PASTRY PUFF SOSEJ
sumber : resipicitarasawan...
Bahan-Bahan :
1 paket square pastry puff jenama KAWAN
1 paket sosej ~ potong 2 setiap satu
Parutan keju cheddar secukupnya (saya guna parsley kering & chilli flakes)
Sapuan :
1 kuning telur + sedikit air & susu sejat
Cara-Cara :
1. Lembutkan sebentar pastry puff pada suhu bilik. Potong 2 1/2 inci x 2 1/2 inci setiap satu.
2. Ambil satu keping dan letakkan 1 keratan sosej ditengahnya. Tabur dengan serbuk lada hitam, jika suka.
3. Temukan kedua-dua bucu pastry ditengah, tekan sedikit supaya melekat. Sapu permukaan dan tepinya dengan kuning telur.
4. Taburkan parutan keju ditengahnya atau ikut citarasa. Bakar pada suhu 180'C selama 15 minit hingga masak keperangan. Pasang kipas oven (jika ada) supaya garing dan masak sekata.
No comments:
Post a Comment