Sunday, April 21, 2019
MASAK TEMPOYAK TAUGEH KASAR...
MASAK TEMPOYAK TAUGEH KASAR
sumber : Majalah RASA April 2019...
Bahan-Bahan :
2-3 cawan air
200 gm taugeh kasar ~ bersihkan (saya gantikan dengan Timun Jepun dipotong memanjang)
4 ekor ikan selar sederhana besar
4 sudu makan tempoyak
Segenggam daun kesum
1 kuntum bunga kantan ~ belah dua (tak letak tiada)
1 batang serai ~ ketuk
Garam & gula secukup rasa
Bahan-Bahan Tumbuk :
10 biji cili padi
4 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
1 inci belacan
Cara Memasak :
1. Tumbuk cili padi, bawang merah, kunyit hidup dan belacan sehingga lumat.
2. Di dalam periuk, satukan bahan tumbuk bersama air, tempoyak, serai, bunga kantan dan daun kesum. Didihkan hingga semua bahan masak sebati.
3. Masukkan ikan dan taugeh kasar/timun. Didihkan beberapa minit.
4. Tambah garam dan gula secukup rasa.
5. Jika suka boleh tambahkan cili padi beberapa biji (tanpa dipotong).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment