BINGKA KELEDEK@KUIH
BAKAR KELEDEK
sumber : IlhamDapur.blogspot.com
Bahan-Bahan :
250 gm keledek ~ rebus sehingga empuk & sejukkan (saya guna keledek oren)
100 gm gula *
150 ml santan *
50 ml air *
50 ml susu segar *
90 gm tepung gandum
1/4 sudu teh garam
3 biji telur (saya guna gred A)
2-3 titik pewarna kuning, jika perlu (saya guna pewarna oren)
Bijan putih/hitam secukupnya
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 180'C. Sapu loyang 8 inci dengan sedikit mentega atau minyak sayur/masak.
2. Kisar lumat keledek yang telah dikupas kulit bersama bahan bertanda (*).
3. Masukkan tepung gandum, garam dan kisar lagi biar sebati kemudian masukkan telur dan pewarna, kisar sekejap sekadar untuk sebatikan.
4. Tuangkan ke dalam loyang, taburkan bijan secukupnya dan bakar selama 50-60 minit atau sehingga masak.
5. Keledek, kalau boleh ambil bahagian tengahnya, hujungnya kalau berserat/serabut jangan ambil, takut nanti kuih akan terasa serabut keledek tu.
No comments:
Post a Comment