KEK PISANG

Monday, April 29, 2019

PANCAKE@PANKEK...










PANCAKE@PANKEK
sumber :    ilhamdapur.blogspot.com




Bahan-Bahan :

1 1/2  cawan  tepung gandum
3 1/2  sudu teh  baking powder
1/2  sudu teh  garam
2  sudu besar  gula
1 1/4  cawan  susu segar
1  biji  telur  ~  dipukul sedikit  (saya guna gred A)
3  sudu besar  mentega  ~  cairkan  (saya guna minyak masak jer)
Sedikit esen vanilla  (anggaran 1/2 sudu kecil)


Cara-Cara :

1.  Ayak tepung gandum, baking powder dan garam.  Kemudian gaul sebati dengan gula.  Buat lubang di tengah-tengah dan masukkan susu segar, telur dan mentega cair.  Kacau sehingga sebati.

2.  Panaskan non-stick pan dan masak menggunakan api perlahan sehingga keperangan di kedua-dua bahagian.  Sedia dihidangkan dengan sos coklat, madu atau ikut citarasa.


TIPS :    Untuk menghasilkan pancake@pankek yang sama saiz, sebaiknya gunakan non-stick pan bersaiz paling kecil.  Kalau guna pan besar, pancake@pankek akan jadi leper.  Selepas masukkan 1 senduk adunan ke dalam pan, tutup pan agar adunan naik.  Pastikan guna api perlahan.

No comments:

Post a Comment