POPIA GORENG PISANG COKLAT
sumber : Google ...
Bahan-Bahan :
10 buah pisang berangan ~ dibelah dua
2 sudu besar marjerin
80 gm coklat masakan ~ disagat
80 gm kacang tanah ~ sangai & cincang
1 biji putih telur
20 lembar kulit popia
Cara-Cara :
1. Panaskan marjerin dalam kuali leper kemudian goreng pisang sehingga keperangan. Angkat dan toskan.
2. Ambil selembar kulit popia, letakkan sekeping pisang kemudian taburkan sedikit coklat dan kacang cincang, gulung dengan kemas. Lekatkan hujung kulit popia dengan putih telur.
3. Goreng dalam minyak sederhana panas sehingga keperangan. Angkat dan toskan. Lagi sedap kalau dihidang bersama Ganache@Coklat Sos...
No comments:
Post a Comment