KEK PISANG

Saturday, April 6, 2019

KASWI KELEDEK...







KASWI KELEDEK
sumber :    seleraputeri.blogspot.com
kredit to :    Kak Besah@MyResipi.com




Bahan-Bahan :

1  cawan  tepung gandum
1  cawan  tepung ubi
1  cawan  keledek merah/oren  ~  setelah direbus dengan kulit sehingga empuk, kupas kulit & lecek halus
2 1/3  cawan  santan
3/4  cawan  gula pasir
1/2  sudu kecil  air kapur
1/2  sudu kecil  garam

1  cawan  kelapa parut putih + secubit garam  ~  gaul sebati, untuk salut


Cara-Cara :

1.  Mula-mula panaskan kukusan sehingga air kukusan mendidih.

2.  Gaul rata semua bahan kecuali bahan salut sehingga sebati.  Atau boleh kisarkan sahaja adunan sebanyak dua tiga kali.

3.  Masukkan adunan ke dalam loyang yang disapu sedikit minyak lalu terus dikukus selama 25-30 minit/sehingga masak.  (loyang 8 inci bulat).

4.  Biarkan sejuk sepenuhnya barulah boleh dipotong menggunakan pisau plastik.

5.  Jika suka kelapa, bolehlah golekkan dengan kelapa parut yang sudah bergaul dengan secubit garam.  (sebaiknya kelapa dikukus seketika mengelakkan mudah cepat basi).


NOTA :   saya menggunakan acuan kecil, masa mengukus 20 minit  (23 biji)





No comments:

Post a Comment