KEK PISANG

Showing posts with label Sup. Show all posts
Showing posts with label Sup. Show all posts

Friday, May 8, 2020

SUP AYAM !









RESEPI SUP AYAM SIMPLE
sumber :    cookpad.com@Nurul Razali




Bahan-Bahan :

1/2  ekor  ayam   ~  dipotong kecil, cuci & tos
1  biji  bawang besar   ~  hiris
3  ulas  bawang putih   ~  hiris
1  cm  halia   ~  hiris
1  bunjut  rempah sup
4  biji  kentang   ~  potong ikut citarasa
1  biji  lobak merah saiz sederhana   ~  potong baji
1  sudu besar  minyak masak
2  sudu kecil  garam@secukupnya
Sedikit serbuk lada hitam
Daun sup & daun bawang   ~  hiris (untuk hiasan)


Cara Memasak :

1.  Sediakan bahan-bahan.  Panaskan minyak masak dan tumis bawang besar, halia dan bawang putih sampai naik bau.

2.  Masukkan lobak merah dan kentang.  Masukkan sedikit air dan biarkan masak sehingga empuk.  Setelah empuk, masukkan ayam, sup bunjut dan tambahkan air sehingga menutupi ayam.

3.  Letakkan serbuk lada hitam dan kacau.  Biarkan mendidih sehingga ayam masak.  Masukkan garam secukup rasa.  Tutup api dan taburkan daun sup dan daun bawang ketika dihidang.
SIAP !

Friday, March 27, 2020

SUP TELUR ...









RESIPI SUP TELUR
sumber :    Insta@Surianti_Kitchen ...




Bahan Tumis :

3  biji  bawang merah *
3  ulas  bawang putih *    ( * ditumbuk )
Minyak masak


Bahan Lain :

1  liter  air
Ubi kentang   (2 biji)
Lobak merah  (1 batang)
1  kiub  pati ayam
Garam
4-5  biji  telur   (boleh tambah)
Hirisan daun sup/daun bawang


Cara Memasak :

Panaskan minyak masak secukupnya di dalam periuk.
Masukkan bahan tumis dan tumis sehingga wangi.
Masukkan air dan kiub pati ayam dan garam secukup rasa.
Masukkan kentang, lobak merah dan biarkan mendidih dan sayuran (kentang, lobak merah) lembut.
Kecilkan api dan masukkan telur satu demi satu.  Biarkan telur sedikit mengeras.
Tutup api dan hidangkan dengan taburan hirisan daun sup/daun bawang.

Saturday, November 23, 2019

SUP KENTANG & TAUHU JEPUN ...









SUP KENTANG & TAUHU JEPUN





Bahan-Bahan :

2  biji  kentang   ~  kupas kulit, potong baji & rendam dalam air
1  batang  lobak merah saiz sederhana   ~  kupas kulit & potong baji
1  tiub  tauhu Jepun   ~  potong sederhana kecil
1  pek  sup bunjut
3  biji  bawang merah *
2  ulas  bawang putih *
1  inci  halia *    ( * dihiris/ditumbuk )
Air secukupnya
Garam & serbuk lada sulah secukupnya
Daun sup secukupnya   ~  dihiris untuk hiasan
Bawang goreng   ~  untuk hiasan
Minyak masak untuk menumis


Cara Memasak :

1.  Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga berbau harum.

2.  Masukkan  air secukupnya dan biarkan ia mendidih.

3.  Apabila mendidih, masukkan kentang, lobak merah dan sup bunjut.  Biarkan mendidih sehingga kentang dan lobak merah lembut/empuk.

4.  Akhir sekali masukkan sup Jepun, garam dan serbuk lada sulah secukup rasa.  Biarkan mendidih sekali lagi dan tutup api.

5.  Hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng.

Wednesday, May 1, 2019

SUP AYAM TOMATO ...










RESIPI SUP AYAM TOMATO
sumber :    skybluemelleymey.blogspot.com




Bahan-Bahan :

700  gm  ayam  ~  dipotong ketulan kecil-kecil
2  biji  ubi kentang  ~  dipotong 8  (kalau kecil dipotong 4)
1  batang  lobak merah  ~  dipotong bulat
3  biji  tomato  ~  dipotong 4 setiap satu
1  biji  bawang besar  ~  dipotong 8
2  inci  halia  ~  dihiris
Garam secukup rasa
Air secukupnya


Cara Memasak :

1.  Didihkan air secukupnya di dalam periuk.  Masukkan kesemua bahan kecuali garam.
2.  Masak sehingga mendidih di atas api kuat.
3.  Kemudian renihkan sehingga ayam masak di atas api sederhana.
4.  Bubuh garam dan sesuaikan rasa.
5.  Angkat dan hidangkan ketika ianya masih panas.

Sunday, April 21, 2019

SUP TELUR BERSAMA KENTANG...









SUP TELUR BERSAMA KENTANG
sumber :    LiNaPg@TeratakMutiara Kasih...




Bahan-Bahan :

4-5  biji  telur
3  ulas  bawang merah *
1  ulas  bawang putih *
Sedikit halia *   ( * ditumbuk )
2  biji  ubi kentang  ~  potong dadu
1/2  batang  lobak merah  ~  potong dadu
1  bungkus  sup bunjut
Kiub ayam
Fucuk  ~  rendam hingga lembut  (tak letak)
Garam & gula/perasa
Air secukupnya
Daun sup/bawang  ~  hiris
Sedikit minyak masak


Cara Memasak :

1.  Panaskan sedikit minyak masak, tumiskan bahan tumbuk hingga sedikit garing.

2.  Masukkan air secukupnya untuk kuah.  Masukkan kentang, sup bunjut, garam dan gula/perasa.  Biarkan air mendidih dan kentang empuk.

3.  Masukkan fucuk dan lobak merah (saya potong nipis) kalau potong baji, masukkan awal sikit bersama kentang.  Masukkan kiub ayam, jika perlu.

4.  Apabila kuah mendidih, masukkan telur satu persatu.  Tutup periuk anggaran 1-2 minit supaya telur 'set'.

5.  Apabila telur masak/set bolehlah ditutup api dapur.  Taburkan hirisan daun bawang/sup dan bawang goreng semasa menghidang.

Tuesday, October 23, 2018

SUP TELUR PUYUH GORENG...









SUP TELUR PUYUH GORENG
sumber :    Majalah RASA Oktober 2018




Bahan-Bahan :

15  biji  telur puyuh
4-5  keping  cendawan hitam  ~  direndam dalam air sehingga kembang  (tak letak)
3  ulas  bawang putih *
1  inci  halia *
1  biji  bawang merah *  ( * ditumbuk )
1  sudu makan  serbuk lada sulah
1  sudu makan  serbuk pati ayam
1  sudu makan  tepung ubi  ~  dibancuh dengan sedikit air
6-7  biji  tomato ceri  ~  belah 2  (saya guna 1 biji tomato biasa, belah 6)
Hirisan daun sup secukupnya
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak dan goreng telur puyuh satu persatu (mata kerbau).  Angkat dan ketepikan.

2.  Kurangkan sedikit minyak lebihan gorengan telur tadi.  Kemudian tumiskan bahan tumbuk (bawang putih, halia dan bawang merah) sehingga wangi.

3.  Tambahkan serbuk lada sulah serta serbuk pati ayam.  Gaul rata guna api sederhana.  Boleh juga menggunakan serbuk pati ikan bilis.

4.  Seterusnya masukkan air secukupnya dan juga cendawan hitam.  Biarkan sehingga mendidih.

5.  Setelah kuah sup mendidih, masukkan air bancuhan tepung ubi.  Kacau rata.

6.  Kemudian masukkan telur puyuh yang digoreng tadi.  Masukkan juga hirisan tomato.  Biarkan sup mendidih sekali lagi.

7.  Padamkan api dan taburkan daun sup secukupnya.  Sedia untuk dihidangkan...




Wednesday, September 26, 2018

SUP SAYUR CAMPUR DENGAN TAUHU TELUR...










RESIPI SUP SAYUR CAMPUR
DENGAN TAUHU TELUR




Bahan-Bahan :

2  paket  tauhu telur  ~  dipotong kecil
1  sudu besar  ikan bilis atau secukupnya  ~  ditumbuk kasar
5  ulas  bawang merah *
3  ulas  bawang putih *  ( * dihiris atau ditumbuk )
Sayur campur ikut pilihan  (saya guna :  karot, bunga kobis & fucuk yang direndam kembang)
1  tangkai  cili merah  ~  hiris
Garam & serbuk lada sulah secukupnya
Daun bawang  ~  hiris
Minyak masak untuk menumis


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak dalam kuali dan goreng tauhu telur sehingga kuning keemasan.  Balik-balikkan, angkat dan ketepikan.

2.  Menggunakan minyak yang sama, tumiskan bawang putih, bawang merah dan ikan bilis sehingga naik bau.

3.  Masukkan air secukupnya, masak sehingga mendidih.  Masukkan karot.  Apabila karot sudah agak lembut, masukkan bunga kobis dan fucuk (toskan airnya).

4.  Apabila semua sayuran sudah agak lembut, masukkan tauhu yang telah digoreng tadi.  Masukkan garam dan serbuk lada sulah secukup rasa.

5.  Sesuaikan rasa.  Sebelum dihidangkan, taburkan cili merah dan daun bawang.  Sedia untuk dihidangkan.  (Boleh juga ditaburkan sedikit bawang goreng jika suka)...

Monday, September 10, 2018

SUP SAYUR MUDAH...









RESIPI SUP SAYUR MUDAH
sumber :    cikwankitchen.com




Bahan-Bahan :

Lebih kurang semangkuk sayur yang disukai  (saya gunakan sawi+kobis+lobak merah)
4  ulas  bawang putih  ~  dimayang/ditumbuk/dicincang
1  kiub  pati ikan bilis  (kalau tiada guna segenggam ikan bilis)
4  biji  cili padi
Lauk-pauk yang disukai seperti  udang/sotong  (saya guna ikan bilis & telur jer)
1  biji  telur  ~  dikocok dengan garfu
Garam secukup rasa, jika perlu
2  mangkuk  air
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya di dalam periuk.  Tumiskan bawang putih sehingga berbau wangi.
2.  Jika menggunakan ikan bilis, masukkan ikan bilis dan tumiskan sehingga garing.
3.  Masukkan air dan kiub ikan bilis.  Masak sehingga mendidih.
4.  Masukkan sayur yang keras dahulu seperti lobak merah, kobis dan batang sawi.
5.  Masak sebentar, masukkan daun sawi dan potongan cili padi.
6.  Bila mendidih, tuangkan telur yang telah dikocok dan tutup periuk sambil ditutup apinya.
7.  Tunggu sebentar sebelum dihidangkan untuk pastikan telur masak.  Siap !!!

NOTA :   Sayur-sayuran dipotong ikut citarasa...

Saturday, September 1, 2018

SUP TULANG SEDAP...







RESIPI SUP TULANG 




Bahan-Bahan :

1  kg  tulang lembu  ~  direbus terlebih dahulu sehingga empuk
2  sudu besar  minyak masak
1  sudu besar  minyak sapi
1  bungkus  sup bunjut tulang Adabi
1  batang  kulit kayu manis
3  kuntum  bunga lawang
5  kuntum  bunga cengkih
3  biji  buah pelaga
1  labu  bawang besar  ~  dihiris
Air rebusan tulang secukupnya
1  batang  lobak merah  ~  dipotong dadu
2  biji  kentang  ~  dipotong dadu
1  sudu kecil  serbuk lada sulah
1  biji  tomato  ~  dipotong dadu
1  batang  celery  ~  dihiris
3-4  biji  cili padi  ~  dihiris
Daun sup/daun bawang  ~  dihiris
Garam secukup rasa
Bawang goreng  ~  untuk tabur


Bahan Kisar :

5  ulas  bawang merah
3  ulas  bawang putih
1  inci  halia


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk.  Tumiskan rempah tumis (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih) dan bawang besar yang telah dihiris sehingga harum dan garing.

2.  Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) dan tumis lagi sehingga garing dan terbit minyak.  Bila semua dah garing dan terbit minyak, masukkan tulang dan air rebusan tulang secukupnya.  Jika kurang boleh tambah lagi air biasa.  Masukkan juga rempah sup bunjut tulang.  Kacau sebentar dan biarkan ia merenih.

3.  Jika menggunakan tulang yang tidak direbus awal, masak sehingga tulang empuk.  Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk.  Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan minyak dipermukaan sup, ini adalah kotoran dan darah serta minyak dari lemak pada tulang.  (Cedokkan segala kotoran dan minyak semasa proses merebus tulang dibuang).  Bila daging dah empuk, masukkan serbuk lada sulah dan garam secukup rasa.

4.  Akhir sekali masukkan kentang dan lobak merah yang telah didadu kecil.  Bila kentang hampir empuk, masukkan juga daun sup/daun bawang, batang celery, cili padi dan bawang goreng.  Tutup api dan sedia dihidangkan dengan Sambal Kicap, jika suka...


Bahan Sambal Kicap :

15  biji  cili padi
3  ulas  bawang putih
1/2  cawan  kicap ABC/kicap manis
1  sudu besar  sos tomato
1  sudu kecil  cuka masakan


Cara-Cara :

Satukan semua bahan dan kisar.  Sedia dimakan bersama sup tulang.






Wednesday, July 11, 2018

RESEPI SUP AYAM MUDAH...









RESEPI SUP AYAM MUDAH




Bahan-Bahan :

1/2  ekor  ayam  ~  potong kecil, cuci bersih & toskan
2  biji  kentang  ~  potong kiub
1/2  batang  lobak merah  ~  potong kiub
2  ulas  bawang merah *
2  ulas  bawang putih *
1  inci  halia *
1  paket  sup bunjut Adabi
Garam secukupnya
Minyak masak untuk menumis
Air secukupnya
Bawang goreng secukupnya
Daun sup & daun bawang secukupnya  ~  hiris kasar


Cara Memasak :

1.  Tumbuk atau hiris bahan-bahan bertanda (*).

2.  Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk/dihiris sehingga naik bau.

3.  Masukkan ayam, kacau-kacau seketika diikuti kentang dan lobak merah.  Kacau sebati dengan api perlahan.

4.  Biarkan ayam berubah warna seketika dan jusnya keluar dan agak kering.

5.  Setelah itu masukkan air secukupnya dan sup bunjut.  Kacau, tambahkan garam secukup rasa dan tutup periuk.  Masak sehingga ayam dan sayur-sayuran lembut menggunakan api perlahan.  Sesuaikan rasa dan tutup api.  (Jika suka boleh masukkan kiub pati ayam Maggi dan serbuk lada hitam secukupnya).

6.  Hidangkan bersama bawang goreng, daun sup, daun bawang yang dihiris kasar...

Thursday, June 14, 2018

SUP TAUHU JEPUN...










RESEPI SUP TAUHU JEPUN
sumber :    youtube@limaunipis.com




Bahan-Bahan :

2  tiub  tauhu Jepun   ~  digaul dengan tepung jagung & digoreng
1/2  cawan  isi ayam
2  ulas  bawang putih  ~  dicincang halus
500  ml  air
1  kiub  pati ayam
1  sudu besar  tepung jagung  ~  dicampur dengan sedikit air
1  biji  telur  ~  dikocok sedikit
1  sudu besar  sos tiram
Sayur-sayuran pilihan  (saya guna lobak merah, jagung muda & kacang sepat@snow peas)
1  sudu teh  garam
Serbuk lada sulah  (optional)


Cara Memasak :

Tumis bawang putih sehingga berbau harum.  Masukkan air, kiub pati ayam, sos tiram, bancuhan tepung jagung kemudian masukkan telur, kacau-kacau. 
Masukkan isi ayam, sayur campur biarkan selama 3 minit.  Akhir sekali masukkan serbuk lada sulah, garam secukup rasa dan akhir sekali tauhu Jepun yang digoreng tadi.  Kacau-kacau seketika, tutup api.
Sedia dihidangkan...

Sunday, April 22, 2018

SUP TELUR DAN KENTANG...









RESEPI SUP TELUR & KENTANG
rujukan :    tiffinbiru@CMG...




Bahan-Bahan :

3  biji  kentang  ~  kupas kulit, potong 8 setiap biji & rendam
30  gm  fucuk kering  ~  potong kecil & rendam hingga lembut, toskan
1/2  cekak  soo hoon kering  ~  kerat pendek & rendam hingga lembut
4-5  biji  telur
1  liter  stok ayam @ 1  kiub pati ayam Knorr/Maggi
Air secukupnya
5  biji  bawang merah  ~  hiris
2  ulas  bawang putih  ~  hiris
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup & daun bawang secukupnya untuk hiasan  (tak letak tiada stok)
Bawang goreng secukupnya untuk hiasan
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.  Tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga berbau harum.  Masukkan kentang (toskan) dan kacau rata.  Masak sekejap kemudian tuangkan stok ayam.  Tambah sedikit lagi air jika perlu. Bila mendidih,perlahan api.

2.  Bila kentang dah 1/2 empuk, pecahkan telur satu persatu tapi pastikan ianya tidak bertindih diantara satu sama lain.  Kecilkan api dan masak hingga telur mengeras. Kacau perlahan-lahan.  Tambah fucuk (toskan) dan jika perlu tuangkan sedikit air lagi.

3.  Masukkan soo hoon (toskan), tambah garam secukup rasa dan juga serbuk lada hitam.  Masak sekejap, sesuaikan rasa dan matikan api.  Taburkan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan...