KEK PISANG

Sunday, April 21, 2019

SUP TELUR BERSAMA KENTANG...









SUP TELUR BERSAMA KENTANG
sumber :    LiNaPg@TeratakMutiara Kasih...




Bahan-Bahan :

4-5  biji  telur
3  ulas  bawang merah *
1  ulas  bawang putih *
Sedikit halia *   ( * ditumbuk )
2  biji  ubi kentang  ~  potong dadu
1/2  batang  lobak merah  ~  potong dadu
1  bungkus  sup bunjut
Kiub ayam
Fucuk  ~  rendam hingga lembut  (tak letak)
Garam & gula/perasa
Air secukupnya
Daun sup/bawang  ~  hiris
Sedikit minyak masak


Cara Memasak :

1.  Panaskan sedikit minyak masak, tumiskan bahan tumbuk hingga sedikit garing.

2.  Masukkan air secukupnya untuk kuah.  Masukkan kentang, sup bunjut, garam dan gula/perasa.  Biarkan air mendidih dan kentang empuk.

3.  Masukkan fucuk dan lobak merah (saya potong nipis) kalau potong baji, masukkan awal sikit bersama kentang.  Masukkan kiub ayam, jika perlu.

4.  Apabila kuah mendidih, masukkan telur satu persatu.  Tutup periuk anggaran 1-2 minit supaya telur 'set'.

5.  Apabila telur masak/set bolehlah ditutup api dapur.  Taburkan hirisan daun bawang/sup dan bawang goreng semasa menghidang.

No comments:

Post a Comment