KEK PISANG

Monday, April 1, 2019

PENGAT KELEDEK OREN & CANDIL...








PENGAT KELEDEK OREN &
CANDIL
sumber :    yatiememories.blogspot.com




Bahan Untuk Candil :

2  cawan  tepung pulut
1/2  cawan  tepung gandum
Sedikit garam
1  cawan  air  ~  tuang sedikit demi sedikit untuk uli tepung jadi doh yang dikehendaki
Air secukupnya untuk merebus bubur candil

2  ketul  keledek oren  ~  kupas & potong dadu besar, rebus sehingga empuk & toskan


Bahan Kuah :

1  cawan  santan pekat
2  cawan  santan cair
1  ketul  gula melaka  ~  racik halus & masak sehingga hancur bersama 1/2 cawan air & tapiskan
2  helai  daun pandan  ~  disimpul


Cara-Cara :

1.  Rebus keledek sehingga empuk.  Bila dah empuk, angkat dan toskan.

2.  Sementara itu campurkan tepung pulut, tepung gandam dan sedikit garam ke dalam mangkuk.

3.  Campurkan air sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh yang lembut.

4.  Didihkan air dalam periuk, bulat-bulatkan adunan dan rebuslah ke dalam air yang mendidih.

5.  Apabila dah timbul bebola itu, bolehlah diangkat dan tapiskan.

6.  Di dalam periuk yang lain, satukan santan cair dan santan pekat, masukkan sekali air gula melaka yang sudah ditapis tadi.

7.  Masukkan bebola candil tadi, keledek dan masukkan daun pandan, gaul sebati.

8.  Gaul sentiasa ketika memasak supaya santan tidak pecah, biarkan mendidih.  Sekiranya kurang manis bolehlah tambah gula pasir sedikit.  Setelah siap, matikan api dan bolehlah dihidangkan.

NOTA :   Saya bahagikan adunan doh untuk candil kepada 2 bahagian...satu kosong dan satu lagi letak sedikit pewarna hijau, terpulang kepada citarasa masing-masing.





No comments:

Post a Comment