KEK PISANG

Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Monday, August 3, 2020

KEK MENTEGA OREN











KEK MENTEGA OREN
sumber :    Fiza's Cooking




Bahan-Bahan :

227  gm  mentega   (me :  guna marjerin Pelangi)
200  gm  gula kastor
4  biji  telur gred A
1  sudu besar  parutan kulit oren   (bahagian kuning sahaja, me : guna dari sebiji oren)
270  gm  tepung gandum
1  sudu teh  baking powder
5  sudu besar  jus oren


Cara-Cara :

1.  Lenserkan loyang bulat bersaiz 8 inci, gris dan alas dengan baking paper.  Ketepikan.

2.  Panaskan oven pada suhu 180'C.

3.  Ayak tepung gandum dan baking powder, ketepikan seketika.

4.  Putar gula kastor dan mentega sehingga berkrim.

5.  Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi sehingga adunan menjadi ringan dan gebu.  Masukkan pula parutan kulit oren.

6.  Perlahankan kecepatan mixer dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang-seli dengan jus oren.  Kacau sehingga bercampur rata.

7.  Tuangkan adunan ke dalam loyang yang disediakan dan bakar selama 50 minit ataupun sehingga kek masak (bergantung pada oven masing-masing).  Sejukkan kek sebelum dipotong.
SIAP !

Tuesday, July 7, 2020

KEK MARBLE










KEK MARBLE BANTAL SUSU GEBU
sumber :    FB@Azlina Ina Fans




Bahan-Bahan :

Cairkan marjerin Pelangi & sukat 1 cawan
5  biji  telur   (saya guna gred A)
1  sudu besar  ovalett
1/4  cawan  susu tepung   (50 gm)
1/2  cawan  susu pekat manis   (100 gm)
3/4  cawan  gula halus@gula kastor   (180 gm)
5  sudu besar  susu segar   (30 gm)
2  cawan  tepung self-raising@tepung naik sendiri *  ~  ayak
1  sudu kecil  serbuk vanilla *  (wajib)   ( * satukan )


Cara-Cara :

~   Campurkan kesemua bahan kecuali marjerin cair, mix slow speed 2 minit kemudian tukar pada high speed sampai gebu, kemudian slowkan volume mixer 2-3 saat, masukkan marjerin yang dicairkan tadi dan kacau sebati menggunakan whisk.

~   Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang disukai dan letakkan pewarna ceria-ceria ikut citarasa.

~   Susun sesenduk-sesenduk sampai habis, akhir sekali corakkan ikut kreativiti sendiri.

~   Panaskan oven, guna tingkat/rak bawah sekali.  Masukkan loyang, bakar pada suhu 150'C - 160'C selama 1 jam@sehingga masak.

~   Bila kek dah masak, sisipkan tepi-tepi kek dan terbalikkan atas redai 2-3 minit jer, buka loyang dan keluarkan atas redai biarkan 2-3 jam baru dapat corak atas kek seperti dalam gambar di atas kalau nak buat jualan sebiji, tapi kalau nak potong-potong untuk makan sendiri, tak perlu tunggu lama.
SIAP !


Thursday, June 25, 2020

ROTI PISANG YOGURT











RESIPI ROTI PISANG YOGURT
sumber :    menudapozati.blogspot.com




Bahan-Bahan :

1 3/4  cawan  tepung gandum
1  sudu teh  serbuk penaik@baking powder
1/2  sudu teh  soda bikarbonate
1/4  sudu teh  garam
1/2  cawan  minyak jagung
1/2  cawan  yogurt asli   (135 gm)
1  cawan  gula perang
2  biji  telur gred A
1  cawan  pisang emas   (terpulang jenis pisang yang nak diguna   ~  dilenyek/diblend untuk teksture halus)
1/2  cawan  chocolate rice
Sedikit chocolate rice   ~  untuk ditabur di atas adunan roti


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 180'C api atas bawah selama 20 minit.

2.  Griskan acuan/loyang roti berukuran 7" x 4" dan alaskan dengan baking paper.

3.  Satukan tepung gandum, serbuk penaik, soda bikarbonate dan garam.  Ayak bahan tersebut dan gaul rata.

4.  Dalam mangkuk berlainan, satukan gula dan telur.  Pukul dengan menggunakan hand whisk hingga semua gula larut.

5.  Kemudian, masukkan minyak jagung, pisang yang diblend dan yogurt.  Gaul hingga semua sebati.

6.  Masukkan adunan tepung dan chocolate rice tadi ke dalam adunan pisang dan gaul hingga semua rata.  Jangan overmix.

7.  Tuangkan adunan ke dalam acuan/loyang, taburkan chocolate rice dan bakar selama 40 minit@hingga masak.

8.  Biarkan selama 15 minit selepas masak.  Kemudian baru keluarkan roti dan sejukkan di atas wire rack.
SIAP !


Monday, June 22, 2020

KEK LAICI GEBU GEBAS








KEK LAICI GEBU GEBAS
( Cik Dayang Zuhaila )




Bahan-Bahan :

6  biji  telur gred A
100 gm  tepung naik sendiri   (1  cawan)
80-100 gm  gula kastor   (1/2 cawan)
70 gm  minyak masak   (1/2 cawan)
1/2  cawan  susu segar Full Cream   (85 gm)
2  sudu teh  esen vanilla
2  sudu teh  Laici flavour   (kordial laici pun boleh)
1  sudu teh  cream of tartar
Pewarna pink atau pewarna ikut pilihan


Cara-Cara :

1.  Asingkan putih dan kuning telur.  Pukul bahagian putih telur dan cream of tartar sampai berbuih, kemudian masukkan gula kastor sedikit demi sedikit, pukul sampai kental.

2.  Dalam bekas yang lain pula, masukkan kuning telur, minyak, susu segar, perisa laici dan esen vanilla, pukul sehingga gebu.  Masukkan tepung dan terus pukul lagi sehingga gebu.

3.  Kemudian masukkan adunan putih telur@meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan kuning telur.  Kaupbalik sehingga rata.  Kacau perlahan-lahan sopan santun.

4.  Bahagikan kepada 2 adunan sama rata.  Masukkan pewarna, pink dan putih.  Ikut suka warna yang anda ingini.  Tuangkan ke dalam loyang bersaiz 8 inci, alas dengan baking paper@kertas minyak secara berselang-seli sehingga habis kedua-dua adunan tadi.

5.  Bakar secara water-bath pada suhu 150'C selama 1 jam@sehingga masak.
SIAP !






Thursday, June 18, 2020

KEK MARBLE JELITA








RESIPI KEK MARBLE JELITA
sumber :    FB@Aznie Khasri
kredit :    Duyung Sweet Laling




Bahan-Bahan :

200  gm  tepung gandum *
1  sudu teh  baking powder *   (* diayak)
230  gm  butter, suhu bilik
130  gm + 50 gm  gula kastor
4  biji  telur   (me : guna gred A   ~  asingkan putih & kuning)
60  ml  susu segar
Serbuk koko secukupnya
Esen vanilla secukupnya
1/2  sudu teh  black cocoa powder
1  sudu besar  coklat emulco
1  tbsp  red velvet emulco   (me :  guna 1/2 sudu besar jer)


Cara-Cara :

1.  Pukul putih telur dan gula kastor (50 gm) sehingga bertanduk@meringue.  Ketepikan seketika.

2.  Dalam bekas lain pukul butter, gula kastor (130 gm) dan kuning telur sehingga kembang kemudian masukkan esen vanilla secukupnya.  (me : 1/2 sudu  teh)

3.  Masukkan separuh tepung dan susu segar, pukul sebati.  Kemudian masukkan baki tepung dan susu segar tadi, pukul lagi.

4.  Masukkan separuh putih telur yang sudah dipukul, sebatikan, habiskan putih telur tadi (me : buat secara 3 peringkat), kaupbalik sehingga sebati.

5.  Bahagikan adunan kepada 3 bahagian :

i)   Plain
ii)  Red Velvet Emulco + Serbuk Koko, sikit jer
iii)  Black Cocoa Powder + Coklat Emulco


Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang saiz 8 inci bulat/persegi, gris dan alas baking paper secara berselang-seli sehingga habis adunan.  Lorekkan menggunakan lidi sate/chopstick mengikut kreativiti sendiri.

6.  Masukkan ke dalam oven, bakar pada suhu 160'C selama 50 minit@sehingga
 masak, api atas bawah (bergantung pada oven masing-masing).
Siap !






KEK SARANG SEMUT TANPA PERAP







RESEPI KEK SARANG SEMUT
TANPA PERAP
( Cik Dayang Zuhaila )




Bahan A :

400  gm  gula perang
450  gm  air panas
1/2  ketul  butter   (125 gm)
1  sudu teh  garam halus


Bahan B :

1/2  cawan susu pekat manis


Bahan C :

8  biji  telur gred A


Bahan D :

2  cawan  tepung paling halus@tepung naik sendiri
2  sudu teh  soda bikarbonate
2  sudu teh  baking powder
2  sudu teh  vanilla powder


Cara-Cara :

1.  Masak gula perang sehingga berwarna perang dan gelap.  Masukkan air panas.  Kacau sehingga mendidih.

2.  Kemudian masukkan butter dan susu pekat manis.  Kacau sebati.  Masukkan sedikit garam.

3.  Pukul bahan C sehingga berbuih-buih kecil kemudian masukkan bahan A (air gula hangus) yang dimasak tadi.  Putar sebati.

4.  Masukkan bahan D (ayak dulu) sedikit demi sedikit sehingga habis.  Putar lagi sehingga sebati.

5.  Masukkan ke dalam saiz 10 inci yang disapu butter atau minyak  (tapiskan dulu jika adunan berketul).

6.  Bakar pada suhu 150'C selama 45 minit sehingga 1 jam (bergantung pada oven masing-masing, oven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu selama 10 minit).






Tuesday, June 16, 2020

STRAWBERRY CRUMBLE CAKE










STRAWBERRY CRUMBLE CAKE
sumber :    FB/BIKMM@Umi Sha abdullah
kredit :    Chaiya Jarunee




Bahan-Bahan :

200  gm  mentega, pada suhu bilik
155  gm  gula kastor  (3/4 cup)
2  sudu kecil  esen vanilla
2  biji  telur gred A
300  gm  tepung gandum   (2 cawan) diayak dengan
1  sudu besar  baking powder
185  ml  susu segar   (3/4 cawan)

Strawberry compote & Strawberry segar secukupnya


Resepi Strawberry Compote :

500  gm  strawberry segar
3/4  cawan  gula@secukup rasa
1  biji  perahan oren


(Masak sehingga pekat.  Lenyek-lenyekkan sedikit strawberry yang sudah lembut tu).


Crumble Topping :

75  gm  tepung gandum   (1/2 cawan)
50  gm  mentega sejuk   ~  potong kecil
55  gm  gula perang   (1/4 cawan)


(Satukan dan ramas-ramas menggunakan hujung jari sehingga menjadi serbuk kasar).


Cara-Cara Membuat :

Panaskan oven pada suhu 180'C.
Pukul mentega, esen vanilla dan gula kastor sehingga pucat dan gebu.
Masukkan telur satu persatu sambil terus pukul sehingga sebati.
Kemudian, gunakan senduk kayu untuk menggaul secara kaupbalik susu segar dan tepung secara selang-seli sehingga habis.
Ratakan adunan ke dalam loyang (saiz 8/9 inci, alas baking paper) atau cawan aluminium atau cawan cupcakes.
Kemudian, sudukan compote dan hias dengan buah strawberry.
Taburkan crumb di atas permukaan adunan.
Bakar selama 50 minit, api atas bawah (untuk loyang), manakala cawan cupcakes selama 25-30 minit (bergantung pada oven masing-masing).
Keluarkan adunan dari loyang, sejukkan dan hidangkan.


Monday, June 8, 2020

KEK SARANG SEMUA@KUKUS











RESIPI KEK SARANG SEMUT
sumber :    Insta/majalahrasa
kredit :    ana mahtar




Bahan-Bahan :

1  cawan  gula pasir
1  cawan  air panas
1  cawan  tepung gandum
3  sudu makan  marjerin
4  biji  telur gred B   (me :  guna gred A)
3/4  cawan  susu pekat manis   (boleh guna 1/2 cawan jika nak kurang manis)
2  sudu kecil (sudu kfc)  soda bikarbonate
1  sudu kecil (sudu kfc)  baking powder
1  penutup botol  esen vanilla


Cara-Cara :

1.  Cairkan gula pasir menggunakan api sederhana sehingga hangus (keperangan).  Kecilkan api dan tuangkan air panas sedikit demi sedikit sehingga habis.  Kacau dan masak menggunakan api perlahan sahaja sehingga gula hangus dan air jadi sebati.

2.  Masukkan marjerin.  Kacau sehingga marjerin larut.  Padamkan api dan biarkan adunan seketika.

3.  Masukkan telur ke dalam mangkuk/bekas.  Kemudian kacau-kacau manja supaya telur kuning pecah sahaja.

4.  Tambahkan susu pekat manis dan esen vanilla.  Kacau lagi sehingga sebati.

5.  Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonate dan baking powder.

6.  Satukan air gula hangus tadi ke dalam bekas berisi adunan telur dan kacau rata.

7.  Kemudian masukkan campuran tepung yang diayak tadi.  Adun sehingga sebati.

8.  Alas loyang saiz 7 inci/8 inci dengan kertas minyak dan griskan sekeliling loyang dengan marjerin.  (Jika guna acuan biru seperti gambar diatas, sapu acuan dengan sedikit minyak, tidak perlu di alas).

9.  Panaskan periuk kukusan sehingga mendidih sebelum dimasukkan loyang berisi adunan kek tadi.

10.  Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.  (Jika nak bakar, panaskan ketuhar pada suhu 170'C dan bakar selama 45 minit atau sehingga masak, bergantung pada oven masing-masing).


Friday, May 29, 2020

BUTTER CHEESECAKE











BUTTER CHEESECAKE RECIPE
adapted from :    bakewithpaws.com




Ingredients :

250  gm  butter,  room temperature
150  gm  cream cheese,  room temperature
120  gm  caster sugar   (I used brown sugar),   ~  original recipe used 200 gm
5  eggs   (large)
1/4  tsp  vanilla extract

250  gm  plain flour
1 1/2  tsp  baking powder
1/4  tsp  salt


Utensil :   8 inch pan


Method :

1.  Allow butter and cream cheese to come to room temperature before use.  Approximately 30 to 45 minutes for butter.  Cream cheese may take more than 1 hour.

2.  Preheat oven to 160'C.  Line the bottom of a baking pan with non-stick baking paper.

3.  Sift flour and baking powder.  Add in salt and keep aside.

4.  Cream butter and sugar with electric mixer till light and fluffy for 10 minutes, then add in cream cheese and mix until well combined.

5.  Add egg one at a time and beat until well combined.  Add in vanilla extract and beat until well combined.  Gradually add in the flour mixture bit by bit on low speed.  Lastly, mix with a spatula until well combined.

6.  Pour the batter into the prepared cake pan and smooth the top.

7.  Bake in the preheated oven at 160'C for 50 minutes or until an inserted skewer/toothpick comes out clean.

8.  Remove cake pan from oven and let it cool for 10 minutes before removing from the cake pan.  Let cake cool completely on wire rack.