KEK PISANG

Showing posts with label Sambal & Sos. Show all posts
Showing posts with label Sambal & Sos. Show all posts

Sunday, July 5, 2020

SAMBAL KERING










RESIPI SAMBAL KERING
( Mariana Zainal )




Bahan-Bahan :

2  cawan  ikan bilis   (kopek & goreng garing, pastikan betul-betul garing, toskan & biarkan sejuk)
2  cawan  kacang tanah   (goreng, toskan dan biarkan sejuk)
4  peket  tempe   (hiris nipis, goreng garing, toskan & biarkan sejuk)
7  sudu besar  gula   (suka manis boleh tambah)
Sedikit garam  (jangan bubuh banyak, ikan bilis dah masin)
2  sudu besar  air asam jawa   (bubuh cair-cair saja, jika suka)
Sedikit serbuk perasa


Bahan Kisar :   (kisar semua bahan ini)

25  tangkai  cili kering   (tak suka pedas, kurangkan, potong buang bijinya)
1  biji  bawang besar
7-8  ulas  bawang putih
3  senduk  minyak masak


Cara Memasak :

Panaskan kuali (jangan letakkan minyak masak dah, sebab kita dah kisar bahan kisar sekali dengan minyak masak.  Cara ini untuk mengelakkan minyak masak merecik merata), gunakan api sederhana.  Masukkan bahan kisar, bila cili dah masak dan berubah warna masukkan gula, air asam jawa, sedikit garam, tumis sampai betul-betul masak dan berubah warna jadi gelap.  Bila dah berbuih kecil dan pekat masukkan tempe, ikan bilis dan kacang, gaul rata sehingga semua bersalat sambal.  Masukkan dalam talam, ratakan, bakar 5 minit, biarkan betul-betul sejuk baru masukkan ke dalam bekas, suhu 160'C - 170'C api atas bawah.
SIAP !


Thursday, June 11, 2020

PARU GORENG BERLADO









RESEPI PARU GORENG BERLADO
sumber :    Azie Kitchen




Bahan-Bahan :

1/2  kg  paru   ~  rebus & lumur garam kunyit
1  keping  asam gelugor
Gula perang
Serbuk perasa
Garam


Bahan Tumbuk Kasar :

5  tangkai  cili padi hijau
5  tangkai  cili padi merah
3  tangkai  lada hijau
3  tangkai  lada merah
5  ulas  bawang putih
5  ulas  bawang merah


Cara Memasak :

1.  Rebus paru dengan sedikit garam dan halia sehingga empuk.  Caranya ialah cucuk dengan tester kek atau pisau.  Bila dah empuk, angkat dan toskan.

2.  Bila sejuk, hiris nipis yang disukai.  Lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.

3.  Panaskan minyak masak dan goreng paru sehingga garing.  Angkat dan toskan.  Ketepikan.  Kemudian sediakan pula sambal.

4.  Panaskan minyak masak dalam kuali lain dan tumis bahan tumbuk sehingga garing dengan menggunakan api perlahan.

5.  Masukkan asam keping, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.  Sesuaikan rasa dan tutup api.  Biarkan betul-betul sejuk.

6.  Akhir sekali, masukkan paru yang telah digoreng garing.  Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan.


NOTA :    Sediakan sambal terlebih dahulu.  Sementara sambal disejukkan, bolehlah goreng paru.


Saturday, June 6, 2020

SAMBAL TEMPE IKAN BILIS









SAMBAL TEMPE IKAN BILIS
sumber :    www.rasa.my@Asiah Jafar




Bahan-Bahan :

Minyak masak
Tempe secukupnya   ~  dipotong nipis   (me :  guna 2 peket)
Ikan bilis secukupnya   ~  digoreng garing   (me : guna anggaran segenggam)
3  ulas  bawang putih   ~  cincang halus
Cili kering secukupnya   ~  dikisar dapatkan 4 sudu besar
1  biji  bawang besar   ~  dihiris bulat
Garam secukupnya
3  sudu besar  gula
1  sudu besar  gula  gula merah


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya.  Goreng tempe hingga kekuningan.  Angkat dan ketepikan.

2.  Goreng ikan bilis hingga garing.  Angkat dan ketepikan.

3.  Kurangkan sedikit minyak gorengan tadi.  Tumis bawang putih sampai kekuningan.  Masukkan cili kering kisar.  Tumis sampai garing dan pecah minyak.

4.  Masukkan bawang besar, garam, gula dan gula merah.  Masak sehingga bawang besar layu dan tumisan nampak berwarna gelap.

5.  Tutup api.  Biarkan sambal betul-betul sejuk.

6.  Akhir sekali, gaulkan tempe dan ikan bilis dengan sambal sehingga rata...Siap !


Thursday, May 28, 2020

SAMBAL PARU










RESEPI SAMBAL PARU
sumber :    salamisimon1.blogspot.com




Bahan-Bahan :

400  gm  paru
2  batang  serai   ~  dititik
2  keping  asam gelugor
1  labu  bawang besar   ~  hiris kasar
Minyak masak
Serbuk kunyit/garam/gula melaka/perasa pilihan secukupnya


Bahan Kisar :

30  tangkai  cili kering   ~  rendam dalam air panas hingga lembut & toskan
10  biji  bawang merah
5  biji  bawang putih
1  sudu kecil  belacan
1  cm  halia


Cara Memasak :

1.  Rebus paru sehingga empuk.

2.  Angkat dan toskan.  Hiris nipis.

3.  Gaulkan paru dengan 1 sudu kecil serbuk kunyit dan 1 sudu kecil garam.

4.  Panaskan minyak masak dan goreng paru tadi.  (Saya inginkan paru goreng yang tidak garing, jadi saya gorengkan sebentar sahaja dan kemudian diangkat serta toskan paru goreng tadi).

5.  Tinggalkan lebih kurang 1/2 cawan minyak bekas gorengan paru tadi di dalam kuali.

6.  Tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan tambahkan serai, gula serta asam gelugor.  Gunakan api sederhana dan biarkan sehingga pecah minyak.

7.  Masukkan paru yang digoreng tadi dan gaul rata.  Jika terlalu kering, tambahkan sedikit air panas.

8.  Tambahkan hirisan bawang besar, garam dan perasa pilihan secukupnya.

9.  Kacau beberapa kali sehingga bawang besar layu dan tutup api dapur.
Siap ! untuk dinikmati.



Thursday, May 14, 2020

SAMBAL TUMIS TELUR !









RESEPI SAMBAL TUMIS TELUR
sumber :    Azie Kitchen




Bahan-Bahan :

5  ulas  bawang merah *
3  ulas  bawang putih *    ( * dikisar )
1  biji  bawang besar   ~  hiris
4  sudu besar  cili kering kisar
Sedikit belacan
Garam & gula
Air asam jawa secukupnya
Telur rebus   ~  kupas kulit & goreng, anggaran 5-6 biji   (me :  guna 8 biji telur gred C)
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya.  Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dikisar sehingga garing dan wangi.

2.  Masukkan cili kering kisar dan tumis dengan api perlahan sehingga betul-betul garing.  Masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal berwarna merah cantik.

3.  Masukkan garam, belacan dan air asam jawa.  Kalau terlalu pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit.

4.  Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris.  Akhir sekali masukkan telur rebus yang telah digoreng.  Sesuaikan rasa dan kepekatan yang diingini.

5.  Angkat dan hidangkan panas-panas dengan nasi lemak atau nasi putih/nasi minyak. 
SIAP !


Monday, May 4, 2020

SAMBAL TUMIS SARDIN !









RESIPI SAMBAL TUMIS SARDIN
sumber :    resepichenom.com




Bahan-Bahan :

1  tin besar  ikan sardin
3-4  sudu besar  cili kisar
2  biji  kentang   ~  potong ikut suka
3  ulas  bawang putih   ~  hiris nipis
2  biji  bawang merah   ~  hiris nipis
2  hirisan nipis  halia
1/2  mangkuk kecil  air asam jawa atau boleh guna asam gelugor/keping
1  biji  bawang besar   ~  hiris nipis
Cili padi   ~  jangan potong tapi masukkan sebiji-sebiji


Cara Memasak :

1.  Asingkan isi ikan sardin dan kuahnya.

2.  Panaskan minyak masak anggaran satu mangkuk kecil kemudian tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga kekuningan dan naik bau.

3.  Masukkan pula cili kisar dan masak hingga cili menjadi sedikit garing diikuti pula dengan kentang.  (masukkan kentang pada waktu ini supaya kentang mudah dan cepat empuk).

4.  Setelah kentang empuk, masukkan isi ikan sardin dan kacau perlahan-lahan kerana takut isi ikan sardin mudah hancur.

5.  Masukkan pula kuah ikan sardin, air asam jawa, cili padi dan bawang besar.  Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

6.  Tutup api dan sedia dihidangkan.

Thursday, March 12, 2020

SAMBAL BEBOLA AYAM/DAGING ...









SAMBAL BEBOLA AYAM/DAGING
sumber :    hanieliza ...




Bahan-Bahan :

20  biji  bebola ayam/daging   (me :  guna bebola daging)
1  sudu kecil  cuka masakan
1  labu  bawang besar   ~  dihiris
1  cawan  minyak masak
1  sudu kecil  gula
Garam secukup rasa


Bahan Dikisar :

10  tangkai  cili kering   ~  direndam dalam air panas hingga lembut & toskan
5  ulas  bawang merah
1  ulas  bawang putih


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak dan gorengkan bebola ayam/daging hingga masak.  Angkat dan ketepikan.
2.  Keluarkan separuh minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga wangi dan garing.
3.  Masukkan hirisan bawang besar, garam, gula dan cuka secukup rasa.
4.  Masukkan bebola ayam/daging.  Kemudian kacau rata dan angkat.
5.  Sedia dihidangkan.

Wednesday, November 20, 2019

SAMBAL TEMPE & KENTANG ...









SAMBAL TEMPE & KENTANG
sumber :    seripayaku.blogspot.com




Bahan-Bahan :

1  peket  tempe   ~  dipotong memanjang
2  biji  kentang   ~  dikupas & dicuci bersih
1  mangkuk kecil  ikan bilis
3  sudu besar  cili kisar
3  sudu kecil  gula
4  ulas  bawang merah   ~  ditumbuk halus
1/4  cawan  air
Sedikit garam & serbuk kunyit
Minyak masak untuk menggoreng
1/4  kiub  pati ikan bilis   (optional)


Cara Memasak :

1.  Tempe yang telah dipotong digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.

2.  Potong kentang nipis-nipis dan digaulkan dengan sedikit garam.

3.  Panaskan minyak masak secukupnya dan goreng kentang sehingga garing.  Angkat dan toskan minyaknya.

4.  Kemudian masukkan pula tempe, goreng sehingga garing.  Angkat dan toskan.  Gorengkan pula ikan bilis sehingga garing, angkat dan toskan minyaknya.

5.  Tinggalkan sedikit minyak tadi di dalam kuali, masukkan cili kisar.  Kacau sehingga ia masak baru dimasukkan bawang tumbuk tadi.  Kacau sebati.

6.  Bila dah wangi, masukkan air dan tambahkan gula serta secubit garam (ini terpulang, kalau tempe tadi dah masin tak perlu masukkan).  Kacau sehingga air agak kering dan rasa masin manisnya.

7.  Bila dah ngam dengan citarasa, masukkan semua bahan dan kacau sebati.  Tutup api.  Sedia dihidangkan.

Monday, September 23, 2019

SAMBAL SARDINE BELIMBING BULUH ...







SAMBAL SARDINE BELIMBING BULUH
sumber :    tiffinbiru@CMG ...




Bahan-Bahan :

1  tin kecil  sardine   (sardine cap Ayam jenis leper, me:  cap Adabi), asingkan ikan dan sosnya
2  sudu besar  tepung gandum
2  sudu besar  jus asam jawa
10  biji  belimbing buluh  (belah 2 tapi tidak putus setiap satu)
1  biji  bawang besar   (hiris bulat & leraikan)
1/2  cawan  cili kisar
Garam & gula secukup rasa


Bahan-Bahan Tumbuk Halus :

5  biji  bawang merah
2  ulas  bawang putih
1  inci  halia
Secubit belacan


Cara Memasak :

1.  Gaul ikan sardine dengan tepung gandum, kemudian goreng sehingga keperangan, angkat dan toskan.  Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 4 sudu besar), tumis bahan-bahan tumbuk halus sehingga berbau harum, masukkan cili kisar dan sos dari sardine yang diasingkan tadi.  Kacau dan masak sehingga naik minyak.

2.  Masukkan jus asam jawa, garam secukup rasa dan sedikit gula (atau secukup rasa), kacau dan masak sehingga pekat.  Masukkan bawang besar dan belimbing buluh, gaul rata dan tambahkan ikan sardine yang digoreng tadi.  Kacau perlahan dan masak sekejap.  Rasa dan jika 'ok' bolehlah matikan api dapur.  Hidangkan bersama nasi panas.





 ROTI JALA kekal lembut hingga ke petang,
sumber :    Azie Kitchen...






Sunday, August 4, 2019

SARDIN MASAK ASAM ...









RESIPI SARDIN MASAK ASAM
sumber :    MyResipi.com




Bahan-Bahan :

1  tin besar  sardin  (me :  jenama Adabi)
1  labu  bawang besar  ~  dihiris
2  ulas  bawang putih  ~  dihiris
2  inci  halia  ~  dihiris
Cili hijau & cili merah secukupnya  ~  dihiris
1  biji  tomato  ~  dipotong 4
2  keping  asam gelugor atau 1/2 sudu besar asam jawa tanpa biji, ambil jusnya
Sedikit minyak masak untuk menggoreng
Garam & serbuk perasa secukupnya


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya, gorengkan ikan sardin dulu (asingkan ikan dan kuahnya), jangan terlalu garing.  Angkat dan ketepikan.

2.  Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia, tumis sehingga naik bau.

3.  Masukkan sos/kuah sardin tadi, asam gelugor dan sedikit air, biarkan mendidih.

4.  Setelah mendidih, masukkan hirisan cili hijau dan merah, ikan sardin yang telah digoreng tadi, tomato, garam dan serbuk perasa secukupnya.  Kacau rata.

5.  Biarkan seketika.  Tutup api dan siap untuk dihidangkan.

Saturday, July 20, 2019

KENTANG & SOSEJ LADA HITAM ...









KENTANG & SOSEJ LADA HITAM
sumber :    ummizaihadi-homesweethome...




Bahan-Bahan :

4  biji  kentang  ~  potong wedges  (saya guna saiz sederhana)
5  batang  sosej  ~  hiris
1/2  lada benggala hijau  ~  potong dadu  (tak letak)
1/2  lada benggala merah  ~  potong dadu  (saya guna yang kuning)
1  labu  bawang besar  ~  hiris kasar
2  ulas  bawang putih  ~  cincang
1  biji  tomato  ~  belah 6
1  sudu kecil  lada hitam  ~  tumbuk  (tak letak)
2  sudu besar  sos tiram
1  sudu besar  sos lada hitam
2  sudu besar  sos cili
Garam
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Kentang dibasuh dan toskan.  Gaul dengan sedikit garam.
2.  Panaskan minyak dalam kuali, goreng kentang sehingga nampak garing.  Angkat dan toskan.
3.  Dalam minyak yang sama, goreng pula sosej setengah masak.  Angkat dan toskan.
4.  Tinggalkan sedikit minyak, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
5.  Masukkan sos lada hitam, sos tiram dan sos cili.  Kacau rata.
6.  Masukkan lada benggala, kacau seketika.
7.  Masukkan kentang dan sosej, gaul rata dan sebati.  Masukkan garam dan seimbangkan rasa.
8.  Sedia dihidangkan.

Friday, March 8, 2019

SOSEJ SAMBAL MERAH...










SOSEJ SAMBAL MERAH
sumber :    Majalah RASA 2016...




Bahan-Bahan :

9  batang  sosej ayam
2  sudu makan  mentega
5  sudu makan  sos cili
4  sudu makan  sos tomato
1/2  sudu makan  sos tiram
1  biji  bawang besar  ~  hiris tebal
1  ulas  bawang putih  ~  ketuk
1  batang  serai  ~  titik
1  biji  cili merah  ~  hiris


Cara Memasak :

1.  Panaskan kuali, masukkan mentega dan goreng sosej yang telah dipotong menyerong kira-kira 2 inci.

2.  Selepas itu masukkan bawang besar yang telah dihiris sedikit tebal, bawang putih, cili merah dan serai, masak sehingga sosej kembang.  Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.  Kacau sehingga pekat dan matikan api.  Sedia dihidangkan.


INFO :    Tidak perlu masukkan garam kerana sudah terdapat pelbagai perisa daripada sos.