CREAM PUFF
sumber : Ilham Dapur...
Bahan-Bahan :
95 gm tepung gandum
2 1/4 sudu teh baking powder
2 biji telur, suhu bilik (saya guna gred A)
75 gm mentega tanpa garam
1 sudu teh gula kastor
188 ml air
1/2 sudu teh esen vanilla
Sedikit garam ~ abaikan jika menggunakan mentega biasa
Sedikit pewarna pilihan (optional)
Cara-Cara :
1. Sebatikan tepung gandum, baking powder dan garam.
2. Dalam periuk, satukan air, mentega dan gula. Masak sehingga mendidih.
3. Masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu sehingga menjadi doh yang licin dan tidak melekat di periuk, teruskan kacau dengan api perlahan selama 2-3 minit.
4. Tutup api, masukkan adunan ke dalam mangkuk yang sesuai dan sejukkan dahulu.
5. Kemudian masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil diputar sebati. Masukkan sedikit pewarna pilihan (jika guna).
6. Masukkan nozzle besar bentuk bintang ke dalam piping bag, masukkan adunan tadi, paipkan ke atas dulang pembakar yang di alas dengan kertas baking, jarakkan 1 inci.
7. Sembur/spray dengan sedikit air dan bakar pada suhu 200'C selama 20-25 minit. Sejukkan sepenuhnya sebelum dimasukkan inti.
Bahan Krim Kastad :
sumber : dapurkaknoor ...
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula kastor
1 1/3 cawan susu segar
30 gm mentega (lebih kurang 2 sudu kecil)
2 sudu teh esen vanilla
Cara-Cara :
Satukan semua bahan krim kastad kecuali mentega dan esen vanilla di dalam periuk. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau sehingga pekat. Tutup api, masukkan mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biarkan sejuk.
Ketepikan.
Nota : Manis-manis sedang untuk Krim Kastad ini...
No comments:
Post a Comment