Wednesday, June 12, 2019
TUMIS TEMPE CILI HIJAU ...
TUMIS TEMPE CILI HIJAU
sumber : myresipi.com
Bahan-Bahan :
2 paket tempe ~ potong ikut suka & goreng
1 biji kentang ~ hiris ikut suka & goreng (saya tambah)
5 ulas bawang putih ~ hiris
4 biji bawang merah ~ hiris
5 biji cili hijau ~ potong-potong ikut suka
4 sudu besar kicap manis
Garam (jika perlu)
1 sudu teh serbuk pati ayam
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
2. Masukkan cili hijau dan kacau rata.
3. Masukkan tempe dan kentang yang digoreng tadi, kacau sebati.
4. Akhir sekali masukkan kicap, garam dan serbuk pati ayam. Kacau sebati dan angkat.
5. Hidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment