KEK PISANG

Showing posts with label Pastri. Show all posts
Showing posts with label Pastri. Show all posts

Sunday, June 14, 2020

PUFF PASTRY INTI KENTANG










PUFF PASTRY INTI KENTANG
sumber :    DapurTanpaSempadan@CMG




Bahan-Bahan :

10  keping  Puff Pastry (jenama KAWAN) bersaiz 4 inci x 4 inci
1  biji  telur   ~  dipukul sedikit 
Bijan secukupnya   ~  untuk hiasan


Bahan-Bahan Inti :

3  biji  kentang saiz sederhana
2  biji  telur
1  biji  bawang besar   ~  dicincang/didadu
2  ulas  bawang putih   ~  dicincang
1  pokok  daun bawang   ~  hiris halus
1  kiub  pati ayam MAGGI   ~  dihancurkan
1  camca besar penuh  serbuk rempah kari daging Adabi
1  camca teh  gula
1/4  camca teh  serbuk lada hitam  (optional)
1/2  cawan  air
Garam secukup rasa
Minyak masak


Cara Membuatnya :

1.  Untuk Intinya :    Kentang dikupas, cuci dan dipotong dadu kecil-kecil (seperti membuat inti karipap).  Kemudian rebus kentang tadi sehingga empuk, toskan.  Panaskan 2 camca besar minyak masak dalam kuali.  Tuangkan telur dan kacau sehingga hancur, angkat dan ketepikan.

2.  Dalam kuali yang sama, masukkan 3 camca besar minyak masak.  Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu.  Masukkan rempah kari dan kacau rata.  Tuangkan air dan masak sehingga mendidih.  Masukkan kentang, telur hancur dan kiub pati ayam.  Gaul rata dan masukkan gula.  Kacau dan masak sehingga kering.

3.  Masukkan sedikit garam (rasa dulu sebab kiub ayam dah ada garam) dan serbuk lada hitam, (jika guna), kacau dan akhir sekali tambah hirisan daun bawang.  Gaul rata dan masak sekejap.  Sesuaikan rasa, matikan api.  Biarkan inti sejuk.

4.  Untuk Puff Pastry Kentang :    Panaskan oven pada suhu 180'C.  Sediakan dulang pembakar.  Ambil sekeping puff pastry.  Letakkan 1 camca besar inti dan letak pada 1/2 bahagian puff pastry.  Sapu keliling puff pastry dengan telur kemudian lipat dua puff pastry.  Tekan-tekan sedikit tepinya agar melekat.  Alihkan ke atas dulang pembakar.  Buat kaedah sama untuk baki puff pastry dan inti sehingga siap.

5.  Cucuk-cucuk permukaan puff tadi dengan garfu kemudian sapu dengan telur dan taburkan sedikit bijan.  Bakar dalam oven selama 25 minit sehingga kuning keemasan, (jika oven ada 'kipas', anda boleh 'ONKAN').  Sejukkan puff atas jaringan sebelum dihidangkan.


Saturday, June 13, 2020

QUICHE SARDINE MUDAH








RESIPI QUICHE SARDINE MUDAH
sumber :    DapurTanpaSempadan@CMG




Bahan-Bahan :

6  keping  puff pastry jenama KAWAN  (saiz 4 inci x 4 inci)
2  biji  telur gred A
100  ml  whipping cream 'Dairy'  (boleh ganti dengan susu segar atau santan)
Parutan keju cheddar secukupnya
Sedikit cincangan parsley  (boleh ganti dengan daun bawang atau kucai)


Bahan-Bahan Inti :

1  tin kecil  sardine   (brand Cap Ayam)
1  biji  bawang besar   ~  didadu
2  keping  hirisan halia   ~  cincang halus
2  ulas  bawang putih   ~  cincang halus
2  biji  cili padi merah thai   ~  cincang halus
Kicap cair secukup rasa
2  biji  limau kasturi   ~  perah jusnya  (kalau saiz limau besar, guna sebiji jer)


Cara Membuatnya :

1.  Untuk Inti Quiche :    Panaskan 2 camca besar minyak masak.  Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi.  Kacau rata.  Masukkan sardine dan pecah-pecahkan isinya.  Masak sehingga kering.  Tambah kicap cair dan jus limau kasturi.  Kacau rata dan masak sekejap.  Sesuaikan rasa dan matikan api.  Sejukkan untuk kegunaan kemudian.

2.  Untuk Pastry Puff :    Keluarkan pastry puff dari freezer, biarkan pada suhu bilik selama 15 minit.  Ambil sekeping dan taburkan dengan sedikit tepung.  Buat potongan kurang lebih 1 inci pada setiap bucu pastry.  Lenser acuan muffin dengan sedikit mentega.  Berhati-hati masukkan puff pastry tadi ke dalamnya dan bentukkan.  Kemaskan dan buat sehingga siap.

3.  Untuk Quiche Sardine Mudah :    Panaskan oven pada suhu 190'C.  Bahagikan inti quiche kepada 6 bahagian sama banyak dan isikan ke dalam acuan beralas puff pastry tadi.
Dalam satu bekas, satukan telur dan whipping cream, kacau sehingga semua sebati.  Kemudian tuangkan ke dalam puff pastry yang berisi inti tadi.  Taburkan parutan keju dan sedikit cincangan parsley atau daun bawang.
Bakar selama 20-25 minit atau sehingga kuning keemasan (bergantung pada oven masing-masing).  Keluarkan dari oven, biarkan sekejap dan alihkan ke atas jaringan.
Sedia dihidangkan...





Saturday, June 6, 2020

PASTRY PUFF SOSEJ











PASTRY PUFF SOSEJ
sumber :    resepicitarasawan




Bahan-Bahan :

1  paket square  pastry puff jenama KAWAN
1  paket  sosej   ~  potong 2 setiap satu
Parutan keju cheddar secukupnya


Sapuan :   1 biji kuning telur + sedikit air + susu sejat  = kacau sebati


Cara-Cara :

1.  Lembutkan sebentar pastry puff pada suhu bilik.  Potong 2 1/2 x 2 1/2 inci setiap satu.

2.  Ambil satu keping dan letakkan 1 keratan sosej ditengahnya.  Tabur dengan serbuk lada hitam, jika suka.

3.  Temukan kedua-dua bucu pastry ditengah, tekan sedikit supaya melekat.  Sapu permukaan dan tepinya dengan kuning telur.

4.  Tabur parutan keju ditengahnya.  Bakar pada suhu 180'C selama 15 minit.  Pasangkan kipas oven supaya garing dan masak sekata.
Siap !


Tuesday, March 17, 2020

PASTRY JENAMA 'KAWAN'...








RESIPI STRAWBERRY PUFF
sumber :    FB@Aini Binte Madon




Bahan-Bahan :

Puff Pastry jenama 'KAWAN' secukupnya
Strawberry topping/strawberry jam atau apa-apa yang disukai
1  biji  telur   ~  untuk disapu atas puff   ~  dikocok


Cara-Cara :

1.  Keluarkan puff pastry dari freezer.  Biarkan sekejap pada suhu bilik, jangan sampai puff jadi terlalu lembik.

2.  Buat seperti dalam gambar.  (Maaf nak explain pun tak tahu).  Atau boleh buat bentuk ikut citarasa.

3.  Selepas dah bentukkan pastry, diamkan hingga pastry naik sedikit, agak-agak dalam 1/2 jam.

4.  Bila pastry dah naik, sapukan dengan telur yang telah dipukul.

5.  Sudukan topping atau filling di tengah-tengah pastry.

6.  Bakar pada suhu 200'C - 210'C selama 20-30 minit hingga berwarna perang.
SIAP !!!









PASTRY PUFF SOSEJ
sumber :    resipicitarasawan ...




Bahan-Bahan :

1  paket square  pastry puff 'KAWAN'
1  paket  sosej  ~  potong 2 setiap satu
Parutan keju cheddar secukupnya

Sapuan :    1 kuning telur + sedikit air & susu sejat


Cara-Cara :

1.  Lembutkan sebentar pastry puff pada suhu bilik.  Potong 2 1/2 x 2 1/2 inci setiap satu.

2.  Ambil satu keping dan letakkan 1 keratan sosej ditengahnya.  Tabur dengan serbuk lada hitam, jika suka.

3.  Temukan kedua bucu pastry ditengah, tekan sedikit supaya melekat.  Sapu permukaan dan tepinya dengan kuning telur.

4.  Tabur parutan keju ditengahnya.  Bakar pada suhu 180'C selama 15 minit.  Pasang kipas oven supaya garing dan masak sekata.
SIAP !!!

Wednesday, February 26, 2020

PORTUGUESE EGG TART ...










PORTUGUESE EGG TART
sumber :    FB




Bahan-Bahan :

Puff Pastry 'KAWAN'   ~  canai pastry lepas itu isikan pastry tadi ke dalam bekas aluminium.
(pastry yang siap dicanai saya tekap dengan gelas yang saiznya lebih besar dari cup kemudian potong.  Selepas itu baru dimasukkan pastry yang dah siap dipotong ke dalam cup).


Bahan Filling :

2  biji  telur gred A
75  ml  air 
60-65  gm  gula kastor
125  ml  susu cair
Secubit garam
Sedikit esen vanilla


Cara-Cara :

Kacau sebati dan tapis.
Tuangkan ke dalam pastry, bakar pada suhu 180'C - 200'C (ikut oven masing-masing) sehingga masak.


TIPS :

1.  Filling telur lagi hitam lagi sexy...tapi bukan hangus ye.
2.  Saya bakar lebih kurang 45 minit ... 10-15 minit terakhir saya guna api bawah.
3.  45 minit ialah masa bakar secara keseluruhan api atas bawah.  10-15 minit terakhir saya guna api bawah sahaja.  Boleh tambah masa ikut kerangupan pastry yang anda suka dan suhu mengikut oven masing-masing.

Tuesday, November 19, 2019

PUFF TUNA MAYONES ...








PUFF TUNA MAYONES
sumber :    Majalah RASA.my Disember 2016 ...




Bahan-Bahan :

Puff Pastry segera secukupnya   (jenama KAWAN)
Kuning telur secukupnya   ~  untuk disapu atas puff
Sedikit oregano kering untuk hiasan atas puff, jika suka


Bahan-Bahan Inti :

150  gm  isi tuna (dalam tin)   ~  toskan
2  sudu makan  mayones
1  labu  bawang besar   ~  dipotong dadu
2  biji  cili merah   ~  buang biji & cincang/hiris
Daun bawang secukupnya   ~  cincang
Garam & serbuk lada sulah secukup rasa


Cara Penyediaan :

1.  Keluarkan puff pastry (segera) dari peti sejuk dan biarkan ia pada suhu bilik.  Ketepikan.

2.  Campurkan kesemua bahan inti dan gaul rata.

3.  Tetap puff pastry mengikut citarasa dan isi sesudu inti ke dalamnya, (me : potong 4 persegi).  Tutup/lipat puff dan rapikan tepinya dengan menggunakan garfu.  Susunkan ke dalam dulang pembakar yang telah ditabur sedikit tepung.  Sapu sedikit kuning telur dan taburkan dengan sedikit oregano kering ke atas puff.

4.  Bakar pada suhu 200'C selama 25-30 minit atau sehingga puff keperang-perangan.

5.  Keluarkan dari oven dan sedia dinikmati.


Info Chef :    Sapuan kuning telur di atas puff membuatkan permukaannya lebih cantik selepas dibakar.




Saturday, September 7, 2019

PORTUGUESE EGG TART ...




PORTUGUESE EGG TART
menggunakan pastry ready made & filling ready made...mudah disediakan & menjimatkan masa
beli di Kedai Bake With Yen...





Sunday, August 4, 2019

TUNA PUFF ...








TUNA PUFF
adapted from :    anncoojournal.com



These delicious tuna puffs can be prepared early and stored in the freezer.  They can be baked as and when required and believe me they can be gone in no time.


Ingredients :

1  can  tuna in olive oil
1  pip  shallot  ~  chopped  (optional)
1  hard  boiled egg  ~  chopped
2-3  tbsp.  mayonnaise or to taste
1  tbsp.  lemon juice
Salt and pepper to taste
1  packed frozen  puff pastry  ~  thaw pastry in the chiller for a few hours before use, only need 2 large sheets.


Instructions :

1.  Mix all the ingredients in a bowl (except puff pastry) together and set aside.

2.  Place puff pastry sheet on a lightly floured table top and use a pizza cutter to cut pastry sheet into 4 equal sheets.

3.  Put tuna filling (about 2 tablespoons) on pastry sheet leaving enough border so that it can be folded over and sealed.

4.  Eggwash the border and fold the edges together.  Then use fork press down the edges to seal the border.  Place the tuna puffs on a lined baking tray and eggwash the tops of each puff and sprinkle some white sesame seeds on top.

5.  Bake in preheated oven at 200'C for about 25-30 minutes or until golden brown.




Wednesday, May 1, 2019

FRESH FRUIT IN PUFF PASTRY BOX ...




Memandang cuaca agak panas sekarang ni, krim di dalam puff mudah mencair tetapi puff tetap sedap...






FRESH FRUIT IN PUFF PASTRY BOX
sumber :    tiffinbiru@CMG ...




Bahan-Bahan :

3  keping  puff pastry jenama KAWAN berukuran 4 inci x 4 inci  (saya ada baki 4 jer)
Whipping Cream secukupnya (nak senang guna yang dalam tin, ada jual di pasaraya)
Buah-buahan segar secukupnya  (strawberry, kiwi, blueberry, peach atau ikut suka)
Sedikit gula aising untuk hiasan


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 190'C, alas loyang pembakar dengan kertas minyak, letakkan puff pastry tadi, jarakkan sedikit.  Bakar selama 25 minit dan jika oven anda ada fungsi 'kipas', boleh 'ON KAN'.  Bila masak, keluarkan dan biarkan sejuk sepenuhnya di atas jaringan.

2.  Ambil satu puff pastry yang siap dan telah sejuk tadi, belah dua (sebab puff akan naik tinggi, maka ada terbentuk ruang di dalamnya).  Keluarkan sedikit isi puff tadi.

3.  Paipkan whipping cream secukupnya kemudian susun buah-buahan segar mengikut kreativiti anda.  Tutup dengan puff satu lagi dan ayak gula aising di atasnya dan hidangkan segera.  Kalau anda suka, boleh juga drizzle dengan coklat cair sebelum dihidangkan.

PUFF PASTRY INTI KENTANG ...










PUFF PASTRY INTI KENTANG
sumber :    tiffinbiru@CMG ...




Bahan-Bahan :

10  keping  puff pastry (jenama KAWAN) bersaiz 4 inci x  4 inci
1  biji  telur  ~  dipukul sedikit
Bijan hitam untuk hiasan


Bahan-Bahan Inti :

3  biji  kentang saiz sederhana
2  biji  telur
1  biji  bawang besar  ~  dicincang
2  ulas  bawang putih  ~  dicincang
1  pokok  daun bawang  ~  dihiris halus
1  kiub  pati ayam MAGGI  ~  dihancurkan
1  camca besar penuh  serbuk rempah kari daging Adabi
1  camca teh  gula
1/4  camca teh  serbuk lada hitam  (optional)
1/2  cawan  air
Garam secukup rasa


Cara-Cara :

1.  Untuk Intinya :   Kentang dikupas, cuci dan dipotong dadu kecil-kecil (seperti membuat inti karipap).  Kemudian rebus kentang tadi sehingga empuk, toskan.  Panaskan 2 camca besar minyak masak di dalam kuali.  Tuangkan telur dan kacau sehingga hancur, angkat dan ketepikan.

2.  Di dalam kuali yang sama, masukkan 3 camca besar minyak masak.  Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu.  Masukkan serbuk rempah kari dan kacau rata.  Tuangkan air dan masak sehingga mendidih.  Masukkan kentang, telur hancur dan kiub pati ayam.  Gaul rata dan masukkan gula.  Kacau dan masak sehingga kering.

3.  Masukkan sedikit garam (rasa dulu sebab kiub ayam dah ada garam) dan serbuk lada hitam, (jika guna), kacau dan akhir sekali tambahkan hirisan daun bawang.  Gaul rata dan masak sekejap.  Rasa dan jika 'ok' boleh dimatikan api.  Biarkan inti sejuk sepenuhnya.

4.  Untuk Puff Pastry Inti Kentang :   Panaskan oven pada suhu 180'C.  Sediakan dulang pembakar.  Ambil sekeping puff pastry, ambil 1 camca besar inti dan letakkan pada 1/2 bahagian puff pastry kemudian lipat puff pastry menjadi tiga segi.  Tekan-tekan sedikit tepinya dengan garfu.  Alihkan ke atas dulang pembakar.  Buat kaedah sama untuk baki puff pastry dan inti sehingga siap.

5.  Kelar-kelarkan permukaan puff tadi dengan pisau kemudian sapu dengan telur dan taburkan sedikit bijan.  Bakar di dalam oven selama 25 minit sehingga kuning keemasan (jika oven anda ada fungsi 'kipas', anda boleh 'ON KAN'.  Setelah masak, sejukkan puff di atas jaringan sebelum dihidangkan.