Friday, June 28, 2019
KARI IKAN
KARI IKAN KEMBUNG
sumber : Majalah RASA Disember 2018
Bahan-Bahan :
4-5 ekor ikan kembung/lebih kurang 1 kg ~ bersihkan & potong dua (saya menggunakan ikan pari, dipotong sesuai selera)
3 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan halba campur
1 kotak kecil santan segera
2 cawan air
1/2 cawan air asam jawa
4 biji kacang bendi
1 biji terung bulat ~ belah enam (tak letak)
2 biji tomato ~ belah empat
2 tangkai daun kari
Garam & gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
Bahan Hiris :
3 cm halia muda
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak dalam periuk, tumiskan bahan hirisan bersama halba campur.
2. Kemudian tambahkan daun kari. Bila wangi masukkan campuran rempah kari bersama serbuk cili dengan sedikit air.
3. Kacau rata hingga pecah minyak, baru masukkan air asam jawa dan air.
4. Setelah mereneh, masukkan ikan. Biarkan lebih kurang 2-3 minit hingga ikan masak.
5. Masukkan santan, diikuti terung, kacang bendi dan tomato. Kecilkan api, biarkan mereneh seketika, sesuaikan rasanya dan tutup api.
6. Kari Ikan sedia dihidangkan !!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment