KEK PISANG

Showing posts with label Creme Puff. Show all posts
Showing posts with label Creme Puff. Show all posts

Tuesday, July 28, 2020

CREAM PUFF MONTOK !








RESEPI CREAM PUFF MONTOK
sumber :    Azlina Ina Fans




Bahan-Bahan & Cara-Cara :

1  cawan  air
1  sudu besar  gula kastor


Panaskan sampai berwap kemudian masukkan 100 gm marjerin (pakai marjerin tak perlu letak garam tapi kalau pakai Buttercup letakkan garam sikit).  Biarkan cair sampai mendidih.  Masukkan 100 gm tepung gandum dan kacau laju-laju, api kecil.  Setelah menjadi doh, masukkan adunan ke dalam mangkuk.  Semasa adunan masih panas, masukkan esen vanilla (anggaran 1/2 sudu teh) dan 3 biji telur (saya guna gred A) satu persatu (letak pewarna kalau nak).
Paipkan adunan ke dalam loyang yang dah di alas baking paper dan renjis-renjiskan air masak sebelum bakar bagi merangsang puff naik gebu.  Bakar suhu 150'C selama 20 minit api atas bawah (bergantung pada oven masing-masing) (saya guna suhu 200'C selama 20 minit api atas bawah dan 'ON' kipas).


Bahan Inti Kastad :

200  gm  whipping cream 'Dairy'
200  gm  Instand Custard
200  gm  air sejuk

(Mix sampai kental, ketepikan seketika).

Dalam mangkuk berasingan, mix 200 gm fresh cream sejuk (whipping cream Non-Dairy jenama 'VIVO') sampai soft peak.  Kemudian masukkan ke dalam adunan custard tadi.  Mix sampai sebati.
Belah tepi puff dan letakkan fillingnya ke dalam piping bag yang berisi nozzle lubang bulat, paipkan dari dalam menghala keluar, taburkan Snow Powder, jika suka.
SIAP !





Monday, August 26, 2019

CREAM PUFF With CHOCOLATE CUSTARD ...









CREAM PUFF WITH
CHOCOLATE CUSTARD
adapted from :    lifeloveandgoodfood.com
makes :    25 pcs.




Cream Puff Ingredients :

1  cup  water
1/2  cup  butter  
1/4  tsp  salt
1  cup  unsifted all-purpose flour
4  eggs  (me :  large egg)


Chocolate Custard Ingredients :

1-1/4  cups  sugar
1/3  cup  cocoa powder
1/3  cup  cornstarch
1/4  tsp  salt
3  cups  milk
3  egg  yolks,  slightly beaten  (me :  large)
2  tbsp  butter or margarine
1-1/2  tsp  vanilla extract


Instructions :

Cream Puffs

1.  Preheat oven to 400'F/200'C.

2.  In a medium saucepan, bring water, butter and salt to a rolling boil.  Add the flour all at once and stir vigorously over low heat for about a minute or until a dough is formed and leaves the side of the pan.

3.  Remove from the heat and make a well in the middle of the dough.  Add the eggs one at a time by cracking an egg into the dough and beating by hand until the dough is smooth and velvety before adding the next egg.

4.  Drop the dough onto an ungreased cookie sheet---about 1/4 cup per puffs---and bake for 35-40 minutes or until puffed and golden.  (me :  use ice cream scoop).

5.  While still warm, slice off the tops.  Remove the soft dough inside and allow to completely cool before filling up with prepared custard.

6.  Replace tops and sprinkle with powdered sugar.  Chill until ready to serve.


Chocolate Custard

1.  In a medium saucepan, combine sugar, cocoa powder, cornstarch and salt.  Add milk and bring to a boil over medium heat, stirring constantly.

2.  Boil and stir for another minute.  Remove from heat.

3.  Add a small amount of the chocolate mixture into the beaten egg yolks, stirring well.  Add the egg mixture back to the chocolate mixture in the saucepan.

4.  Stir and heat again just until boiling and slighly thickened.  Remove from heat and add butter and vanilla extract.

5.  Pour into a bowl and press plastic wrap directly on the surface of the custard.  Cool completely.


NOTES :    The chocolate custard may be made a day ahead of time and refrigerated until ready to use.
To make miniature cream puffs, drop the dough by level teaspoons onto ungreased cookie sheet and bake for just 15 minutes.

Tuesday, July 9, 2019

BRAZILIAN CHEESE PUFFS RECIPE ...











BRAZILIAN CHEESE
PUFFS RECIPE
adapted from :    rasamalaysia.com




Ingredients :

1  cup  whole milk
1/2  cup  vegetable oil
1  tsp.  salt
10  oz.  tapioca flour  (2  cups)
2  large  eggs
1 1/2  cups  grated Parmesan cheese


Instructions :

1.  Preheat the oven to 350'F/176'C.  Line 2 baking sheets with parchment paper.  Set aside.

2.  Place the milk, oil and salt in a medium saucepan and bring to a gentle boil over medium heat, stirring occasionally.  Remove from heat as soon as you see big bubbles coming through the milk.

3.  Add the tapioca flour and stir with a wooden spoon until well combined.  Transfer the dough to the bowl of a standing mixer fitted with a paddle attachment.  Beat the dough for a few minutes at medium speed until it smooths out and has cooled down.  With the mixer on medium speed, add the eggs into the dough one at a time, waiting until the first egg is fully incorporated before adding the second.  Scrape down the sides of the bowl.  Beat in the cheese until it forms a very sticky dough.  Scoop the dough with a small ice cream scoop, spacing them 2-inches apart (12 per baking sheet).  Dip your scoop in water between scoops to prevent sticking.

4.  Bake for 15 minutes then rotate the baking sheets from front to back.  Bake for another 10 or 15 minutes until the puffs have puffed and the bottom turns golden-brown on the bottoms.

Tuesday, June 11, 2019

CREAM PUFF ...










CREAM PUFF
sumber :    Ilham Dapur...




Bahan-Bahan :

95  gm  tepung gandum
2 1/4  sudu teh  baking powder
2  biji  telur,  suhu bilik  (saya guna gred A)
75  gm  mentega tanpa garam
1  sudu teh  gula kastor
188  ml  air
1/2  sudu teh  esen vanilla
Sedikit garam  ~  abaikan jika menggunakan mentega biasa
Sedikit pewarna pilihan  (optional)


Cara-Cara :

1.  Sebatikan tepung gandum, baking powder dan garam.

2.  Dalam periuk, satukan air, mentega dan gula.  Masak sehingga mendidih.

3.  Masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu sehingga menjadi doh yang licin dan tidak melekat di periuk, teruskan kacau dengan api perlahan selama 2-3 minit.

4.  Tutup api, masukkan adunan ke dalam mangkuk yang sesuai dan sejukkan dahulu.

5.  Kemudian masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil diputar sebati.  Masukkan sedikit pewarna pilihan (jika guna).

6.  Masukkan nozzle besar bentuk bintang ke dalam piping bag, masukkan adunan tadi, paipkan ke atas dulang pembakar yang di alas dengan kertas baking, jarakkan 1 inci.

7.  Sembur/spray dengan sedikit air dan bakar pada suhu 200'C selama 20-25 minit.  Sejukkan sepenuhnya sebelum dimasukkan inti.


Bahan Krim Kastad :
sumber :    dapurkaknoor ...


2  sudu besar  tepung kastad
2  sudu besar  gula kastor
1 1/3  cawan  susu segar
30  gm  mentega  (lebih kurang 2 sudu kecil)
2  sudu teh  esen vanilla


Cara-Cara :

Satukan semua bahan krim kastad kecuali mentega dan esen vanilla di dalam periuk.  Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau sehingga pekat.  Tutup api, masukkan mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biarkan sejuk.
Ketepikan.

Nota :    Manis-manis sedang untuk Krim Kastad ini...



Tuesday, April 16, 2019

CHEESE PUFFS (GOUGERES) RECIPE...










FRENCH CHEESE PUFFS (GOUGERES) RECIPE
adapted from :    rasamalaysia.com




Ingredients :

3/4  cup  water
5  tbsp  butter  (70 gm)
1/2  tsp  salt
1/8  tsp  freshly ground black pepper
1  cup  plain flour
4  large  eggs
3/4  cup  grated Mozzarella cheese
1/4  tsp  minced parsley
1/2  cup  grated Parmesan cheese


Method :

1.  Preheat the oven to 425'F/220'C.  Line a baking sheet with parchment paper.

2.  In a medium saucepan, bring the water, butter, salt and ground black pepper to a boil.  Add the flour all at once and stir until it forms a dough.  Cook another 2 minutes to dry out the dough.

3.  Transfer the dough to a bowl and let it cool slightly.  Slowly add the eggs, one at a time and stir until well combined.

4.  Add the mozzarella cheese and parsley, mix well.  Using 2 tablespoons to round each ball of dough and drop it onto the prepared lined baking sheet.  Set them 1.5 inches - 2 inches apart.  Sprinkle some grated parmesan cheese on top.

5.  Bake for 10 minutes at 425'F/220'C and another 20-25 minutes at 380'F/190'C until golden brown.  Serve warm.!!!!


NOTES :   You can use any type of grated cheese or herb for this recipe...

Saturday, April 6, 2019

KRIM PUFF RANGUP/CREAM PUFF CRAQUELIN...








KRIM PUFF RANGUP/
CREAM PUFF CRAQUELIN
sumber :    resipicitarasawan...




Bahan Craquelin :

50  gm  mentega
50  gm  gula perang
60  gm  tepung gandum


Cara-Cara :

1.  Buat yang ini dahulu.  Satukan mentega dan gula perang.  Gaul menggunakan spatula sehingga sebati saja, jangan dipukul.

2.  Masukkan tepung gandum dan gaul sebati.  Bungkus dengan plastik wrap dan simpan sebentar di dalam peti sejuk.

3.  Keluarkan dari peti sejuk dan canai tidak terlalu nipis atau tebal.  Potong empat segi atau boleh juga diterap bulat.

4.  Letakkan potongan craquelin ke atas setiap puff tadi.

5.  Panaskan oven terlebih dahulu selama 10 minit.  Bakar di atas rak atas pada suhu 200'C selama 15 minit.  Kemudian turunkan suhu kepada 180'C dan bakar selama 15 minit lagi.

6.  Keluarkan dari oven dan sejukkan dahulu sebelum diisikan dengan krim.


Bahan Choux :

120  gm  marjerin Planta
180  ml  air
170  gm  tepung gandum  ~  ayak
4  biji  telur gred A


Cara-Cara :

1.  Masukkan marjerin dan air ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.

2.  Perlahankan api dan masukkan tepung gandum.  Kacau dengan cepat sehingga menjadi segumpal doh.

3.  Angkat, biarkan doh suam atau sejuk dahulu.

4.  Kemudian masukkan telur satu persatu dan kacau sehingga adunan likat dan boleh dipaip.  (Masa ni saya masukkan sedikit pewarna...ikut suka).

5.  Masukkan ke dalam piping bag dan paipkan di atas dulang yang dialas baking paper.


Bahan Cream Filling :

250  ml  susu segar
2  biji  kuning telur  (saya guna gred A)
50  gm  gula kastor
1  sudu teh  esen vanilla
2  sudu besar  tepung jagung
1/4  sudu kecil  garam
1/2  sudu kecil  mentega


Cara-Cara :

1.  Satukan semua bahan kecuali mentega.  Kacau rata dan tapis ke dalam periuk.

2.  Masak dengan api sederhana sambil dikacau sehingga meletup-letup.  Tutup api dan masukkan mentega, kacau sehingga sebati.

3.  Masukkan ke dalam bekas, tutup (tekan permukaannya agar tidak berkerak) dengan plastic wrap dan simpan di dalam peti sejuk sehingga mengeras/kental.

4.  Keluarkan dan masukkan cream ke dalam piping bag.  Potong puff tetapi jangan putus.  Picit cream ke dalamnya.

5.  Sedia dihidangkan.





Thursday, March 14, 2019

DURIAN PUFF...







DURIAN PUFF
adapted from :    whisk n fold.com
yields :    18 pieces




Choux Pastry :

50  gm  butter
120  ml  water
1/4  tsp.  salt
75  gm  plain flour,  sifted
2  large  eggs


Durian Filling :

500  gm  durian flesh
100  ml  thickened cream


Method :

1.  Bring water, butter and salt to a boil in a pot over medium heat.

2.  Once boiling, add sifted flour in all at once and stir mixture together with a wooden spoon.  The dough should start coming together.

3.  Reduce to low heat and keep stirring mixture for 1-2 minutes until surface of the dough is smooth.

4.  Remove from heat and let cool to room temperature.

5.  When dough is at room temperature, add eggs in one at a time, beating well with a wooden spoon after each addition.

6.  Transfer dough into a piping bag fitted with a round tip and pipe onto a greased tray.

7.  Brush tops of dough with egg wash (egg yolk beaten with a little water) and bake in a preheated oven at 180'C/350'F for 20-25 minutes until choux buns are crisp on the outside and fairly dry on the inside.

8.  Remove from oven and let cool to room temperature.

9.  Meanwhile, put durian flesh in a food processor and pulse until creamy.

10.  Whip cream till stiff peaks form and fold in together with durian puree.

11.  Cut cooled choux buns in half and pipe in durian cream.

12.  Dust icing sugar over durian puffs and serve cold.







BAHAN INTI KASTAD DURIAN
sumber :    hanamemories.. (saya guna resipi ni untuk isian puff di atas)...



Bahan-Bahan :

2  sudu besar  tepung kastad
4  sudu besar  gula pasir atau gula kastor
1  cawan  susu segar  (250 ml)
1  biji  telur  (saya guna gred A)
1  sudu besar  butter
1  sudu besar  isi durian  ~  jika suka boleh dilebihkan


Cara-Cara :

Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk.  Kacau sebati.  Masak di atas dapur dengan api perlahan sehingga pekat dan likat.  Matikan api dan sejukkan terlebih dahulu sebelum digunakan.

Wednesday, February 20, 2019

KRIF PUFF COKLAT...








KRIM PUFF COKLAT
sumber :    Qasey Honey...
hasil :    anggaran 23-24 pieces




Bahan-Bahan :

1  cawan  tepung gandum
2  sudu besar  serbuk koko
1  cawan  air
1/2  sudu teh  garam
1  sudu besar  gula
1/2  cawan  mentega tanpa garam  (125 gm)
4  biji  telur  (saya guna gred A)


Cara-Cara :

1.  Ayak tepung dan serbuk koko.  Ketepikan.

2.  Dalam periuk panaskan bahan-bahan yang lain kecuali telur, tepung dan serbuk koko sehingga mentega cair.  Tutup api.

3.  Masukkan campuran tepung, serbuk koko sekaligus dan kacau sehingga sebati.

4.  Biarkan suam seketika.  Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.  Pastikan adunan likat dan boleh dipaip.

5.  Masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle bintang dan paipkan di atas dulang pembakar yang di alas dengan baking paper yang di gris.

6.  Bakar selama 25 minit pada suhu 210'C.  Keluarkan dari oven dan sejukkan.

7.  Potong krim puff di bahagian tengah, paipkan dengan chocolate ganache.


Chocolate Ganache :

100  ml  double-cream/whipping cream (dairy)
250  gm  coklat masakan  ~  cincang halus
1  sudu besar  golden syrup
1  sudu teh  esen vanilla


Cara-Cara :

Double-boil whipping cream sehingga hampir mendidih (pastikan jangan sampai mendidih).  Tambahkan coklat masakan, golden syrup dan esen vanilla, kacau rata dan sebati.  Bila semua dah cair dan sebati, angkat dan sejukkan.









KRIM PUTAR
sumber :    Azie Kitchen...


Bahan-Bahan :

1  cawan  heavy whipping cream atau double cream  (240 ml)
1/2  sudu teh  pure vanilla extract
1 1/2  sudu besar  gula halus atau secukup rasa


Cara-Cara :

Di dalam mangkuk, masukkan whipping cream, vanilla dan gula.  Kacau sebati.  Tutup dengan plastik dan sejukkan mangkuk serta whisk di dalam peti sejuk selama 15 minit.  Setelah sejuk, putar sehingga ianya kembang dan kental bertanduk.  Siap untuk digunakan.



Tuesday, November 6, 2018

KRIM PUFF...








RESIPI KRIM PUFF
sumber :    buatoranglapo.com@you tube...




Bahan-Bahan Puff :

125  gm  mentega
1  cawan  air
3  biji  telur gred A
1  cawan  tepung naik sendiri@self-raising flour
1  sudu besar  gula
Secubit garam


Cara-Cara :

1.  Di dalam periuk/kuali, masakkan air, mentega, gula dan garam sehingga mendidih.  (Boleh letakkan sedikit pewarna pilihan jika suka).

2.  Masukkan tepung sekaligus dan kecilkan api, kacau-kacau sehingga menjadi sebati (tidak lekat di periuk/kuali).

3.  Pindahkan adunan doh ke dalam mangkuk besar dan sejukkan seketika.

4.  Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji.  Pukul sehingga rata.

5.  Masukkan adunan ke dalam piping bag dan paipkan ke atas loyang yang telah disapukan minyak@di alas dengan kertas pembakar.  Guna acuan nozzle pilihan.

6.  Bakar pada suhu 180'C selama 30 minit atau sehingga kekuningan...

NOTA :   

1.  Renjiskan sedikit air ke atas adunan sebelum dibakar supaya puff naik dengan lebih gebu.

2.  Letakkan loyang di bahagian tengah oven supaya puff masak sekata.


Bahan-Bahan Krim Kastad :

1  sudu besar  tepung gandum
1  sudu besar  tepung kastad
1  cawan  susu segar@full cream  (200 ml)
4  sudu besar  gula pasir
1  biji  telur gred A
1  sudu besar  mentega
1/2  sudu teh  esen vanilla


Cara-Cara Membuat Krim Kastad :

1.  Satukan tepung gandum, tepung kastad, gula pasir dan susu segar ke dalam periuk.  Kacau sehingga tepung larut@sebati.  (Jangan pasang api dulu).

2.  Masukkan telur dan esen vanilla.  Kacau sebati.

3.  Kemudian barulah pasang api kecil.  Masak kesemua bahan di atas menggunakan api perlahan sehingga pekat.

4.  Tutup api dan masukkan mentega.  Kacau sebati dan mentega larut.  Sejukkan di dalam peti sejuk sementara menunggu krim puff dibakar dalam oven.

5.  Masukkan krim kastad ke dalam piping bag dan paipkan ke dalam puff...


NOTA :    Sebaiknya sediakan Krim Kastad dulu dan simpan di dalam peti sejuk...






Tuesday, July 31, 2018

RESEPI PUFF DURIAN...










RESEPI PUFF DURIAN
sumber :    hanamemories...




Bahan Pastri :

100  gm  mentega
250  ml  air
150  gm  tepung gandum  ~  diayak
3  biji  telur gred A  (jika guna gred B =  4 biji)
Secubit garam


Bahan Inti Kastad Durian :

2  sudu besar  tepung kastad
4  sudu besar  gula pasir
1  cawan  susu segar  (250 ml)
1  biji  telur gred A/B
1  sudu besar  mentega
1  sudu besar  isi durian  ~  jika suka boleh lebihkan


Cara-Cara :

1.  Untuk Penyediaan Inti Kastad Durian :   Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk.  Kacau sebati.  Masak di atas dapur menggunakan api perlahan sehingga pekat dan likat.  Matikan api dan sejukkan.  (Tutup bahagian atas inti dengan plastik wrap agar bahagian atasnya tidak berkulit).

2.  Di dalam periuk lain, satukan air, mentega dan garam.  Masak sehingga air mendidih dan mentega cair.  Masukkan tepung gandum sekaligus dan kacau  dengan pantas sehingga menjadi doh.  Angkat dan ketepikan sehingga suam.

3.  Panaskan oven pada suhu 200'C.  Lenser dulang pembakar dengan mentega atau alas dengan baking paper.

4.  Masukkan adunan doh ke dalam mixer dan masukkan telur satu persatu sambil memukul dengan kelajuan sederhana sehingga menjadi pes yang lembut.

5.  Masukkan adunan ke dalam piping bag menggunakan nozzle pilihan.  Paipkan di atas dulang pembakar yang disediakan tadi.

6.  Bakar selama 20 minit atau sehingga keperangan.  Sejukkan di atas redai.

7.  Untuk Penyediaan Puff Durian :   Belah puff tanpa putus.  Masukkan/paipkan inti kastad, buat sehingga habis dan bolehlah dihidangkan...