KEK PISANG

Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts

Sunday, August 2, 2020

DAGING MASAK KICAP









RESIPI DAGING MASAK KICAP
sumber :    Azie Kitchen




Bahan-Bahan :

250  gm  daging batang pinang 
1  sudu besar  cili kisar
1  sudu besar  sos cili
3-4  sudu besar  kicap manis
Sedikit cuka makan
1  biji  bawang besar   ~  hiris
4  tangkai  cili padi atau 2 tangkai  cili hijau & merah
Daun bawang/daun sup/daun ketumbar
Garam & gula
Minyak masak


Bahan Tumis :

3  ulas  bawang merah
2  ulas  bawang putih
1/2  inci  halia
1  batang  serai   ~  titik
1  batang  kulit kayu manis
2  kuntum  bunga lawang


Cara Memasak :

1.  Daging dipotong seperti kiub.  Jangan dihiris nipis atau kecil.  Daging kemudiannya dilumur garam dan serbuk kunyit.  Ketepikan.  Sementara itu, bolehlah sediakan bahan-bahan lain.

2.  Panaskan minyak masak secukupnya dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia yang dihiris.  Masukkan sekali bunga lawang dan kayu manis serta serai.  Tumis sehingga wangi.

3.  Masukkan cili kisar dan kacau rata sehingga cili garing.  Masukkan daging dan kacau rata.

4.  Masukkan sedikit air dan biarkan daging sehingga empuk.  Jika belum empuk, boleh tambahkan air lagi.

5.  Setelah daging empuk, masukkan sos cili, kicap manis dan cuka makan.  Biarkan kuah mendidih lama-lama supaya ianya sebati dengan air daging.
NOTA :   Masukkan air secukupnya untuk dijadikan kuah.

6.  Akhir sekali, masukkan bawang besar yang dihiris, cili padi atau cili besar hijau dan merah.  Sesuaikan rasa, dan sebelum dihidangkan, taburkan daun bawang atau daun sup.


Tuesday, July 7, 2020

SAMBAL DAGING MERAH









RESIPI SAMBAL DAGING MERAH
sumber :    www.rasa.my




Bahan-Bahan :

500  gm  daging   (rebus hingga empuk)
1  biji  kentang   (kupas kulit, hiris & goreng)  (saya tambah)
4  sudu makan  pes cili kering
1  sudu makan  sos tomato
1  sudu makan  sos cili
1  sudu makan  air asam jawa
1  biji  bawang besar   (hiris)
Garam & gula secukup rasa
4  sudu makan  minyak masak


Bahan Kisar :

5  ulas  bawang merah
3  ulas  bawang putih
2  cm  halia
1  batang  serai   (hiris)


Cara Memasak :

1.  Hiris daging kecil-kecil.  Ketepikan.
2.  Panaskan minyak masak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
3.  Kemudian masukkan pes cili kering, teruskan kacau hingga pecah minyak.
4.  Tambahkan air asam jawa, sos cili, sos tomato, kentang yang digoreng dan hirisan daging.
5.  Gaul rata hingga sekata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6.  Jika terlalu kering tambahkan sedikit air.
7.  Kecilkan api dan biarkan sambal terus mereneh dan timbul minyak.
8.  Tutup api, Sambal Daging sedia untuk dihidangkan.

Friday, June 26, 2020

DAGING MASAK KICAP









RESIPI DAGING MASAK KICAP
sumber :    Azie Kitchen




Bahan-Bahan :

250  gm  daging batang pinang
1  sudu besar  cili kering kisar
1  sudu besar  sos cili
3-4  sudu besar  kicap manis
Sedikit cuka makan
1  biji  bawang besar   ~  hiris
4  tangkai  cili padi atau cili hijau & merah
1  biji  tomato   ~  belah 4/6   (saya tambah)
Daun bawang/daun sup/daun ketumbar   (tak letak sebab tiada)
Garam & gula
Minyak masak


Bahan Tumis :

3  ulas  bawang merah   ~  hiris
2  ulas  bawang putih   ~  hiris
1/2  inci  halia   ~  hiris
1  batang  serai   ~  titik/ketuk
1  batang  kulit kayu manis
2  kuntum  bunga lawang


Cara Memasak :

1.  Daging dipotong seperti kiub.  Jangan dihiris nipis atau kecil.  Daging kemudiannya dilumur garam dan serbuk kunyit.  Ketepikan.  Sementara itu, boleh disediakan bahan-bahan lain.

2.  Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang dihiris.  Masukkan sekali bunga lawang dan kayu manis serta serai.  Tumis sehingga wangi.

3.  Masukkan cili kering kisar dan kacau rata sehingga cili garing.  Masukkan daging dan kacau rata.

4.  Masukkan sedikit air dan biarkan daging sehingga empuk.  Jika belum empuk, boleh tambah air.

5.  Setelah daging empuk, masukkan sos cili, kicap manis dan cuka.  Biarkan kuah mendidih lama-lama supaya ianya sebati dengan air daging.
NOTA :   Masukkan air secukupnya untuk dijadikan kuah.

6.  Akhir sekali, masukkan tomato, bawang besar yang dihiris, cili padi atau cili besar hijau dan merah.  Sebelum dihidangkan, tabur dengan daun bawang atau daun saderi.

7.  Sedia untuk dihidangkan dan dinikmati.

P/S :   Lebih sedap jika daging ada lemak dan urat-urat halus antara daging.


Wednesday, June 24, 2020

DAGING SALAI MASAK LEMAK









RESIPI DAGING SALAI MASAK
LEMAK CILI PADI
sumber :    Azie Kitchen




Bahan-Bahan :

Daging salai secukupnya   ~  hiris nipis
2  biji  kentang   ~  potong ikut suka   (saya tambah)
1/2  kg  santan pekat segar
1  batang  serai   ~  dititik
Garam secukup rasa
1  keping  asam gelugor
1  helai  daun kunyit   ~  hiris halus   (optional)


Bahan Tumbuk :

8-12  tangkai  cili padi   (ikut pedas yang disukai)
1-2  inci  kunyit hidup


Cara Memasak :

1.  Rebus daging salai bersama bahan tumbuk dan kentang sehingga agak-agak daging dan kentang empuk.  Jika belum lembut, boleh tambah air dan rebus lagi.

2.  Setelah daging dan kentang empuk, masukkan serai dan santan secukupnya.  Sentiasa dikacau supaya kuah cantik.  Jangan sehingga kuah pecah minyak.

3.  Setelah mendidih, masukkan asam gelugor dan garam secukup rasa.  Tutup api.  Sedia dihidangkan.
NOTA :   Kuah mestilah pekat, baru sedap.  Jika suka, boleh masukkan daun kunyit yang dihiris halus setelah masak.




Tuesday, June 16, 2020

DAGING BURGER MASAK MERAH










RESIPI DAGING BURGER MASA MERAH
sumber :    www.rasa.my




Bahan-Bahan :

4  keping  daging burger
4  biji  bawang merah   ~  hiris
2  ulas  bawang putih   ~  hiris
1  batang  serai   ~  diketuk
4  sekawan   (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga...sikit-sikit saja)
1  biji  bawang Holland   ~  hiris bulat-bulat
4  sudu besar  cili kisar   (nak pedas, tambah lagi)
5  sudu besar  sos cili
1  tangkai  cili merah *
1  tangkai  cili hijau *   ( * hiris kasar )
Garam & gula secukup rasa
Sedikit air
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Potong 4 setiap keping daging burger kemudian goreng sehingga masak.  Angkat dan ketepikan.

2.  Hiris bawang merah, bawang putih, ketuk serai kemudian tumis bersama 4 sekawan sehingga naik bau wangi baru masukkan cili kisar, sos cili dan sedikit air bagi berkuah sedikit.

3.  Masak sehingga naik minyak kemudian masukkan garam, gula secukup rasa.  Akhir sekali, masukkan daging burger yang sudah digoreng tadi bersama bawang Holland yang dipotong bulat-bulat dan cili merah dan hijau yang dihiris besar-besar.

4.  Dah sebati, tutup api dan bolehlah dihidangkan.

Wednesday, May 27, 2020

RENDANG DAGING LEBARAN










RENDANG DAGING LEBARAN
(Mariana Zainal)   ~  A keeper (sedap sangat)




Bahan-Bahan :

1  kilo  daging   ~  potong ikut suka   (me :  guna daging batang pinang)
4  cawan  santan pekat   ~  daripada 2 biji kelapa, kalau tiada guna santan kotak -  2 kotak kecil
4  cawan  air
1 1/2  keping  asam gelugor
2  sudu besar  gula
2  sudu kecil  garam   ~  jika kurang sila tambah
Sedikit bahan perasa, jika suka
4  sudu besar  kerisik   ~  kalau guna dalam peket kecil, guna 4 peket
3  helai  daun kunyit   ~  hiris halus
5  helai  daun limau purut
3  senduk  minyak masak untuk menumis


Bahan Kisar :

30  tangkai  cili kering   ~  rendam hingga lembut dalam air panas & toskan
2  biji  bawang besar
6  ulas  bawang putih
Halia  (sebesar ibu jari, nak 2)
Lengkuas   (bubuh sedikit saja)
5  batang  serai
1 1/2  sudu besar  biji ketumbar *
1 1/2  sudu besar  jintan manis *   ( boleh disangrai tanpa minyak atau tidak perlu di sangrai, ikut pilihan)

(kisarkan semua bahan ini hingga halus).


Cara Memasak :

Panaskan minyak masak.
Tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak.
Masukkan daging, santan, air dan daun limau purut.
Masak sehingga kuah mula kering.
Masukkan asam gelugor@keping, gula, garam dan bahan perasa, teruskan masak sehingga kuah rendang pekat, tabur hirisan daun kunyit, gaul seketika dan tutup api.
Siap !


INFO :   Jika daging masih liat boleh ditambah air.  Masaklah sehingga daging empuk.



Thursday, May 21, 2020

DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI PADI









DAGING SALAI MASAK
LEMAK CILI PADI
sumber :    resepichenom.com




Bahan-Bahan :

1  kg  daging salai
15  biji  belimbing buluh   (me :  ganti dengan 2 biji kentang, potong ikut suka & direbus separa masak untuk proses cepat masak nanti)
4  batang  serai   ~  dititik
Semangkuk santan segar secukupnya
3  keping  asam gelugor


Bahan-Bahan Kisar :

4  ulas  bawang merah
Segenggam cili padi kampung   (lebih pun boleh)
1  inci  belacan   (tak letak)
1  inci  halia
2  inci  kunyit hidup


Cara Memasak :

1.  Masukkan kesemua bahan kisar ke dalam periuk berserta daging salai dan renih sebentar sambil digaul dengan sudip.

2.  Tuangkan santan ke dalam periuk bersama serai dan asam gelugor.  Sentiasa dikacau agar santan tidak pecah minyak.

3.  Bubuh garam dan serbuk perasa secukupnya, jika perlu.

4.  Apabila mendidih, masukkan pula belimbing/kentang dan kacau rata.  Masak di atas api perlahan sehingga belimbing/kentang lembut.  (boleh juga dimasukkan daun kunyit yang dicarik-carik jika suka).


Friday, April 10, 2020

DAGING MASAK LEMAK CILI API ...









DAGING MASAK LEMAK CILI API
  -   NEGERI SEMBILAN STYLE
sumber :    seripayaku



Bahan-Bahan :

1/2  kg  daging batang pinang   ~  dipotong ikut citarasa, cuci bersih & toskan
2  batang  serai   ~  dititik
20  biji  cili padi   (kurangkan jika tak suka pedas  ~  saya guna separuh jer)
3  biji  ubi kentang   ~  kupas kulit, belah ikut suka & rendam untuk mengelakkan kentang lebam
1/2  inci  kunyit hidup
2 atau 1  cawan  santan pekat
1  cawan  santan cair
1  helai  daun kunyit   ~  dicarik atau dihiris
Sedikit garam
1/2  cawan  air


Cara Memasak :

1.  Blend/kisar cili api, kunyit hidup sehingga halus.  (lagi sedap jika ditumbuk).

2.  Masukkan bahan yang telah di blend/tumbuk, serai yang telah dititik ke dalam periuk.  Masukkan daging dan tambahkan sedikit air.  Masak sehingga daging empuk/lembut.

3.  Setelah daging empuk/lembut, masukkan santan cair dan air tadi.  Kemudian masukkan ubi kentang dan daun kunyit.

4.  Apabila ubi kentang telah empuk/lembut, masukkan santan pekat dan garam.  Sesuaikan rasa, tutup api.  Sedia dihidangkan.





Sunday, April 5, 2020

DAGING MASAK KICAP BEREMPAH KARI ...









DAGING MASAK KICAP
BEREMPAH KARI
sumber :    tiffinbiru@CMG ...




Bahan-Bahan :

450  gm  daging batang pinang   ~  hiris nipis, cuci & toskan
1  inci  halia *
2  ulas  bawang putih *
4  biji  bawang merah *   ( * kisar halus )
1  batang  kulit kayu manis
1  kuntum  bunga lawang
1  camca besar  cili kisar
1  camca besar  rempah kari daging
1  biji  bawang besar   ~  hiris
1/4  biji  red capsicum   ~  dadu kasar
1/4  biji  green capsicum   ~  dadu kasar
1/4  biji  yellow capsicum   ~  dadu kasar
1  batang  leek   ~  kerat kecil & rendam
3  camca besar  kicap pekat
2  camca besar  kicap manis
1/4  camca teh  cuka makan@jus lemon
1  cawan  air
Hirisan daun bawang,  untuk hiasan
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak dalam kuali, tumis kayu manis dan bunga lawang hingga harum.  Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.  Tambah bahan kisar halus + rempah kari tadi.  Tumis hingga harum.

2.  Masukkan daging dan masak hingga daging kecut.  Tuang air dan biarkan mendidih.  Masukkan kicap pekat dan kicap manis dan leek (toskan).  Masak hingga pekat.

3.  Tambah semua jenis capsicum, bawang besar, cuka makan dan masak hingga lembut.  Rasa dan jika kurang masin boleh tambah sedikit lagi kicap.  Matikan api.  Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.

Wednesday, March 25, 2020

RENDANG DAGING ...








RESIPI RENDANG DAGING MUDAH
sumber :    teratak mutiara kasih@LiNaPg ...




Bahan-Bahan :

1/2  kilo  daging pejal   (me :  guna daging batang pinang)
1/2  kilo  santan pekat
4  labu  bawang besar *
6  ulas  bawang putih *
6  ulas  bawang merah *
2  inci  halia *
2  inci  lengkuas *    ( * dikisar )
10  batang  serai    (4 batang dikisar,  6 batang diketuk)
15  tangkai  cili kering   ~  dikisar  atau  4 sudu besar  cili giling
2  paket  kerisik   (1 paket  40 gm)
1  sudu kecil  serbuk kunyit
1  helai  daun kunyit   ~  diracik halus
2  keping  asam gelugor
Garam & gula   (me :  guna 1 sudu besar gula merah)
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan kisar, serai yang diketuk.  Masukkan cili giling dan gula merah.  Tumis sehingga pecah minyak.

2.  Masukkan daging, gaul sebati dengan bahan tumisan sehingga daging kecut sedikit.

3.  Masukkan santan, kerisik dan asam gelugor@asam keping dan sedikit garam (me :  guna 2 sudu kecil).

4.  Biarkan rendang mereneh sehingga pecah minyak.  (Masak guna api kecil sahaja dan kuali/periuk bertutup).  Kacau sekali sekala untuk mengelakkan rendang hangit.

5.  Bila rendang hampir masak, masukkan daun kunyit yang diracik.  Sesuaikan rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.



 SUP PETOLA

Wednesday, February 26, 2020

DAGING KUNYIT BERKOBIS ...









DAGING KUNYIT BERKOBIS
sumber :    tiffinbiru@CMG ...




Bahan-Bahan :

250  gm  daging batang pinang   ~  hiris nipis, cuci bersih & toskan
1/2  inci  halia muda *
3  ulas  bawang putih *
2  inci  kunyit hidup *    ( * ditumbuk halus )
1/2  camca teh  garam
Secubit gula
1  biji  bawang besar   ~  dihiris
1  biji  cili merah   ~  dihiris serong
1/4  biji  kobis bulat   (me :  guna 8 tangkai kacang panjang)
1/3  cawan  air
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Daging digaul dengan bahan tumbuk halus sehingga rata.  Perap sekurang-kurangnya 2 jam di dalam peti sejuk.  Kobis dihiris kasar (jika guna kacang panjang, dipatah-patahkan anggaran 1 inci), cuci dan toskan.

2.  Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan bawang besar sehingga layu, kemudian masukkan daging tadi dan masak sehingga daging berubah warna.  Tuangkan air dan masak sehingga daging lembut.

3.  Tambahkan sayur kobis atau kacang panjang dan cili merah hiris, kacau rata dan biarkan sehingga kobis/kacang panjang lembut tapi masih rangup.  Sesuaikan rasa dan jika perlu tambahkan sedikit lagi garam, kacau rata, angkat dan hidangkan panas bersama nasi.

Friday, December 20, 2019

DAGING GORENG KUNYIT BERKENTANG ...










DAGING GORENG KUNYIT BERKENTANG
sumber :    Insta@majalahrasa ...




Bahan-Bahan :

300  gm  daging batang pinang   ~  hiris nipis, cuci & toskan
2  biji  kentang   ~  buang kulit & potong dadu
1  biji  bawang besar   ~  hiris
4  ulas  bawang putih   ~  cincang
3  cm  halia   ~  hiris halus memanjang
2  batang  serai   ~  titik
2  biji  cili merah   ~  hiris serong
2  biji  cili hijau   ~  hiris serong
1  batang  celery   ~  hiris serong
1  sudu makan  serbuk kunyit
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng & menumis


Cara Memasak :

Panaskan minyak masak secukupnya, goreng kentang separa masak.  Angkat dan ketepikan.
Kemudian gorengkan daging yang digaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
Goreng hingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak masak.
Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
Masukkan pula serbuk kunyit, kacau seketika dan masukkan daging.
Kacau rata kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kacau lagi seketika dan tutup api.
Sedia untuk dihidangkan.