KEK PISANG

Tuesday, June 18, 2019

MASIH DI BULAN SYAWAL 2019 !!!








RENDANG DAGING PALING MUDAH & SEDAP
TANPA MENGGUNAKAN SEBARANG REMPAH
sumber :    Teratak Mutiara Kasih@linapg.




Bahan-Bahan :

500  gm  daging pejal  (saya guna daging batang pinang, dipotong kiub)
500  ml  santan
4  labu  bawang besar *
5  batang  serai *
3  ulas  bawang putih *
15  tangkai  cili kering *
2  cm  halia *
2  cm  lengkuas *
2  cm  kunyit hidup *
4  batang  serai  ~  dititik
40  gm  kerisik  (lebih sikit pun tak apa)
1  keping  asam gelugor
1  sudu besar  gula merah atau gula melaka
Garam & perasa secukupnya
Minyak masak (jika menggunakan kaedah menumis)


Cara Memasak :

1.  Cili kering direbus sehingga lembut terlebih dahulu.  Masukkan semua bahan bertanda (*) ke dalam blender dan masukkan sedikit minyak dan air.  Kisar menggunakan minyak masak adalah tips supaya bahan kisar halus dan mengurangkan penggunaan air untuk ketahanan rendang (lambat basi).

2.  Panaskan sedikit minyak, tumiskan serai dan bahan kisar sehingga terbit minyak.  Kemudian masukkan gula merah.  Tumis sebentar.

3.  Masukkan daging yang telah dipotong kiub dan gaul rata dengan tumisan.

4.  Masukkan santan, kerisik dan asam gelugor.  Kacau rata.

5.  Tutup periuk/kuali dan reneh menggunakan api kecil sahaja.  Reneh sehingga rendang pecah minyak dan kering.  Kacau sekali sekala untuk mengelakkan rendang hangit di dasar periuk/kuali.

6.  Proses mereneh mengambil masa yang agak lama.  (Saya reneh hampir 2 jam).

7.  Bila daging empuk dan rendang hampir kering, baru masukkan garam (anggaran 1 sudu kecil sahaja garam atau secukup rasa), masukkan perasa (jika suka) dan taburkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut.  (Boleh juga guna salah satu).

8.  Reneh sehingga kering mengikut citarasa masing-masing, kalau suka yang basah reneh sehingga mencapai tahap kering/basah-basah yang diinginkan.  Makin lama direneh rendang semakin sedap dan warna bertambah gelap.








NASI TOMATO
sumber :    Hanieliza...




Bahan-Bahan :

5  cawan  beras basmati  (saya guna beras biasa jer)
4  biji  tomato  ~  dicincang
1/2  cawan  susu cair
6  cawan  air
1/2  cawan  sos tomato
3  sudu makan  minyak sapi
Garam secukup rasa


Bahan Tumisan :

3  ulas  bawang putih  ~  dikisar
5  biji  bawang merah  ~  dikisar
1  inci  halia  ~  dikisar
2  batang  serai  ~  dititik
3  biji  buah pelaga
3  biji  bunga cengkih
1  inci  kulit kayu manis
2  kuntum  bunga lawang
2  helai  daun pandan  ~  disimpul


Cara Memasak :

1.  Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit dan toskan.  (Saya guna beras biasa dan rendam sekejap saja, anggaran 20 minit).

2.  Panaskan minyak sapi di dalam kuali kemudian tumiskan bahan tumisan sehingga wangi.

3.  Masukkan tomato dan garam.  Gaul rata.  Kemudian masukkan susu cair, air dan sos tomato.  Biarkan mendidih.

4.  Pindahkan bahan tumisan ke dalam periuk nasi elektrik yang sudah dimasukkan beras.  Biarkan masak seperti biasa.

5.  Apabila nasi sudah kering, kacau rata perlahan-lahan bagi mengelakkan nasi hancur.

6.  Hidangkan bersama Rendang Daging, Ayam Masak Merah, Dalca atau Kerabu Timun (ikut citarasa).

No comments:

Post a Comment