KEK PISANG

Showing posts with label Kudapan/snack. Show all posts
Showing posts with label Kudapan/snack. Show all posts

Sunday, March 1, 2020

CUCUR MANIS VIRAL BERKEJU ...










CUCUR MANIS VIRAL BERKEJU
sumber :    you tube@cik dadida ...




Bahan-Bahan :

2  cawan  tepung gandum
2  cawan  air
1/2  sudu kecil  garam
3  sudu besar  gula
1  sudu besar  minyak masak
2  keping  cheddar cheese


Cara-Cara :

1.  Panaskan 2 cawan air bersama dengan gula, garam dan cheddar cheese sehingga mendidih dan tutup api.

2.  Masukkan 2 cawan tepung gandum ke dalam mangkuk kemudian tuangkan adunan yang telah dipanaskan tadi.

3.  Kacau sehingga sebati sehingga membentuk doh kemudian sejukkan selama 10 minit.

4.  Sapukan minyak pada tapak tangan, ambil 1 sudu besar adunan letakkan di atas tapak tangan dan bentukkan menjadi bulat, buat sehingga selesai.

5.  Panaskan minyak masak secukupnya dan goreng sehingga masak kekuningan.  Angkat dan toskan minyaknya.   SIAP !!!

Monday, February 10, 2020

SAMOSA ROTI ...










SAMOSA ROTI
sumber :   dari google...




Bahan Inti :


2  keping  dada ayam   ~  dipotong dadu
1  biji  bawang besar   ~  dipotong dadu
2  ulas  bawang putih   ~  dicincang
1  sudu makan  cili kering kisar
2  sudu makan  serbuk kari   ~  dibancuh dengan sedikit air
3  biji  kentang   ~  dipotong dadu
Garam secukup rasa
Minyak masak   ~  bagi menggoreng


Cara-Cara :

1.  Panaskan satu sudu makan minyak masak kemudian tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.

2.  Masukkan cili kisar dan bancuhan serbuk kari.  Tumis sehingga wangi.  Masukkan isi ayam yang dipotong dadu.  Tumis sehingga daging ayam berubah warna dan isi ayam masak sepenuhnya.

3.  Masukkan kentang dan sedikit air, tutup atas kuali, masak sehingga kentang empuk.  Perlu digaul selalu supaya bahagian bawah tidak hangit.

4.  Perasakan dengan sedikit garam.  Kemudian bolehlah diangkat dan sejukkan.


Bahan Lain :

Roti sandwich secukupnya
Breadcrumbs putih/oren secukupnya
Telur secukupnya,   dikocok   ~  sebagai gam & pencelup


Cara Membuat Samosa Roti :

1.  Gelek roti sehingga nipis dan potong sedikit bahagian tepinya.

2.  Letakkan sesudu inti dan lipat 3 segi.

3.  Tekan tepinya dengan menggunakan garpu.  Buat kedua-dua belah roti ~ depan dan belakang.

4.  Celupkan roti ke dalam telur yang dikocok kemudian salutkan dengan breadcrumbs.  Buat sehingga habis.  Simpan di dalam peti sejuk seketika agar breadcrumbs melekat pada roti dengan cantik.

5.  Panaskan minyak masak secukupnya dan goreng Samosa Roti dengan api perlahan sehingga kedua-dua belah permukaan roti garing dan berwarna keemasan.  Angkat dan keringkan minyak dengan di atas kitchen/paper towel.

6.  Sedia dihidangkan dengan sos pilihan.

Monday, December 23, 2019

SWEET POTATO BALLS ...










SWEET POTATO BALLS
adapted from :   www.rasamalaysia.com




Sweet Potato Balls ~~~ crispy fried sweet potato dough balls coated with sesame seeds.  This Malaysian snack is great for afternoon tea.


Ingredients :

1  lb.  sweet potatoes   (450 gm)
3/4  cup  all-purpose flour
1 - 2  tbsps.  water
4  tbsps.  sugar
3  tbsps.  white sesame seeds
Oil,  for deep frying
Powdered sugar,  for dusting


Directions :

1.  Boil the sweet potatoes in hot boiling water for 15 minutes, or until the inside is cooked through.  Peel the skin off and discard.  Mashed the sweet potatoes with a potato masher.

2.  Add the mashed sweet potatoes with flour, sugar and water to form a dough that is not sticky to the hands.

3.  Divide the dough into small, equal portions and roll them into balls.  Roll the sweet potato balls with sesame seeds.

4.  Heat up a shallow pot with 2-3 inches oil.  When the oil is fully heated, deep fry the sweet potato balls until golden brown.  Dish out and drain well on paper towels.  Dust with powdered sugar before serving.   Enjoy !!!

Monday, July 15, 2019

CHICKEN POP WANTON CUP ...











CHICKEN POP WANTON CUP
sumber :    Majalah RASA Julai 2019




Bahan-Bahan :

1  bungkus  kulit wantan segera
300  gm  isi dada ayam  ~  potong dadu halus
1  mangkuk  tepung goreng segera
1  biji  telur
Serbuk lada sulah secukupnya
Cili merah  ~  hiris dadu secukupnya  (saya tambah)
Minyak masak untuk menggoreng


Cara Memasak :

1.  Satukan isi dada ayam dan telur di dalam mangkuk.  Gaul sebati dan salutkan dengan tepung goreng segera.

2.  Goreng ayam dalam minyak panas hingga keperangan.  Angkat dan toskan minyaknya.

3.  Ambil kulit wantan dan susun di dalam acuan muffin.

4.  Sudukan isi ayam yang digoreng tadi, taburkan sedikit serbuk lada sulah dan hirisan cili merah.

5.  Bakar dalam ketuhar pada suhu 160'C selama 10 minit atau hingga kulit wantan kekuningan.

6.  Sedia dinikmati begitu sahaja atau dengan sos pilihan.

Sunday, July 14, 2019

CHURROS CORN DOG ...










CHURROS CORN DOG@HOT DOG,
KOREAN STREET FOOD
sumber :    youtube@cookingtree...




Bahan-Bahan :

120  gm  mentega tanpa garam
30  gm  gula perang
1/8  tsp.  garam
225  gm  air
150  gm  tepung gandum
3  biji  telur
5  gm  esen vanilla


Bahan Lain :

Sosej@hot dog secukupnya  ~  belah 4 dibahagian hujungnya sedikit sahaja
Gula kastor secukupnya
Serbuk kulit kayu manis secukupnya
Lidi sate secukupnya
Minyak masak


Cara-Cara :

1.  Mula-mula buatkan adunan churrosnya.  Cara membuatnya sama seperti churros-churros yang lain.

2.  Sosej belah 4 dibahagian hujungnya (sedikit saja) kemudian cucuk dengan lidi sate.  Ketepikan.

3.  Panaskan minyak masak secukupnya.  Kemudian lilitkan sekeliling sosej 3/4 bahagian sahaja.  Kemudian terus dimasukkan ke dalam minyak yang telah dipanaskan dengan api sederhana selama 3 minit.  Toskan.  Buat sehingga habis sosej dan adunan churros.

4.  Salut dengan campuran gula kastor dan serbuk kulit kayu manis.  Hidangkan dengan cili sos jika suka.


INFO :   Boleh rujuk :   you tube@cooking tree

Monday, July 1, 2019

CINNAMON DOUGHNUT ...










CINNAMON DOUGHNUT RECIPE
adapted from :    dailydelicious.com
yields :    20-27 pieces




Ingredients :

230  gm  all-purpose flour
1 1/2  tsp  baking powder
60  gm  granulated sugar
1/2  tsp  salt
1/2  tsp  cinnamon powder
35  gm  raisins  ~  chopped
100  ml  milk
60  gm  melted unsalted butter
1  egg  (60 gm)
Oil for frying


Cinnamon Sugar :

90  gm  granulated sugar
1/2  tsp  cinnamon powder


Instructions :

1.  Put flour, sugar, baking powder, salt and cinnamon powder into a bowl, whisk to combine.
2.  Put raisins into the bowl, whisk to combine.
3.  Pour melted butter, milk and egg into the bowl.  Mix to combine.
4.  Use tablespoon to divide the dough and roll into a ball.  You will get 20-27 pieces.
5.  Heat oil to 150'C.  Fry the doughnut until golden brown.
6.  Mix sugar and cinnamon powder together.
7.  Cover warm doughnut with cinnamon sugar.
8.  Ready to  Enjoy !!!

Tuesday, June 25, 2019

CHURROS ...










CHURROS
sumber :   buku resipi Chef Norzailina Nordin




Bahan-Bahan :

1  cawan  air
15  gm  mentega
1/4  sudu kecil  garam
1  sudu besar  gula kastor
1  cawan  tepung gandum  ~  diayak
1  sudu kecil  serbuk penaik  ~  diayak
1  biji  telur  ~  dipukul  (saya guna gred A)
1/2  sudu kecil  serbuk kulit kayu manis
Minyak masak untuk menggoreng


Bahan Sos Coklat :

200  gm  coklat masakan  ~  dicincang
100  ml  krim putar
100  ml  susu segar
3  sudu besar  sirap kencana@golden syrup


Cara-Cara :

1.  Jerang air, garam dan mentega sehingga mendidih.  Masukkan bahan ayak dan kacau sebati.  Biarkan suam sedikit.

2.  Masukkan sedikit demi sedikit telur, pukul sehingga menjadi adunan doh yang boleh dipaip.

3.  Isikan ke dalam piping bag dengan nozle bintang dan picitkan ke dalam minyak panas.  Goreng sehingga keemasan.

4.  Angkat, toskan dan salut dengan gula bercampur serbuk kulit kayu manis.

5.  Untuk Sos Chocolate :   Kacau semua bahan di atas api perlahan sehingga coklat larut.

Sunday, June 2, 2019

POTATO FRITTER/CUCUR KENTANG RANGUP ...










POTATO FRITTERS/CUCUR KENTANG
RANGUP
sumber :    Noraida Durani & Yatiememories...




Bahan-Bahan :

3  biji  kentang  ~  sagat halus atau kasar
4  sudu besar  tepung jagung
3  sudu besar  tepung gandum
1  biji  telur  (saya guna gred A)
Daun bawang/daun sup/daun kucai  ~  hiris  (saya guna daun kucai)
1  tangkai  cili merah  ~  hiris  (optional)
Serbuk lada sulah atau lada hitam kasar secukup rasa
Garam & sedikit gula
Minyak masak untuk menggoreng


Cara-Cara :

1.  Satukan kentang sagat dengan tepung jagung, tepung gandum, daun bawang/daun sup/daun kucai, telur, serbuk lada sulah/lada hitam kasar, garam dan sedikit gula, gaul hingga sebati.

2.  Panaskan minyak masak secukupnya untuk menggoreng, sudukan adunan dan goreng agak-agak leper, balik-balikkan, tunggu sampai masak, angkat dan toskan.

3.  Sedia dihidangkan bersama sos pilihan.

Saturday, February 16, 2019

POPIA SEAWEED...








POPIA SEAWEED
sumber :    Majalah SAJI Julai 2018
kredit :    Malina Lina Pg...




Bahan-Bahan :

1  paket  kulit popia 
Seaweed secukupnya  (saiz besar)
2  biji  telur
Minyak masak


Cara-Cara :

1.  Bentangkan kulit popia dan sapu dengan telur.
2.  Letak sekeping seaweed ke atas kulit popia tadi.  Kemudian sapu telur ke atas seaweed.
3.  Letak sekeping lagi kulit popia.  Kemudian potong memanjang atau seperti nachos.  Terpulang kreativiti anda.
4.  Panaskan minyak kemudian goreng sehingga keemasan.  Biarkan sejuk sebentar.
5.  Kemudian bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.




Saturday, August 11, 2018

KUIH GUNTING...


 Selepas diuli menjadi doh yang tidak melekat ditangan...
 Tepung Goreng Ayam Adabi (original)  =  1 kotak@250 gm






RESEPI KUIH GUNTING
sumber :    Teratak Mutiara Kasih@LiNaPg...




Bahan-Bahan :

1  paket  tepung goreng ayam Adabi original  (250 gm)
1  cawan  tepung gandum  (secukupnya)
1  cawan  air
2  sudu besar  marjerin  ~  dicairkan
1/2  kiub  pati ayam  ~  dihancurkan
1  sudu besar  rempah kari Adabi  (Ayam/Ikan)
Daun kari secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng


Cara-Cara :

1.  Satukan tepung goreng ayam Adabi, tepung gandum, serbuk kari dan kiub pati ayam.  Gaul rata.

2.  Masukkan marjerin cair.  Gaulkan hingga menjadi seperti serbuk roti.

3.  Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga doh tidak melekat di tangan (tidak perlu habiskan air).

4.  Bulat-bulatkan doh sebesar bola golf.  Taburkan sedikit tepung ke atas papan pencanai kemudian canai nipis doh tadi.

5.  Kemudian boleh dipotong atau digunting mengikut kreativiti masing-masing.  (saya gunting jer)

6.  Panaskan minyak masak secukupnya, goreng kerepek/kuih gunting secara berperingkat (goreng sedikit demi sedikit dalam satu-satu masa).  Masukkan beberapa helai daun kari semasa menggoreng.

7.  Goreng sehingga kuning keemasan (menggunakan api sederhana).  Angkat dan toskan.

8.  Pastikan kerepek/kuih gunting benar-benar sejuk dahulu.  Kemudian bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara...

INFO :   Resepi ni agak sedap menggunakan tepung ini tetapi kuih gunting ini tidak berapa garing dan adunan ini agak masin walaupun tidak menggunakan garam...