KEK PISANG

Showing posts with label Apam. Show all posts
Showing posts with label Apam. Show all posts

Tuesday, April 28, 2020

RESEPI APAM PISANG GEBU ...








RESEPI APAM PISANG
GEBU & MUDAH
sumber :    daridapur.com




Bahan-Bahan :

1 1/2  cawan  tepung gandum
1  cawan  gula kastor
1  cawan  minyak masak
1  cawan  pisang berangan yang dilenyek   (me :  guna pisang emas)
1  sudu besar  susu pekat manis
1  biji  telur ayam   (me :  guna gred A)
1  sudu teh  baking powder
1  sudu teh  soda bikarbonate


Hirisan pisang nipis untuk letak di atas adunan apam


Cara-Cara :

1.  Masukkan air dalam pengukus dan didihkan air dulu.  Sambil itu sediakan adunan.  Dalam pengisar makanan, masukkan telur, susu pekat manis dan gula.  Kisar tiga bahan ini sehingga kembang dan sebati.  Tuangkan ke dalam bekas besar sedikit.  Lepas itu tambahkan pula minyak masak, pisang berangan yang siap dilenyek dan esen vanilla atau esen pisang untuk singkirkan bau hanyir telur.  Pukul sebati dengan tangan menggunakan spatula lebih kurang 2-3 minit.

2.  Campurkan dan ayak bahan kering iaitu tepung gandum bersama dengan baking powder dan juga soda bikarbonate.  Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan yang  siap dipukul tadi.

3.  Sapu sedikit minyak pada acuan kesukaan anda untuk mudahkan keluarkan apam pisang nanti selepas masak.  Isikan adunan apam 3/4 acuan sahaja sebab nanti ia akan kembang dan naik.  Letak dan susunkan hirisan pisang diatanya.

4.  Kukus selama 20-30 minit bergantung pada saiz acuan anda (me :  lebih kurang 20 minit).  Guna api sedikit besar ya untuk sentiasa air mendidih.  Bila dah masak, jangan terus angkat tapi buka penutup kukusan sahaja dan sambung kukus untuk 2-3 minit lagi bagi memastikan apam pisang anda sedikit kering.

5.  Sejukkan acuan dan barulah dikeluarkan Apam Pisang.  
SIAP !





Wednesday, April 22, 2020

APAM BALIK CHEESE SUSU ...









APAM BALIK CHEESE SUSU
sumber :    Insta@julia_aleenairesh ...




Bahan-Bahan :

240  gm  tepung gandum
100  gm  gula kastor
250  ml  susu cair
1  biji  telur   (me :  gred A)
50  gm  Plantan   (dicairkan & sejukkan)
1  sudu teh  baking powder
1/2  sudu teh  soda bikarbonate
Beberapa titis pewarna kuning


Inti :   Parutan cheddar cheese & susu pekat manis secukupnya

*** Sediakan planta/mentega/merjerin untuk sapuan atas apam balik.


Cara-Cara :

1.  Satukan gula kastor dan telur, putar guna mixer atau guna blender, kisar sehingga gula hancur dan berbuih kembang.  (Saya guna blender jer).

2.  Masukkan susu cair, soda bikarbonate, baking powder, mentega cair dan pewarna kuning, kisar/putar lagi.

3.  Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, selepas itu kisar/putar sehingga sebati.  (Tidak perlu diperap ~ adunan agak likat).

4.  Tiada kuali apam balik guna jer kuali non-stick, letakkan sedikit Planta, panaskan kemudian letak anggaran secawan adunan dan ratakan adunan menggunakan bawah cawan.

5.  Biarkan masak dan akan terbentuk pada permukaan apam balik seperti berlubang-lubang.  Jika guna jagung, kacang dan gula, sila lah tabur mengikut kesukaan.  Jika guna cheese dan susu, angkat ke dulang dahulu selepas itu letakkan susu pekat dan parutan cheese, jika suka lagi tabur chocolate rice, lipat dua dan terus sapu Planta dipermukaan kulit apam balik, boleh potong dan sedia dihidangkan ... Siap !

Monday, April 13, 2020

APAM PISANG DWI LAPISAN ...








APAM PISANG DWI LAPISAN
sumber :    jintanmanis.com




Bahan-Bahan :

2 1/2  cawan  tepung gandum *
1  sudu kecil  baking powder *
1/2  sudu kecil  soda bikarbonate *   ( * diayak bersama )
2  biji  telur   (me :  guna gred A)
1/2  cawan  minyak masak
3/4  cawan  gula kastor/gula pasir
5  biji  pisang berangan yang sudah masak ranum dilecek dengan secubit garam
1/2  cawan  susu segar atau santan
Beberapa titik esen vanilla
4  sudu besar  serbuk koko atau 1 sudu besar coklat emulco  (untuk lapisan coklat)


Cara-Cara :

1.  Lecek pisang berangan bersama secubit garam sehingga hancur.  Selepas itu dengan menggunakan mixer, pukul telur sehingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga betul-betul kembang.

2.  Kemudian masukkan pisang yang telah dilecek tadi, minyak masak dan esen vanilla, pukul lagi.  Selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit di selang-seli dengan susu segar, kacau sebati.

3.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian dimasukkan dengan 4 sudu besar serbuk koko dan kacau sebati.

4.  Panaskan periuk kukusan, pastikan acuan disapu dahulu dengan sedikit minyak.  Sudukan adunan apam pisang coklat separuh acuan dan sudukan pula adunan apam pisang warna asal di atasnya, pastikan adunan 3/4 acuan untuk memastikan apam pisang naik cantik apabila siap dikukus nanti.

5.  Kukus selama 8 ke 15 minit dengan menggunakan api sederhana.
SIAP !





Sunday, April 5, 2020

APAM TOKYO/TOKIAW/MANJA ...








APAM TOKYO/TOKIAW/MANJA
sumber :    FB@MAHI ...




Bahan Kulit :

1  cawan  tepung gandum
1/2  sudu teh  serbuk penaik@baking powder
1  biji  telur   (gred A)
1/4  cawan  gula kastor
1/2  cawan  susu segar atau susu cair
1/2  cawan  air
1  sudu besar  marjerin cair
Secubit garam


Cara-Cara :

Pukul telur dan gula sehingga kembang kemudian satukan dengan semua bahan lain dan kacau sehingga sebati.
Senduk/sudukan di atas pan (1 sudu besar).  Biarkan seketika sehingga sedikit kering, calit/paipkan inti dan lipat ketika masih panas agar ia bercantum.


Bahan Inti Kastad :

1/2  cawan  tepung gandum
1  sudu besar  tepung kastad
1/2  cawan  gula kastor
1 1/2  cawan  susu segar atau susu cair
1  sudu teh  pewarna pilihan
Sedikit esen vanilla


Cara-Cara :

Masak sehingga pekat.  Sejukkan dan sedia digunakan.


Bahan Inti Kaya :

60  gm  gula pasir
125  ml  air panas
1  sudu besar  tepung jagung
170  gm  gula kastor
300  ml  santan
3  biji  telur   (gred A)
Daun pandan
Secubit garam


Cara-Cara :

Hanguskan 60 gm gula pasir sehingga kelihatan keperangan.  Kemudian masukkan air panas.  Sejukkan seketika.
Bancuh bahan-bahan lain, satukan semua dalam periuk.  Masak sampai likat.
Nak cantik licin macam kaya di kedai, dah siap jangan lupa blend/kisar.  Memang cantik licin.!




Thursday, March 19, 2020

APAM COKLAT SUPER MOIST ...









APAM COKLAT SUPER MOIST
(A KEEPER)
sumber :    FB@MCCD ...




Bahan-Bahan :

100  gm  tepung paling halus@superfine flour
1  sudu teh  baking powder
1/2  sudu teh  soda bikarbonate
Secubit garam
15  gm  serbuk koko
60  gm  minyak masak
80  gm  gula kastor
130  gm  susu full cream


Cara-Cara :

Bahan kering diayak dalam bekas yang sesuai.
Masukkan susu dan gula, whisk sebati.
Akhir sekali masukkan minyak, whisk sebati.
Tuang ke dalam acuan lompang yang dialas papercup sehingga penuh.
Kukus selama 20 minit menggunakan api besar.  Susun jarak-jarakkan agar ada ruang untuk apam naik mekar.
Selepas masak, keluarkan dari acuan lompang, sejukkan dan hias ikut citarasa.







Monday, March 16, 2020

APAM GULA HANGUS ...








RESIPI APAM GULA HANGUS
sumber :    FB@Cara Mudah Buat Kek




Bahan-Bahan :

1  cawan  gula
1  cawan  air


Cara-Cara :

Masak gula di dalam periuk sehingga perang.
Setelah gula bertukar menjadi perang, masukkan air perlahan-lahan.
Kacau rata dan tutup api.  Biarkan seketika.


Bahan Lain :

2  biji  telur   (me :  guna gred A)
1/2  cawan  minyak
2  sudu makan  marjerin
2  sudu makan  susu pekat manis
1  sudu teh  soda bikarbonate
1 1/2  cawan  tepung gandum


Cara-Cara :

Di dalam blender, masukkan telur, susu pekat manis, minyak dan marjerin.
Kisar selama 3 minit.
Selepas itu masukkan air gula hangus tadi, kisar lagi.
Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak dengan soda bikarbonate.
Masukkan adunan ke dalam acuan yang disapu dengan sedikit minyak.
Kukus selama 15 minit menggunakan api sederhana sehingga masak.
Siap !!!




Saturday, February 22, 2020

APAM MEKAR YANG SEDAP ...










RESIPI APAM MEKAR YANG
SEDAP & GEBU
sumber :    www.rasa.my
kredit :    FB@Mas Cotek




Bahan-Bahan :    (16 pcs)

1  biji  telur gred A
100  gm  gula pasir
125  gm  tepung gandum
100  ml  susu segar
1  sudu teh  ovalette
1  sudu teh  esen vanilla
Pewarna yang disukai secukupnya


Cara-Cara :

1.  Satukan kesemua bahan (kecuali pewarna) di dalam mangkuk adunan.

2.  Pukul guna kelajuan tinggi anggaran 10 minit sehingga adunan menjadi kembang dan gebu.

3.  Ambil sedikit adunan dan warnakan ikut warna kegemaran.  Ketepikan.

4.  Ambil acuan apam.  Jika tiada, guna acuan lompang pun boleh.  Susun cawan kertas di dalamnya.

5.  Sudukan@picit adunan asal (adunan yang tidak diwarnakan) sehingga memenuhi 1/2 cawan kertas.

6.  Kemudian sudukan@picit pula adunan berwarna.  Isi sehingga penuh acuan (lebih mudah jika menggunakan piping bag).

7.  Panaskan kukusan.  Kukus Apam Mekar menggunakan api besar selama 15-20 minit.

8.  Angkat dan sedia untuk dihidangkan.


NOTA :

~   Lapik penutup kukusan menggunakan aluminium foil@kain supaya air tidak menitis di atas apam.
~   Untuk satu adunan ini, akan dapat 16 biji apam (mungkin berbeza ikut saiz acuan).

Wednesday, May 22, 2019

APAM GULA HANGUS ...









APAM GULA HANGUS
sumber :    Surianti Ramli




Bahan Gula Hangus :

1  cawan  gula pasir
1  cawan  air panas
2  sudu besar  mentega


***  Panaskan gula pasir dalam kuali sehingga cair keperangan.  Kemudian tuangkan air panas perlahan-lahan.  Masak sehingga mendidih dan gula sebati dengan air.  Masukkan mentega dan biarkan seketika sehingga mentega larut.  Matikan api dan sejukkan.


Bahan Ayak :  (Satukan)

1 1/2  cawan  tepung gandum
1  sudu teh  soda bikarbonat
1  sudu teh  baking powder


Bahan Lain :

2  biji  telur  (saya guna gred A)
1/2  cawan  minyak jagung
2  sudu besar  susu pekat manis
Secubit garam

***   Satukan bahan-bahan ini dan whisk sehingga sebati.


Cara-Cara :

1.  Satukan bahan gula hangus, bahan ayak dan bahan lain dalam mangkuk besar.

2.  Gunakan whisk dan whisk sehingga sebati.

3.  Panaskan periuk kukusan, balut tudung periuk dengan kain bersih untuk mengelakkan air menitis di atas kuih.

4.  Gunakan berus kecil dan sapu acuan dengan sedikit minyak.  Sudukan adunan sehingga memenuhi 3/4 bahagian acuan.

5.  Kukus selama 20 minit, api sederhana.  Bila masak, terbalikkan acuan dan kuih apam akan tanggal sendiri.

Wednesday, December 12, 2018

APAM PUTRI AYU JAGUNG...








APAM PUTRI AYU JAGUNG
sumber :    www.rasa.my
1/2 adunan :    22 keping



Bahan-Bahan :

2  cawan  tepung gandum *
1  sudu kecil  baking powder *
2  sudu kecil  soda bikarbonate *  ( * disatukan & diayak )
2  biji  telur  (saya guna gred A)
1  cawan  gula halus/gula kastor
1 1/2  sudu kecil  ovalette
2  sudu besar  krimer jagung  (saya guna jenama 'Ayam')
1  sudu besar  perisa jagung
1  cawan  santan pekat
Pewarna kuning secukupnya

1  biji  kelapa parut (putih sahaja),  dikukus dahulu **
1  sudu besar  tepung jagung **
Garam secukup rasa **  ( ** disatukan )


Cara-Cara :

1.  Satukan santan pekat, krimer jagung dan perisa jagung dan diblend/dikisar sehingga isi jagung hancur.

2.  Telur dan gula halus dipukul sebati.

3.  Masukkan ovalette, pukul lagi sehingga kembang dan gebu.

4.  Perlahankan mixer, masukkan sedikit demi sedikit santan dan tepung gandum berselang-seli.  Ulang sehingga habis.

5.  Titiskan sedikit sahaja pewarna kuning.  Kacau kaup balikkan sehingga adunan sebati.

6.  Isikan kelapa parut di dalam acuan.  Tekankan padat-padat pada acuan.

7.  Tuangkan adunan dan kukus selama 10-15 minit sehingga masak.  Api perlahan.
8.  Keluarkan kuih dari acuan apabila ianya telah sejuk...





Tuesday, December 11, 2018

APAM NASI...









RESIPI APAM NASI
sumber :    kayumaniskorner563...




Bahan-Bahan :

2  cawan  nasi sejuk
2  cawan  tepung beras
2  cawan  tepung gandum
1  cawan  gula
2 1/2  cawan  air
2  sudu teh  yis Mauripan
Beberapa warna pilihan
Kelapa parut putih secukupnya + sedikit garam


Cara-Cara :

Blend/kisar nasi sejuk dengan air sehingga hancur halus, kemudian masukkan gula, blend/kisar lagi sehingga sebati.
Di dalam bekas lain, satukan tepung beras, tepung gandum dan yis.
Masukkan bahan yang diblend/kisar tadi, kacau sehingga sebati.
Perap selama 2 jam.
Warnakan dengan warna pilihan ikut citarasa.
Masukkan ke dalam acuan kecil dan kukus selama 10-15 minit.
Hidangkan bersama kelapa parut putih yang sudah digaul dengan sedikit garam...