Sunday, April 14, 2019
SIAKAP BAKAR 3 RASA !!!
SIAKAP BAKAR 3 RASA
sumber : buku masakan Hanieliza...
Bahan-Bahan :
1 ekor ikan siakap, dikelar (600 gm)
2 ulas bawang putih *
3 helai daun limau purut *
5 biji cili api *
1 kuntum bunga kantan * ( * dihiris )
2 sudu makan sos cili thai
2 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tomato
1 sudu makan kicap cair
1/4 cawan air
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Sapukan garam pada kedua-dua belah ikan.
2. Masukkan ikan ke dalam pemanggang ajaib. Tutup dan bakar selama 5 minit dengan api sederhana.
3. Terbalikkan pemanggang dan bakar lagi selama 3 minit. Angkat dan ketepikan.
4. Panaskan minyak masak di dalam pemanggang ajaib dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
5. Masukkan bahan-bahan lain ke dalam pemanggang. Tutup dan masak selama 3 minit.
6. Tuangkan ke atas ikan siakap yang dibakar tadi. Hidangkan.
TIP : Boleh gantikan daun limau purut dengan daun ketumbar.
Labels:
Pemanggang Ajaib
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment