Monday, June 10, 2019
RENDANG DAGING ...
RESIPI RENDANG DAGING
sumber : Surianti Ramli
Bahan-Bahan :
1 kg. daging ~ dipotong kecil & dibersihkan (saya guna daging batang pinang)
Bahan Kisar :
20 tangkai cili kering ~ dibuang bijinya & rebus hingga mendidih & toskan
3 labu bawang besar
2 inci halia
2 inci lengkuas
3 batang serai
Bahan Lain :
1 mangkuk pati santan
2 mangkuk santan cair
1 senduk kerisik
3 helai daun kunyit ~ diracik halus
Garam & gula secukup rasa
1 senduk minyak masak
Sedikit air
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga naik baunya.
2. Masukkan daging, kacau sebati bersama bahan tumis tadi. Biarkan sehingga daging mengecut sedikit. Tambahkan santan cair dan rebus sehingga daging empuk. Jika daging masih belum empuk, tambahkan air biasa secukupnya dan teruskan merebus.
3. Bila daging telah empuk, masukkan garam dan gula secukup rasa. Tambahkan santan pekat serta kerisik. Didihkan. Biarkan sehingga kuahnya pekat/pecah minyak. Taburkan daun kunyit dan kacau sekejap sehingga sebati. Tutup api.
4. Sedia untuk dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment