KEK PISANG

Showing posts with label AJ. Show all posts
Showing posts with label AJ. Show all posts

Thursday, August 29, 2019

PERSIAPAN !!!





Persiapan yang serba ringkas untuk majlis perkahwinan anakanda keempat ku...

Tuesday, August 6, 2019


2/8/2019 (Jumaat) Kereta pertama AJ
No plat kebetulan sempena tarikh lahir AJ & bakal isteri  (no random)...

Tuesday, June 25, 2019

HOBI DURING OFF DAY !!!






My son & his hobby during his off day !!!

Sunday, June 16, 2019








13/6/2019 (Khamis) Sampai Port Said, Mesir.  Kemudian ke Airport Cairo sebelum bertolak ke Dubai, transit di sana kemudian bertolak dari Dubai ke Kuala Lumpur dan tiba di KLIA pada hari Jumaat (14/6/2019) jam 8.30 pagi.  Alhamdulillah anakanda ku selamat tiba...Aamiin

Thursday, June 13, 2019

CUCU & DATUK ...


Wajah anakanda ku yang seiras dengan wajah arwah datuknya.  Ayahanda kepada suamiku.
Al-Fatihah ... Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan beriman...Aamiin

Monday, December 26, 2016

AKTIVITI MALAM...


 Pantang bila ada cuti kelapangan, my son ada saja benda nak dipelajari bila balik bercuti...
Aktiviti memanggang ikan keli & buat bbq daging untuk makan malam...


Sunday, November 27, 2016

MY SON & HIS HOBBY...




Making his favourite :  SUSHI...


Saturday, October 15, 2016

MY 4TH SON & HIS HOBBY...


 14/10/2016 (Jumaat)  -  AYAM BBQ DENGAN MADU...




Tuesday, October 4, 2016

HOMEMADE CENDOL...


 Homemade CENDOL terbaik oleh anak bujang ku sempena Maal Hijrah...








CARA BUAT CENDOL
sumber  :    resipibonda.com...





Bahan-Bahan :

1  cawan  tepung beras
1  sudu besar  tepung jagung
3  cawan  air pandan   (anggaran 5 helai daun pandan dikisar bersama air & tapis = jadikan 3 cawan)
1  sudu kecil  air kapur
secubit garam
sedikit pewarna hijau


Cara-Cara :

1.  Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak hingga kental dan berkilat.  Kacau selalu supaya tidak hangit.

2.  Sediakan bekas yang berisi air sejuk yang dicampurkan dengan sedikit ais kiub.

3.  Masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekankan ke dalam air sejuk.  (Anak saya guna sendok besar yang berlubang-lubang).

4.  Simpankan sekali dengan airnya ke dalam peti ais.


Cara Membuat Air Cendol :

1.  1/2 kilo pati santan segar letakkan secubit garam (tidak perlu dimasak, cuma tambahkan ketulan ais supaya tahan lebih lama sedikit).

2.  Air gula melaka :  campurkan gula melaka, gula pasir secukupnya dan masukkan 1-2 helai daun pandan disimpul dan masak lebih kurang 1 jam hingga likat.

3.  Untuk melikatkan campurkan dengan sedikit air bancuhan tepung jagung.

4.  Hidangkan bersama kacang merah, jagung manis, pulut kukus dan bahan tambahan lain ikut citarasa sendiri.

Friday, June 17, 2016

BILA ANAK BUJANG KU TERLEBIH RAJIN...



 dengan hasilannya...







RESIPI KUIH CARA MANIS
sumber  :    resipibonda.com
dicuba   :    AJ...




Bahan-Bahan :

   1  cawan  tepung gandum
   2  cawan  susu segar
   1  biji  telur
1/2  sudu teh  garam
   1  sudu teh  pandan emulco/pewarna hijau
Gula pasir/gula melaka secukupnya  -  untuk inti  (saya guna hirisan gula melaka)
   1  helai  daun pandan  -  sebagai berus untuk menyapu minyak pada acuan


Cara-Cara :

1.  Satukan kesemua bahan ke dalam mangkuk kecuali susu segar.  Kemudian masukkan susu segar sedikit demi sedikit sambil dikacau menggunakan whisk.  Pastikan adunan tidak bergentel.  Buat sehingga susu habis.  (Tapiskan jika adunan bergentel atau boleh juga di kisar sehingga adunan halus).

2.  Panaskan acuan kuih cara ataupun acuan kuih baulu.  Gunakan api sederhana sahaja.

3.  Sapukan acuan dengan sedikit minyak menggunakan daun pandan tadi.

4.  Tuangkan adunan ke dalam acuan sehingga agak-agak penuh.  Biarkan sekejap sehingga bahagian tepinya kelihatan mula mengeras (warna bertukar dari hijau muda ke hijau pekat).

5.  Sudukan sedikit gula di atas setiap kuih tadi.  Tutupkan acuan dengan tudung periuk.  Biarkan sehingga masak, dalam lebih kurang 2 minit.  Kalau nak garing, lebihkan sedikit masanya.

6.  Keluarkan kuih dari acuan dengan menggunakan garfu.  Ulang sehingga adunan habis...

Wednesday, June 15, 2016

BILA ANAK BUJANG MASUK DAPUR!!!!


 Anak bujang ku yang sibuk hendak belajar memasak.  
Dengan hasilan masakannya.
 sedang menggoreng sayur








IKAN MASAK TIGA RASA
rujukan  :  buku masakan...
hasilan  :   AJ...




Bahan A :

1  ekor  ikan siakap
1  sudu besar  tepung jagung  (bagi menyalut ikan)
3  ulas  bawang merah  -  dihiris
1  labu  bawang besar  -  dihiris
2  ulas  bawang putih  -  dihiris
3  cm  halia  -  dihiris
Minyak untuk menggoreng ikan


Bahan B :  (Untuk Sos)

3  sudu besar  sos tomato
3  sudu besar  sos cili
3  sudu besar  sos tiram
3  sudu besar  air
1  sudu kecil  gula pasir


Bahan C :  (Sebagai Hiasan)

1  pokok  daun bawang
2  biji  cili merah  -  dihiris
2  biji  cili hijau  -  dihiris
2  biji  buah tomato  (dipotong 4)
Sedikit nenas dalam tin  -  dipotong kiub (jika suka - tambahan)


Cara Memasak :

1.  Sapukan tepung jagung di sekeliling ikan.

2.  Goreng ikan menggunakan minyak yang banyak hingga masak dan kuning keemasan.  Angkat dan letakkan di dalam pinggan hidangan.

3.  Keluarkan minyak berlebihan dan tinggalkan 2 sudu besar minyak bagi menumis bahan yang dihiris hingga wangi.

4.  Masukkan bahan sos dan biarkan mendidih.  Kacau rata.

5.  Masukkan bahan hiasan dan tutup api.

6.  Curahkan kuah sos di atas ikan.