukaannya.

5.   Bakar selama 45 minit/hingga masak pada suhu 180'C.

Saturday, December 8, 2012

Spaghetti untuk makan tengahari.






SPAGHETTI BOLOGNESE DENGAN BEBOLA DAGING


oleh  :   zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

3   tbsp        minyak masak
2   biji          bawang besar Holland  (potong dadu)
3   ulas         bawang putih  (cincang halus)
1   batang    lobak merah  (potong dadu)
1   tin          cendawan butang  (potong dadu)
2   biji         buah tomato  (potong dadu)
1   paket     daging kisar Ramly
1   paket     bebola daging
1   tin kecil  pes tomato
1   botol      sos spaghetti (brand PREGO, saya guna 1/2 botol jer)
3   helai       daun bay kering
1   paket     spaghetti (saya guna jenis angel hair)
2   cawan    air
sedikit garam
serbuk lada hitam



Cara membuat :

1.   Panaskan minyak di dalam periuk.  Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2.   Setelah kedua-dua bawang layu, masukkan daun bay.
3.   Masukkan daging kisar dan masak lagi.  Setelah daging kisar bertukar warna, tambah air secukupnya.
4.   Masukkan  pes tomato, sos spaghetti Prego, bebola daging, lobak merah, cendawan butang dan buah tomato.
5.   Masak sehingga air daging kering sedikit dan lobak merah dan bebola daging telah empuk.  Perisakan dengan garam dan serbuk lada hitam secukupnya.  Tutup api apabila sudah masak.
6.   Di dalam periuk lain, rebus spaghetti sehingga lembut.
7.   Apabila  spaghetti telah masak, angkat dan toskan.  Gaulkan dengan sedikit minyak/mentega supaya tidak melekat.
8.   Hidangkan spaghetti di dalam pinggan dan tuangkan sos daging di atasnya.  Taburkan parmesan cheese (jika suka) dan hias dengan daun parsli.

Sunday, October 28, 2012

Makaroni goreng yang dibakar.

 Lebihan makaroni goreng bercili yang dibakar dengan
sedikit taburan keju cheddar di atasnya dan rasanya sedap sekali.


Sunday, September 23, 2012

Masakan yg ringkas utk tengahari.






MEE GORENG UDANG


 resipi dari  :  Yatiememories
dicuba  :  zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

500  gm         mee kuning  (dicuci & ditoskan)
    1  cawan    udang basah atau lebih jika suka
    2  tbsp       cili kisar
    3  ulas        bawang putih  *
1/2   biji         bawang besar  *
    2  tbsp       udang kering  *  ( yg bertanda * dikisar)
    2  ulas        bawang merah **
    1  ulas        bawang putih ** (** dihiris nipis)
    2  tbsp       sos tiram
    2  tbsp       sos tomato
    2  tbsp       sos cili
    3  tbsp       kicap manis
    1  biji         tomato (belah 4)
    2  keping   tauhu (hiris nipis & goreng - tambahan)
    2  biji         telur  (digoreng hancur - tambahan)
sedikit taugeh & sawi
Minyak untuk menumis
Garam & gula secukup rasa

Cara-cara :

1.   Kisarkan bawang putih, bawang besar dan udang kering hingga halus.
2.   Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hiris hingga kekuningan.  Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga naik bau.
3.   Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga terbit minyaknya.
4.   Bila dah masak dan cili kelihatan garing, masukkan udang, biarkan sebentar dan masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap.  Gaul rata dan sebati.
5.   Masukkan mee, sawi dan tomato.  Akhir sekali masukkan taugeh, tauhu goreng, telur hancur, garam dan gula secukup rasa.  Gaul rata.  Tutupkan api dan bolehlah dihidangkan.

Sunday, September 16, 2012

 Spagetti Goreng Bercili

Saturday, August 11, 2012

Mihun





MIHUN SINGAPURA

sumber dari  :  buku '1 Hari 1 Resipi Chef Hanieliza'
di cuba oleh :   zaralovebaking.blogspot.com

Bahan A :

1      bungkus   mihun  (direndam & tuskan)
200  gm           udang  (dibuang kulit)
200  gm           sotong  (dihiris kecil)
200  gm           sawi  (dipotong pendek)
250  gm           kubis  (diracik halus)
     1 batang     lobak merah  (diparut)
1/2   cawan     air
     3 tbsp        minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B  (ditumbuk) :

2  tbsp   lada hitam
2  biji     bawang merah
3  ulas    bawang putih

Cara membuat :

1.   Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk hingga wangi.
2.   Masukkan udang dan sotong.  Kemudian kacau rata.
3.   Apabila sudah masak, masukkan mihun, sawi, kubis, lobak merah, garam dan air.  Kemudian kacau rata.
4.   Gaul rata hingga mihun kelihatan lembut.  Rasakan masinya.
5.   Semasa menghidang, taburkan hirisan daun sup dan cili merah (jika suka).

Monday, September 19, 2011

CHAR KUETIAU


1 bungkus kuetiau
300 gm udang (dibuang kulit)
200 gm isi ayam (dihiris)
3 tangkai daun kucai (dipotong 1 inci)
1 cawan tauge
1 keping tauhu basah (digoreng & dipotong kecil)
2 tbsp. cili kisar
4 ulas bawang putih (diketuk)
4 tbsp. kicap pekat
2 tbsp. sos tomato
1 atau 2 biji telur
1 biji tomato (dipotong kecil)
2 tbsp. minyak masak
Garam (sekiranya perlu)


1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan kicap.
3. Masukkan udang, isi ayam, sos tomato dan air. Kemudian kacau rata.
4. Pecahkan telur dan biarkan keras sebentar. Kacau sebati.
5. Masukkan kuetiau, tomato, tauhu, tauge dan kucai. Kacau rata dan tutup api.
6. Hidangkan dengan lada jeruk.