KEK PISANG

Showing posts with label Kacang. Show all posts
Showing posts with label Kacang. Show all posts

Saturday, August 25, 2018

TEMPE GORENG KICAP...








RESEPI TEMPE GORENG KICAP
sumber :    Fiza's Cooking...




Bahan-Bahan :

1  bungkus  tempe
10  ulas  bawang merah
3  ulas  bawang putih
5  tangkai  cili padi  (tak letak)
2  batang  serai  ~  dititik
3  cm  halia
3  cm  lengkuas
1  sudu besar  jus asam jawa
3  sudu besar  kicap manis
5  gm  gula Melaka  ~  dihiris  (anggaran 1 sudu besar)
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Mayang halus bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan cili padi.  Serai dititik.  Ketepikan seketika.

2.  Selepas itu hiris tempe nipis dan memanjang.

3.  Goreng tempe sehingga garing dan toskan.

4.  Panaskan minyak masak dan tumiskan kesemua bahan-bahan yang dimayang halus tadi serta serai.  Masukkan juga gula Melaka ke dalam tumisan.

5.  Seterusnya masukkan kicap manis dan jus asam jawa.  Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

6.  Akhir sekali masukkan tempe yang telah digoreng dan gaul rata.  Jika suka masukkan juga kacang tanah yang telah digoreng terlebih dahulu, gaul rata.  Masak sebentar sehingga kering dan matikan api dapur.  Sedia dihidangkan...





Monday, January 30, 2017

JEJARI TEMPE...










JEJARI TEMPE GORENG JINTAN
MANIS DAN SOS KARI YOGURT
sumber  :    Majalah RASA Januari 2016...




Bahan-Bahan :

2  paket  tempe  -  dipotong jejari
1  sudu makan  serbuk kari ayam
1  sudu teh  serbuk pati ayam
1  sudu teh  serbuk jintan manis
1  sudu teh  serbuk ketumbar
1  sudu teh  serbuk lada hitam
1  sudu teh  garam
Minyak untuk menggoreng secukupnya


Bahan Sos :  (tak buat)

100  gm  yogurt asli
1  sudu makan  serbuk kari ayam
3  sudu makan  air panas
Garam secukup rasa


Cara Memasak :

1.  Satukan kesemua bahan kering dan taburkan ke dalam satu dulang kecil.
2.  Gaul tempe bersama bahan kering sehingga rata dan perap selama 30-45 minit.
3.  Panaskan minyak dan goreng tempe sehingga garing.  Ketepikan seketika.
4.  Bagi menyediakan sos :  bancuh serbuk kari bersama air panas sehingga sebati dan tambahkan yogurt asli.  Perisakan dengan garam secukup rasa.
5.  Sedia dinikmati bersama jejari tempe...

Saturday, June 18, 2016

KUAH SATAY YANG SEDAP...











KUAH SATAY YANG SEDAP
sumber  :    Azie Kitchen ; (memang sedap & mudah)...




Bahan-Bahan :

600  gm  kacang tanah  -  disangai dengan kulitnya sekali
    5  biji  bawang besar  -  dimayang
 1/2  cawan  cili kering  -  di kisar
    1  cawan  gula melaka
    1  sudu besar  gula pasir
    1  cawan  minyak Mazola
 2-3  cawan  air atau secukupnya
Garam secukup rasa  (1/2 sudu besar garam halus)


Cara Membuat :

1.  Kacang tanah mestilah cukup masak sewaktu di sangai.  Di buang kulit (saya tak buang), disejukkan dan di rendam seketika sebelum di kisar.  Ketika kisar di dalam blender, guna air secukupnya untuk menggerakkan blender.  Jangan terlalu banyak sangat air.

2.  Bawang besar di mayang, kemudian panaskan periuk dan gunakan 1 cawan minyak dan tumiskan bawang sehingga berbau wangi.  Kemudian masukkan cili kering kisar dan goreng sampai naik minyak.

3.  Apabila sudah naik minyak, masukkan kacang tanah yang telah di blend tadi.  Kemudian masukkan sebanyak 2-3 cawan air.  Biarkan mendidih.

4.  Bila sudah mendidih, masukkan gula melaka dan garam secukup rasa.  Kuah kacang mesti ada rasa manis sedikit.

5.  Kuah satay akan menjadi pekat apabila ia sudah sejuk.  Jadi, pandai-pandailah nak mengagak banyak mana air yang hendak di letak...

Saturday, August 25, 2012

Kuah Kacang





KUAH KACANG

rujukan dari :  buku 'Juadah Perayaan' - Norzailina Nordin
dicuba oleh :   zaralovebaking.blogspot.com

Bahan-bahan :

300  gm   kacang tanah
  80   ml   minyak
    2   tsp  jintan putih   )  disangai & tumbuk
    1  tbsp ketumbar     )
    2  tbsp air asam jawa
600   ml   air rebusan daging
2-3   tsp  gula merah
Garam secukup rasa

Bahan Pes (dikisar) :

5   biji       bawang merah
2   ulas      bawang putih
3   batang  serai
3   sm        lengkuas
3   sm        halia
1   sm        kunyit hidup
2-3 tbsp    pes cili

Cara membuat :

1.   Goreng kacang tanah tanpa minyak, buangkan kulitnya.  Kisar halus separuh kacang tadi, tumbuk kasar bakinya.
2.   Panaskan minyak, tumis bahan pes hingga terbit minyak.
3.   Masukkan rempah tumbuk, kacau selama 2 minit.
4.   Masukkan kacang tanah, air asam jawa, air rebusan daging, gula merah dan garam.  Kacau hingga mendidih kemudian perlahankan api.  Renihkan hingga terbit minyak.  Kuah perlu dikacau selalu supaya tidak hangus.