Showing posts with label Juadah raya. Show all posts
Showing posts with label Juadah raya. Show all posts
Tuesday, June 19, 2018
16/6/2018 (SABTU) RAYA KEDUA...
RENDANG DAGING
sumber : FB@Resepi Terlaris...
Bahan-Bahan :
1 kg daging batang pinang ~ potong agak kecil
2 paket kecil serbuk rempah kurma
Santan dari 1 1/2 biji kelapa
3 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
Gula Melaka (kalau tiada guna gula pasir)
1-2 keping asam gelugor
1 kiub pati ayam
3 helai daun pandan ~ disimpul
1/2 cawan minyak masak untuk menumis
Bahan Kisar :
9 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
5 batang serai ~ hiris nipis-nipis
1 inci lengkuas
3 inci kunyit hidup
15-20 tangkai cili kering ~ rebus, cuci & toskan sebelum kisar
Bahan Mayang/Hiris :
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang dikisar bersama daun pandan sehingga naik bau. Kacau seketika. Masukkan serbuk rempah kurma, tumis lagi...sehingga pecah minyak.
2. Sekiranya menggunakan daging biasa, rebus daging seketika tapi tidak perlu jika menggunakan daging batang pinang. Masukkan daging bersama air rebusan, kacau rata. Kalau menggunakan daging batang pinang yang tidak direbus maka boleh masukkan 2 cawan air sekali masa memasukkan daging. Biarkan seketika dalam 4-5 minit.
3. Kemudian masukkan santan, kacau dengan api perlahan. Bila agak-agak daging sudah lembut, masukkan asam gelugor@keping, kiub pati ayam, garam dan gula secukupnya.
4. Bila daging sudah betul-betul lembut/empuk, masukkan pula kerisik dan gaul rata. Masak sehingga kuah rendang agak pekat.
5. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit, daun limau purut dan dikacau lagi seketika. Siap untuk dihidangkan...
ACAR MENTAH
Bahan-Bahan :
1 batang lobak merah ~ dihiris memanjang
1 batang timun ~ dihiris memanjang
1 biji cili merah ~ dihiris memanjang
1 sudu makan cuka atau secukupnya
1 sudu makan gula atau secukupnya
1 sudu teh garam atau secukupnya
Cara Penyediaan :
1. Campurkan semua bahan hirisan di dalam satu bekas dan ketepikan.
2. Kemudian campurkan garam, gula dan cuka. Gaul sebati.
3. Tuangkan bancuhan cuka ke dalam bekas berisi bahan hirisan dan gaul rata.
4. Acar sedia dihidangkan...
NASI HUJAN PANAS
rujukan : buku masakan Chef Hanieliza
hidangan : 6 orang
Bahan-Bahan :
4 cawan beras basmathi ~ cuci, rendam selama 30 minit & toskan
4 cawan air (saya lebihkan sedikit)
1/2 cawan susu cair
1 kiub pati ayam
3 biji tomato ~ dicincang
Pewarna hijau, merah & kuning secukupnya
1 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan marjerin
Garam secukup rasa
Bahan Tumisan :
3 ulas bawang merah *
1 ulas bawang putih *
1 inci halia * ( * ditumbuk )
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1 batang serai ~ dititik
2 helai daun pandan ~ disimpul
Cara Memasak :
1. Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit. Toskan.
2. Panaskan minyak sapi dan marjerin di dalam periuk ataupun kuali.
3. Tumiskan bahan tumisan sehingga berbau wangi.
4. Masukkan air dan garam. Biarkan sehingga mendidih.
5. Masukkan susu cair, kiub ayam, tomato dan beras. Kacau rata.
6. Alihkan ke dalam periuk nasi elektrik. 'ON' kan suis dan masakkan seperti nasi biasa.
7. Apabila nasi hampir kering, titiskan 1 warna pada setiap tempat yang berlainan.
8. Biarkan nasi masak dan kering. Kemudian gemburkan supaya warna tadi rata keseluruhan nasi.
9. Hiaskan dengan taburan bawang goreng dan daun bawang...
Labels:
Juadah raya
JUADAH RAYA 15/6/2018 (JUMAAT)...
RESEPI AYAM MASAK MERAH
sumber : Majalah RASA Julai 2018 Edisi Bumper...
Bahan-Bahan :
1 ekor ayam ~ digoreng setengah masak setelah dipotong beberapa bahagian
2 sudu makan tomato puri
2 sudu makan sos tomato
2 biji tomato ~ belah empat
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
Bahan Dikisar :
10 tangkai cili kering ~ rebus sebentar baru kisar
5 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2.5 sm halia
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan dikisar. Tumis sehingga wangi dan pecah minyak.
2. Kemudian masukkan tomato puri dan sos tomato. Kacau sebati.
3. Masukkan ayam yang telah digoreng setengah masak tadi (yang telah digaul garam dan serbuk kunyit).
4. Kecilkan api dan balik-balikkan dan perisakan dengan garam dan gula secukup rasa dan biarkan ayam masak.
5. Tutup api dan lauk siap dihidangkan...
ACAR MENTAH
Bahan-Bahan :
1 batang lobak merah ~ dihiris memanjang
1 batang timun ~ dihiris memanjang
1 biji cili merah ~ dihiris memanjang
1 sudu makan cuka
1 sudu makan gula
1 sudu teh garam
Cara Penyedian :
1. Campurkan semua bahan hirisan di dalam satu bekas dan ketepikan.
2. Kemudian campurkan garam, gula dan cuka. Gaul sebati.
3. Tuangkan bancuhan cuka ke dalam bekas berisi bahan hirisan dan gaul rata.
4. Acar sedia dihidangkan...
NASI LOBAK MERAH
rujukan : buku masakan Chef Hanieliza...
Bahan-Bahan :
6 cawan beras basmathi ~ basuh bersih & rendam selama 30 minit & toskan
2 sudu makan serbuk rempah kurma
7 cawan air
1 kiub pati ayam
1/2 cawan susu cair
2 batang lobak merah ~ dipotong dadu
1 tangkai daun ketumbar ~ diracik
1 sudu teh gula ~ sekiranya suka
4 sudu makan minyak sapi
Garam secukup rasa
Bahan Tumisan :
5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia * ( * dihiris )
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 helai daun pandan ~ disimpul
Cara Memasak :
1. Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit. Toskan.
2. Panaskan minyak sapi di dalam periuk nasi elektrik dan masukkan bahan tumisan. Tumis sehingga wangi.
3. Kemudian masukkan serbuk rempah kurma. Kacau sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air, garam, gula, kiub pati ayam dan susu cair. Biarkan mendidih.
5. Masukkan beras, lobak merah dan daun ketumbar.
6. Alihkan periuk nasi ke dalam periuk elektrik dan biarkan masak seperti nasi biasa.
7. Hidangkan bersama ayam masak merah dan juga acar timun mentah...
Labels:
Juadah raya
Tuesday, July 11, 2017
NASI MINYAK...
NASI MINYAK
rujukan : tiffinbiru@CMG...
Bahan-Bahan :
4 cawan beras basmathi ~ rendam 30 minit & toskan
1 1/2 cawan susu cair
1/4 cawan minyak jagung
4 sudu besar minyak sapi
4 cawan air
1 biji bawang besar ~ hiris halus
2 helai daun pandan ~ disimpul
3 ulas bawang putih *
4 cm halia * ( * kisar halus )
2 sudu teh garam
Secubit gula
Bahan Rempah Tumis :
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Sedikit pewarna kuning (atau hijau)
Hirisan daun bawang secukupnya (untuk hiasan)
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak jagung dan minyak sapi. Tumiskan rempah tumis dan bawang besar sehingga berbau harum dan bawang layu. Masukkan bahan kisar dan daun pandan. Tuangkan air dan biarkan mendidih.
2. Masukkan susu cair, garam dan secubit gula. Bila mendidih sekali lagi, tutup api dan tuangkan ke dalam periuk rice cooker, masukkan beras, kacau rata dan tanak seperti biasa.
3. Bila nasi hampir kering, buatkan beberapa lubang dan titiskan pewarna, taburkan kismis (jika guna) dan daun ketumbar (jika suka). Biarkan nasi betul-betul masak.
4. Gemburkan nasi dengan garfu dengan perlahan, sekadar bergaul mesra. Taburkan bawang goreng, hirisan daun sup/bawang, gajus goreng dan kacang pis (jika suka)...
Juadah Raya (25/6/2017 - Ahad)...
Labels:
Juadah raya
RESIPI LONTONG JOHOR...
RESIPI LONTONG JOHOR
rujukan : tiffinbiru@CMG...
Bahan-Bahan :
5 tangkai kacang panjang ~ hiris serong
1 biji kentang ~ kupas & potong kiub
1 batang lobak merah saiz kecil ~ hiris nipis
2 keping tauhu ~ dipotong kiub & digoreng separuh masak
2 keping tempe berbungkus daun ~ dipotong kiub & digoreng separuh masak
1 biji terung ungu saiz sederhana ~ dipotong kiub & direndam
Tauhu kering@fucuk selebar 2 tapak tangan ~ dipotong kecil & direndam sehingga lembut
1/2 biji sengkuang saiz kecil ~ kupas, potong kecil & direndam
1 cekak soo hoon ~ cuci bawah air paip & kerat pendek
1/4 bahagian kobis bulat ~ hiris kecil, cuci bersih & toskan
1.5 liter santan cair
800 ml pati santan
2 helai daun salam (optional)
Garam & gula secukup rasa
Air panas jika perlu
Bahan-bahan Kisar Halus :
7-8 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
4 biji buah keras ~ hiris
1 genggam udang kering ~ cuci bersih & rendam 10 minit, toskan
Bahan-bahan Lontong :
Nasi Impit atau Ketupat secukupnya
Telur rebus secukupnya
Sambal tumis/sambal kacang
Serunding Kelapa
Cara Memasak :
1. Untuk Kuah Lodeh : Panaskan minyak di dalam periuk (anggaran 5 sudu besar). Tumiskan bahan-bahan kisar halus sehingga berbau harum. Masukkan daun salam (jika guna). Tuangkan santan cair, kacau dan biarkan mendidih. Masukkan bahan-bahan yang keras dahulu seperti lobak merah, kentang, sengkuang, tempe dan tauhu kering (toskan airnya dahulu). Kacau rata dan masak sehingga bahan-bahan tadi lembut sedikit.
2. Tambahkan kacang panjang, kobis, terung (toskan airnya) dan kacau rata. Biarkan mendidih, jika kurang kuah boleh tambahkan sedikit air panas. Masukkan soo hoon yang dikerat pendek tadi dan tuangkan pati santan. Kacau perlahan,perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biarkan mendidih dengan api sederhana sambil dikacau perlahan. Masak sekejap lagi, sesuaikan rasa dan jika 'ok', tutup api. Ketepikan.
3. Untuk menghidang lontong : Potong Nasi Impit/Ketupat pada saiz kecil dan masukkan ke dalam mangkuk bersesuaian. Tuangkan secukupnya Kuah Lodeh bersama-sama isinya sekali. Letakkan telur rebus, serunding kelapa dan sambal tumis. Sedia untuk dihidangkan...
Juadah Raya (25/6/2017 - Ahad)...
Labels:
Juadah raya
AYAM MASAK MERAH...
AYAM MASAK MERAH
rujukan : tiffinbiru@CMG
Bahan-Bahan :
800 gm ayam ~ potong sederhana besar *
1 1/2 sudu teh serbuk kunyit *
1 sudu teh garam * ( * digaul rata & perap selama 20 minit )
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan tomato puree
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cili kisar
Garam & gula secukup rasa
2 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
1/4 cawan kismis *
1 inci halia * ( *dikisar halus )
2 cawan air
Kacang pis untuk hiasan
Cara Memasak :
1. Ayam digoreng tetapi jangan sampai garing, angkat dan toskan. Tinggalkan kurang lebih 3/4 cawan minyak gorengan tadi. Tumiskan bahan kisar sehingga berbau harum, masukkan cili kisar dan tumiskan sehingga terbit minyak. Masukkan tomato puree dan tomato sos, kacau rata dan masak sekejap.
2. Tuangkan air dan juga susu cair. Bila mendidih, masukkan ayam yang digoreng tadi, masukkan sedikit gula dan garam. Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat dan pecah minyak.
3. Tambahkan kacang pis, kacau rata dan sesuaikan rasa. Jika 'ok', tutup api. Alihkan ke dalam bekas sesuai dan taburkan sedikit lagi kacang pis sebelum menghidang, jika suka...
Juadah RAYA (25/6/2017 - Ahad)
Labels:
Juadah raya
RENDANG DAGING ALA MINANG...
RENDANG DAGING ALA MINANG
rujukan : tiffinbiru@CMG
Bahan-Bahan :
1 kg. daging batang pinang
1 liter pati santan
2 sudu besar kerisik
1 keping asam gelugur
1 sudu besar gula melaka
2 helai daun kunyit ~ dimayang halus
3 sudu besar cili kisar
Garam secukup rasa
Bahan Kisar Halus :
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai ~ hiris halus
4 biji buah keras ~ hiris
30 biji cili padi kampung
Cara Memasak :
1. Daging batang pinang dipotong kiub, cuci bersih dan toskan. Masukkan ke dalam kuali bersama bahan-bahan kisar halus dan cili kisar, kacau rata dan masak sehingga daging kecut dan airnya sedikit kering. Tuangkan santan, kacau rata dan masak sehingga mendidih.
2. Masukkan kerisik, kacau dan teruskan memasak dengan api sederhana sehingga pekat. Tambahkan asam gelugur, garam secukup rasa dan gula melaka. Kacau dan teruskan memasak sehingga rendang kering. Masukkan daun kunyit dan kacau. Masak sekejap lagi, rasa dan jika 'ok' bolehlah tutup api. Hidangkan...
INFO :
1. Pastikan rendang diisi di dalam bekas yang bersih dan kering.
2. Biar betul-betul sejuk baru ditutup untuk mengelakkan rendang cepat rosak..
Juadah RAYA (25/6/2017 - Ahad)
Labels:
Juadah raya
SERUNDING KELAPA...
SERUNDING KELAPA UDANG KERING
rujukan : tiffinbiru@CMG
Bahan-Bahan :
1 biji kelapa basah ~ parut putihnya *
1/3 sudu teh serbuk kunyit * (* digaul rata)
3 sudu besar udang kering ~ rendam selama 10 minit & toskan, tumbuk halus
2 sudu besar cili kisar atau lebih jika nak pedas
8 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci lengkuas *
3 batang serai * ~ hiris halus
1 sudu besar penuh ketumbar biji ~ di sangai *
1/2 sudu teh jintan kasar ~ di sangai *
1/2 sudu teh jintan halus ~ di sangai * ( * dikisar halus )
1/4 cawan jus asam jawa
3 helai daun limau purut
Garam & gula secukup rasa
Cara Memasak :
1. Kelapa parut yang telah digaul dengan kunyit tadi di sangai di dalam kuali selama 2-3 minit, angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan kisar halus sehingga berbau harum, masukkan cili kisar dan udang kering, tumiskan sehingga terbit minyak menggunakan api sederhana. Masukkan garam secukup rasa dan gula (selalunya serunding agak manis sedikit) dan daun limau purut dan jus asam jawa. Kacau rata dan biarkan masak sekejap.
3. Masukkan kelapa tadi dan gaul rata, masak dengan api kecil sambil dikacau sehingga serunding tadi kering dan ringan tetapi masih lembap. Tutup api, angkat dan sejukkan...
(Juada Raya 25/6/2017 - Ahad)
Labels:
Juadah raya
Tuesday, July 29, 2014
Sunday, August 11, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)