Tuesday, April 9, 2019
AYAM MASAK KARI HIJAU...
AYAM MASAK KARI HIJAU
sumber : ruzitakitchen.blogspot.com
Bahan-Bahan :
1/4 ekor ayam yang sederhana besar ~ dipotong ikut suka
1 cawan santan pekat
2 batang serai ~ diketuk
5 helai daun limau purut
Garam secukup rasa
1 sudu kecil gula halus
1.5 liter air
1 biji tomato ~ dibelah 4
Sedikit minyak masak untuk menumis
Bahan-Bahan Kisar :
5 biji cili padi hijau
6 biji lada besar hijau
1 biji lada benggala hijau
1 biji bawang besar
1 inci halia
1 batang serai
1/2 inci lengkuas
4 biji bawang putih
5 biji bawang merah
Cara Memasak :
Panaskan minyak masak secukupnya di dalam periuk, tumiskan bahan kisar tadi.
Masukkan serai, kacau sehingga naik bau.
Kemudian masukkan ayam, kacau-kacau biar rata.
Tutup periuk dan biarkan sehingga ayam empuk.
Bila ayam kelihatan empuk, masukkan air.
Tunggu sehingga mendidih, masukkan garam dan gula kemudian masukkan santan, kacau tanpa henti (agar santan tidak pecah) menggunakan api perlahan.
Akhir sekali masukkan daun limau purut dan tomato. Biarkan seketika.
Sesuaikan rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment