KEK PISANG

Showing posts with label Cheesetart. Show all posts
Showing posts with label Cheesetart. Show all posts

Tuesday, July 21, 2020

CHEESE TART

 Mango Filling
 Nutella Filling








RESIPI CHEESE TART
sumber :    Insta@zulfaza_loves_cooking




Shell Tart :

125  gm  marjerin
50  gm  gula aising
1  sudu teh  esen vanilla
1/2  biji  kuning telur gred A
250  gm  tepung gandum
5  gm  susu tepung Nespray full cream
1/2  sudu besar  air sejuk dari peti ais


Cara-Cara :

Pukul marjerin dan gula aising sehingga sebati.  Tambahkan 1/2 biji kuning telur, esen vanilla, susu tepung, air sejuk dan tepung.  Uli sebati dengan senduk kayu sehingga menjadi doh.  Tekan doh ke dalam acuan tart 4.5 cm.  Buang lebihan doh tepi acuan sehingga kemas.  Cucuk bahagian tengah dengan garfu.  Buat sehingga habis adunan doh.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 15 minit awal dengan suhu 170'C menggunakan api atas bawah selama 20-25 minit.


Bahan Filling :

250  gm  cream cheese   (suhu bilik)
50  gm  gula kastor
25  gm  mentega
1  biji  telur gred A/B
25  gm  whipping cream 'dairy'
20  gm  tepung gandum


Inti :   
Jem blueberry/strawberry
Apricot gel untuk glaze  (optional)


Cara-Cara :

1.  Satukan gula kastor, cream cheese dan mentega.  Pukul sehingga ringan dan licin.

2.  Masukkan telur dan pukul sebati.

3.  Tambahkan whipping cream dan gaul rata.

4.  Akhir sekali masukkan tepung dan kacau sehingga adunan sebati.

5.  Masukkan adunan cheese ke dalam piping bag dan paipkan ke dalam shell yang telah diisikan dengan inti.  Paipkan sedikit blueberry jem sebagai hiasan - guna pencungkil gigi untuk mencorakkannya.

6.  Bakar pada suhu 180'C selama 8-10 minit.  Kalau terlebih bakar, filling cheese akan merekah.  Bila dah sejuk bolehlah disapu dengan glaze nak bagi nampak berkilat jika suka.


Tuesday, June 30, 2020

HOKKAIDO BAKED CHEESE TART DURIAN








HOKKAIDO BAKED CHEESE
TART DURIAN
sumber :    (Insta@duniaresepi)
kredit :    azizi zamani
(hasil :   18 pcs)




Bahan Kulit Tart :

100  gm  marjerin
30  gm  gula kastor
150  gm  tepung gandum
1  biji  kuning telur gred B   (saya guna gred A)


Cara-Cara :

Kacau marjerin dan gula kastor dengan sudip kayu sehingga rata.  Masukkan kuning telur, kacau sebati.  Masukkan tepung gandum dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.  Masukkan ke dalam acuan tart dan trim bahagian atasnya sehingga kemas.  Simpan selama 15 minit di dalam peti sejuk.  Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit.  Angkat dan sejukkan dahulu sebelum di isikan dengan filling cheese.


Bahan Filling Cream Cheese :

250  gm  cream cheese   (suhu bilik)
200  gm  isi durian
40  gm  mentega
1  biji  putih telur
1  sudu teh  esen vanilla
1  biji  kuning telur   (untuk sapuan)
120  gm  Dairy Whipping Cream
60  gm  gula kastor


Cara-Cara :

1.  Satukan cream cheese, mentega, whipping cream, isi durian dan gula kastor ke dalam periuk.  Whisk di atas api perlahan sehingga licin dan tidak berketul.

2.  Tutup api, masukkan putih telur dan esen vanilla.  Kacau rata.  Kalau berketul, saya kacau pakai hand mixer dan mixer sehingga licin.

3.  Masukkan dalam plastic piping bag dan paipkan ke dalam kulit tart.  Masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit dan selepas itu sapukan dengan kuning telur.

4.  Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan suhu 200'C selama 6 minit sehingga sedikit keperangan bahagian atas.






Friday, May 8, 2020

BLUEBERRY CHEESE TART !








BLUEBERRY CHEESE TART
adapted from :    Bake the Talk@Catherine Goh




Tart Pastry :

120  gm  butter,  room temperature
60  gm  icing sugar
1  egg   (I use large egg@grade A),  room temperature
250  gm  plain flour


Instructions :

1.  Whisk butter and icing sugar till light and fluffy.
2.  Add in egg, mix well.  Sift in flour and form into a dough.
3.  Cling wrap the dough and keep in the fridge about 1 hour.
4.  Weight each dough 30 gm, press into tart mould.
5.  Bake in preheated oven 180'C for 10-15 minutes or until slightly brown at the edge. (depending on your oven).  Let it cool while you start making the filling.


Cheese Filling :

250  gm  cream cheese,  room temperature
50  gm  icing sugar
1  egg  (grade A),  roo temperature
Blueberry jam   (original recipe use Strawberry jam)


Instructions :

1.  Whisk cream cheese and icing sugar till well combined.  Add in egg, mix well.

2.  Scoop one teaspoon blueberry jam/strawberry jam into the prebaked tart, covered by cream cheese filling.

3.  A small drop of blueberry jam/strawberry on the surface, use toothpick to create some swirl pattern.

4.  Bake in preheated oven 180'C for 5-10 minutes, just until it sets.  (depending on your oven).





Friday, July 20, 2018

CHEESE TART DURIAN...











CHEESE TART DURIAN/DURIAN
CHEESE TART
rujukan :    resepicitarasawan...




Bahan Pastri :

250  gm  marjerin/mentega
500  gm  tepung gandum
60  gm  gula aising  ~  diayak
1  sudu teh  esen vanilla
1  biji  telur  (saya guna gred A)


Cara-Cara :

Putar marjerin/mentega dan gula aising sehingga berkrim.
Masukkan telur, esen vanilla dan tepung, uli sehingga menjadi doh yang lembut.
Ambil sedikit doh dan tekan ke dalam acuan tart, trim/kemaskan lebihannya.
Cucuk-cucuk bahagian dasarnya dengan garpu.
Bakar pada suhu 170'C selama 25 minit atau sehingga masak/sedikit keperangan.
Sejukkan dahulu kulit tart sebelum diisi dengan filling.


Bahan Filling Durian :

250  gm  cream cheese  ~  keluarkan dari peti sejuk 30 minit awal sebelum diguna
150  gm  isi durian  ~  lecek sehingga halus
30  gm  gula aising  ~  ayak
2  biji  kuning telur  (saya guna gred A)


Cara-Cara :

Putar cream cheese dan gula aising sehingga licin.
Masukkan isi durian dan kuning telur.  Putar sehingga sebati.
Masukkan adunan cream cheese ke dalam piping bag dan picitkan ke dalam kulit tart.
Bakar selama 10 minit pada suhu 170'C...

Monday, April 9, 2018

NUTELLA CHEESE TART...










NUTELLA CHEESE TART
rujukan :     FB@resepi ringkas/Aini bte Madon...




Bahan Crust :

250  gm  butter
120  gm  gula aising
2  biji  telur  (saya guna gred A)
480  gm  tepung gandum


Cara-Cara :

1.  Pukul butter dan gula aising hingga lembut dan sebati.

2.  Masukkan telur dan pukul lagi hingga rata.

3.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga menjadi doh.

4.  Masukkan ke dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 20 minit.

5.  Panaskan oven pada suhu 180'C.

6.  Keluarkan doh dari peti sejuk, ambil sedikit dan tekankan ke dalam acuan tart.  Buat sampai habis.

7.  Susun dalam loyang dan bakar selama 25 minit hingga keperangan...

INFO  :    saya membuat sedikit daripada resepi di atas dan mendapat 52 keping crust shell berukuran seperti di atas (kecil)...


Bahan Cheese Filling :

250  gm  cream cheese  ~  suhu bilik
50  gm  gula aising
20  gm  butter lembut
1/2  sudu makan  perahan air lemon  (tak letak pun tak apa)
1  biji  telur  (saya guna gred A)
Nutella filling secukupnya  ~  untuk filling & corak


Cara-Cara :

1.  Pukul cream cheese, gula aising dan butter lembut hingga rata dan licin.

2.  Masukkan telur dan perahan air lemon lalu dipukul rata lagi.

3.  Masukkan adunan cream cheese ke dalam piping bag.

4.  Ambil sedikit Nutella filling dan masukkan juga ke dalam 2 piping bag, satu digunting besar sedikit dihujungnya (untuk dipicit ke dasar crust), dan satu lagi digunting kecil (untuk dibuat corak pilihan).

5.  Picitkan sedikit Nutella filling ke dalam dasar crust.

6.  Picitkan adunan cream cheese hingga penuh.

7.  Ambil sedikit Nutella dan sedikit adunan cream cheese.  Satukan, gaul rata dan lukiskan corak.

8.  Bakar pada suhu yang sama 180'C selama 8 minit.

9.  Setelah masak, sejukkan dan simpan di dalam Tupperware.

10.  Sebaiknya simpan di dalam peti sejuk untuk tahan lama...

Friday, January 19, 2018

RED VELVET CHEESE TART...









RED VELVET CHEESE TART
rujukan :    FB@Aini Bte Madon
yields :    75 keping...



Bahan Crust :

180  gm  butter
3  sudu makan  gula icing
1  biji  telur gred A/B
1/2  sudu teh  esen vanilla
1  sudu teh  cuka masakan
3  sudu makan  serbuk Milo/serbuk coklat
Sedikit pewarna merah
270-290  gm  tepung gandum


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 170'C.

2.  Pukul butter dan gula icing sekejap saja dengan senduk kayu atau whisk tangan.

3.  Masukkan telur dan esen vanilla lalu dikacau rata.  Masukkan cuka masakan dan kacau rata.

4.  Masukkan pewarna merah secukupnya dan kacau hingga sebati.  Masukkan serbuk Milo/serbuk coklat dan kacau lagi hingga sebati.  (saya guna serbuk koko).

5.  Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit.  Uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tapak tangan (tidak perlu habiskan tepung jika adunan sudah tidak melekat di tangan).  Balut dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit.

6.  Ambil sedikit doh dan tekankan ke dalam acuan tart.  Buat sampai habis.  Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu selama 15-25 minit atau hingga masak.  (Ia mudah tertanggal dari acuan bila sudah masak).

7.  Jangan tutup oven, sebab selepas letakkan adunan cheese@filling, akan dibakar lagi.


Bahan Cheese Filling :

250  gm  cream cheese  ~  keluarkan dari peti sejuk 1 jam pada suhu bilik
4  sudu makan  gula icing
1  biji  telur gred A/B
1/2  sudu teh  perahan air lemon
Nutella/jem strawberry@strawberry filling  ~  masukkan ke dalam piping bag


Cara-Cara :

1.  Pukul cream cheese dan gula icing hingga lembut.  Masukkan telur dan perahan air lemon, pukul lagi hingga licin dan rata.  Masukkan ke dalam piping bag.

2.  Susun crust yang dah masak tadi ke dalam loyang pembakar.  Ketepikan 3-5 biji crust.  Ramaskan ke dalam mangkuk kecil hingga hancur (untuk ditaburkan di atas cheese filling sebelum dibakar).

3.  Picitkan sedikit filling ke dalam kulit crust.  Kemudian picitkan pula adunan cheese hingga penuh.

4.  Ambil sedikit crust yang telah dihancurkan tadi dan taburkan di atas cheese.

5.  Bakar selama 8-10 minit dengan suhu yang sama.  Jika terlebih masa membakar,permukaan cheese akan retak...

Sunday, March 26, 2017

CHOCOLATE SWIRL CHEESETART...





 Original recipe uses Blueberry Pie Filling but I changed to Nutella as I don't have Blueberry Pie Filling in my pantry...






CHOCOLATE SWIRL CHEESETART
adapted from :   mykitchen101en.blogspot.my




Crust Pastry :  (serves 45 pcs)

80  gm  butter, at room temperature
30  gm  margarine
55  gm  icing sugar
1/8  tsp  vanilla extract
30  gm  egg  (lightly beaten and weigh 30 gm)
225  gm  plain flour
1/2  tbsp  milk powder


Cheese Filling :

250  gm  cream cheese, at room temperature
25  gm  butter, at room temperature
45  gm  fine sugar
1  egg, grade A
35  gm  evaporated milk *
20  gm  plain flour


Other Ingredients :  Nutella

Ingredients for Apricot Glaze :  (optional)

70  gm  apricot jam
3/4  tsp  hot water


Directions :

1.  Preparing the crust :  Mix together butter, margarine, icing sugar and vanilla extract, beat over medium speed until light and fluffy.
2.  Add in eggs gradually, mix until well blended.
3.  Add in flour and milk powder, mix well (add in some extra flour if the dough is too sticky).
4.  Preheat oven to 190'C/375'F.
5.  Put some dough into tart mould (7cm), cover with a piece of cling wrap, top with a smaller tart mould (6.5cm), press down to fill dough into the larger mould.
6.  Trim the extra dough off, then prick the bottom with a fork to create some holes.
7.  Bake in the preheated oven at 190'C/375'F for about 15-16 minutes, or until golden brown.


Prepare Cream Cheese Filling :

1.  Mix together cream cheese, butter and sugar, beat over low speed until smooth (Reminder :  Cream cheese must be at room temperature to ensure a smooth and creamy filling).
2.  Add in egg, mix until well blended.
3.  Add in evaporated milk and flour, mix until well combined.  (Reminder :  If the cheese filling is too thick, add in some extra evaporated milk; if it is too runny, add in some extra flour).
4.  Put the cream cheese filling into piping bag.


Making Nutella Cheese Tart :

1.  Preheat oven to 200'C/390'F.
2.  Fill the baked crust with cream cheese filling, top with nutella then swirl with wooden stick to create marble effect or any desired design.
3.  Bake in the preheated oven for 10-13 minutes.  After removing from oven, set aside to cool for 15-20 minutes on a wire rack.
4.  Preparing the apricot glaze :  Mix together apricot jam and hot water in a small bowl.  Heat up the jam by sitting the small bowl in hot water to dilute it, then strain through a sieve/strainer.
5.  Unmould the tarts, then brush the top with apricot glaze.
6.  Keep the chocolate cheese tarts refrigerated for a few hours until fully chilled before serving.


NOTE * :  You may replace evaporated milk with whipping cream if you want the cream cheese filling to have a richer taste.  (Original recipe uses 130 gm blueberry filling)...

Thursday, November 12, 2015

TART CHOCOLATE





TART CHOCOLATE
Oleh   :   zaralovebaking....




Tart shell secukupnya


Bahan Coklat Untuk Filling :

200  gm  coklat masakan  -  dicincang
100  ml   susu cair atau 150 ml  whipping cream
    1  sudu kecil  mentega


Cara-cara :

     Double-boiler susu atau whipping cream bersama cincangan coklat masakan.  Dah agak cair coklat, tutup api sambil teruskan mengacau sehingga coklat larut sepenuhnya.  Masukkan mentega, kacau sebati sehingga mentega cair.  Biarkan seketika.  Siap untuk dipaipkan ke dalam tart shell dan hiaskan atasnya dengan sedikit badam cincang yang telah dipanggang.

Sunday, November 1, 2015

TART SHELL



Hari ni merajinkan diri untuk membuat tart shell untuk digunakan bila perlu.
Satu adunan boleh dapat 120 biji (anggaran 4.0 cm).  Warna kulit tart ikut suka, sekadar mencantikkan kulit tart saja... 







TART CRUST/SHELL (A KEEPER)
sumber   :   Azita Zain; thanks...



Bahan-bahan :

250  gm  mentega/margarine
120  gm  gula aising  -  ayak
    2  biji  telur gred B
480  gm  tepung gandum  (kalau adunan masih lembik tambah tepung sikit lagi)


Cara-cara :

1.  Ayak gula aising ke dalam mangkuk adunan.  Menggunakan senduk kayu, pukul gula aising dan mentega sehingga sekata.  (Jangan pukul lama sangat).  Masukkan telur dan pukul lagi sekejap saja.

2.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga membenuk doh, gaulkan dengan tangan biar sebati.  Kalau lembik sangat boleh ditambah sedikit tepung lagi.  (Atau boleh masukkan ke dalam peti ais selama 30 minit tanpa perlu ditambahkan tepung lagi).

3.  Bulat-bulatkan doh sebesar ibu jari dan tekankan ke dalam acuan tart, biarkan sekata, potong tepinya dengan pisau agar rata dan kemas.  Cucuk dasarnya dengan garfu.

4.  Buat sampai habis adunan doh dan bakar pada suhu 170'C selama 15-20 minit sehingga masak (warna kulit tart kelihatan keperangan sedikit).

Saturday, July 18, 2015

NUTELLA CHOCOLATE CHEESE TART








NUTELLA CHOCOLATE CHEESE TART
sumber  :   sariyusa ; thanks...



Bahan Tart Shell :

170  gm  marjerin  (Buttercup dalam tin kuning)
  50  gm  gula aising  (2 1/2 sudu besar)
    1  biji  telur gred 'B'
 1/2  tsp  esen vanilla
    1  tsp  perisa coklat
    2  tbsp  serbuk koko
270  gm  tepung gandum

Filling  :  Nutella secukupnya


Cara-cara :

1.  Pukul sekejap marjerin dan gula aising dengan senduk kayu.

2.  Masukkan telur dan esen vanilla, pukul dengan senduk kayu hingga sebati.

3.  Masukkan serbuk koko diikuti dengan tepung dan uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat ditangan.  (TIPS :  Cairan di dalam telur yang berbeza mungkin menjadikan sukatan tepung tidak semestinya 270 gm.  Masukkan tepung sedikit demi dan apabila ia hampir hendak menjadi doh; BERHENTI meletakkan tepung apabila apabila doh menjadi lembut dan tidak melekat di jari dan mangkuk adunan.  Jika terus letak tepung ia akan menyebabkan doh menjadi agak keras).

4.  Bakar pada suhu 170'C selama 25-30 minit.  Disebabkan crust berwarna coklat, selepas 25 minit cuba keluarkan satu crust, terbalikkan, jika keluar maknanya crust sudah masak.


Bahan Cream Cheese :

250  gm  cream cheese
    2  tbsp  gula kastor
    1  biji  telur gred 'B'
Sedikit esen vanilla
Sedikit chocolate emulco


Cara-cara :

     Putar cream cheese bersama gula hingga lembut dan gula hancur (dalam 1 minit).  Masukkan telur, chocolate emulco dan esen vanilla.  Putar lagi hingga licin dan sebati.  Jangan terlalu lama.  Dua tiga minit sudah memadai.  Masukkan ke dalam piping bag.  Sedia untuk digunakan.
     Susun tart shell di dalam dulang pembakar, picitkan Nutella ke dalam setiap tart shell kemudian paipkan cream cheese hingga ke tebing tart shell.  Taburkan dengan sedikit chocolate rice di atasnya (jika suka).  Bakar semula pada suhu 170'C selama 10 minit.

TIPS :   Sebaiknya guna telur dari peti sejuk.  Keluarkan cream cheese 15-20 minit sebelum ia diputar/digunakan.  Pastikan krim anda tidak mengalir dari spatula selepas diputar.

Wednesday, September 17, 2014

BLUEBERRY/STRAWBERRY CHEESE TART....




 Blueberry/Strawberry cheesetart untuk makan-makan...untuk tetamu 
yang tak pasti tibanya...