KEK PISANG

Showing posts with label Acar. Show all posts
Showing posts with label Acar. Show all posts

Sunday, January 22, 2017

PENCUK NENAS...








PENCUK NENAS
sumber  :    Azlita Masam Manis...




Bahan-Bahan :

1  biji  timun  -  potong kecil atau sagat nipis
1/2  biji  nenas masak  -  kupas & potong kecil
1  biji  bawang besar  -  hiris halus
1  batang  cili merah  -  dihiris
1  batang  cili hijau  -  dihiris
1  sudu besar  cuka makan
Garam & gula secukup rasa


Cara Penyediaan :

Satukan kesemua bahan ke dalam bekas.  Gaul rata dan sesuaikan rasanya.
Sedia dihidangkan...

Thursday, December 8, 2016

ACAR TOMATO TIMUN...










ACAR TOMATO TIMUN
sumber  :    Majalah SAJI November 2016 ; (Chef Azli Razali)...





Bahan-Bahan :

1  batang  timun  -  hiris memanjang
2  biji  tomato merah  -  potong dadu
1  tangkai  cili merah  -  hiris
2  ulas  bawang merah  -  hiris
3  sudu besar  gula pasir
1/4  cawan  cuka masakan
sedikit garam


Cara Penyediaan :

1.  Masukkan hirisan timun, tomato, cili merah dan bawang merah ke dalam mangkuk.
2.  Diikuti dengan cuka masakan, gula pasir dan sedikit garam.
3.  Kemudian gaul sebati dan sedia dihidangkan...

Thursday, October 27, 2016

ACAR SAYUR...









ACAR SAYUR
cookbook  :    Ruzita's Kitchen...





Bahan-Bahan :

   1  biji  timun  -  buang mempulur, potong memanjang atau bulat
   1  biji  lobak merah  -  potong memanjang atau bulat
   6  biji  tomato ceri  -  belah dua  (saya ganti dengan 1 biji epal hijau  -  dihiris memanjang)
   1  biji  cili merah  -  hiris
   3  ulas  bawang merah  -  hiris halus
1/4  cawan  cuka masakan atau cuka epal
   4  sudu besar  gula pasir
1/2  sudu kecil  garam
   2  kelopak  kubis  -  hiris  (tak letak)


Cara Penyediaan :

1.  Gaulkan cuka, gula, garam, bawang dan cili merah hingga gula hancur.
2.  Masukkan timun dan kacau.
3.  Masukkan lobak merah dan ceri/epal hijau serta kubis.
4.  Gaul rata.  Biarkan sekejap di dalam peti ais.
5.  Sedia dihidangkan.

Sunday, June 26, 2016

ACAR EPAL HIJAU









ACAR EPAL HIJAU
sumber  :    Teratak Mutiara Kasih@ LinaPg...




Bahan-Bahan :

   2  biji  epal hijau Granny Smith  -  dihiris
   1  batang  lobak merah  -  dipotong seperti batang mancis
   5  biji  tomato ceri  -  belah 2
   2  biji  cili merah  -  hiris
1/2  labu  bawang besar  -  hiris
   1  biji  limau nipis  -  perah & ambil jusnya
   1  sudu kecil  gula atau secukup rasa
1/2  sudu kecil  garam atau secukup rasa


Cara Membuat :

1.  Satukan jus limau nipis, garam, gula, bawang dan cili.  Kemudian kacau sehingga gula/garam hancur.
2.  Sesuaikan rasa masam, manis, masin dan kepedasannya terlebih dahulu.
3.  Kemudian masukkan bahan-bahan lain, gaul sebati.
4.  Sejukkan di dalam peti ais sebelum menghidang supaya semuanya mesra.

Monday, April 11, 2016

ACAR TIMUN







ACAR TIMUN
sumber  :   Potret Kasih...




Bahan-Bahan :

   1  biji  timun  -  dihiris memanjang atau ikut citarasa
   2  batang  carrot  -  dihiris memanjang atau ikut citarasa
   1  labu  bawang besar  -  dihiris nipis & leraikan
   1  biji  cili merah  -  dihiris nipis
2-3  sudu besar  gula pasir
    1  sudu kecil  garam
4-5  sudu besar  cuka masakan atau jus limau nipis =  1/2 cawan


Cara-Cara :

1.  Satukan kesemua bahan di atas.  Sesuaikan rasanya kemudian simpan dalam peti sejuk selama 1/2 jam atau lebih sebelum menghidang.
2.  Hidangkan bersama nasi minyak/nasi tomato bersama lauk pilihan dll...

Tuesday, February 23, 2016

ACAR TIMUN








ACAR TIMUN
sumber  :   Potret Kasih...




Bahan-Bahan :

   1  biji  timun  -  hiris memanjang  (saya guna timun Jepun@Zucchini)
   2  batang  lobak merah  -  hiris memanjang
   1  labu  bawang besar  -  hiris nipis
   1  biji  cili merah  -  hiris nipis
2-3  sudu besar  gula pasir
   1  sudu teh  garam
4-5  sudu besar  cuka masakan atau jus limau nipis, anggaran 1/2 cawan (saya guna cuka epal)


Cara Penyediaan :

1.  Satukan kesemua bahan di dalam mangkuk.  Sesuaikan rasanya kemudian simpan di dalam peti sejuk selama 1/2 jam atau lebih sebelum menghidang.

2.  Hidangkan bersama nasi tomato, dalca, ayam masak merah dll..

Sunday, January 25, 2015

KERABU TELUR








KERABU TELUR
sumber dari  :  Majalah SAJI Ogos 2014
tried by  :  zaralovebaking...




Bahan-bahan :

   2  biji   telur dadar  -  hiris nipis
1/2  labu   bawang besar  -  hiris
   1  biji   tomato  - (tambahan) - hiris
   1  tangkai   cili merah  -  hiris
   1  helai   daun limau purut  -  hiris
   1  biji   limau nipis  -  diambil jusnya
Sedikit cili padi (tambahan) -  jika suka pedas
Garam secukupnya


Cara Menyediakan :

1.  Satukan hirisan telur dadar dengan bawang besar.
2.  Masukkan cili merah, tomato, cili padi dan taburkan hirisan daun limau purut.
3.  Akhir sekali masukkan garam secukup rasa diikuti dengan perahan jus limau nipis dan gaulkan rata.
4.  Enak dihidangkan dengan nasi panas.

Saturday, November 22, 2014

KERABU TIMUN






KERABU TIMUN
sumber  :   Majalah RASA Disember 2012



Bahan-bahan :

  4  biji  timun  (dihiris nipis)
  1  batang  lobak merah saiz sederha (dihiris nipis - tambahan)
  6  biji  cili merah  (dihiris)
  2  biji  bawang besar  (dihiris bulat)
10  sudu teh  cuka masakan
  5  sudu teh  gula pasir
  2  sudu teh  garam


Cara Memasak :

1.  Gaulkan kesemua bahan sayuran di dalam mangkuk sehingga rata dan sebati.
2.  Kemudian masukkan cuka masakan, gula pasir dan garam.  Gaulkan mesra dan sebati.
3.  Sedia dihidangkan.

Monday, October 27, 2014

JERUK MANGGA dan ASAM BOI



 Jeruk yang sedang hangat diperkatakan/ditayangkan di FB.  Rata-rata ramai yang telah mencubanya.  Feedbacknya, ramai yang mengatakan sangat sedap.  Maka, saya juga tidak ketinggalan teruja juga untuk mencubanya.  Memang sedap jugalah..tak rugi juga mencubanya.  Membuatnya pun senang dan tidaklah mengambil masa yang lama..






JERUK MANGGA dan ASAM BOI
sumber dari  :  BukuResipi/FB
tried by  :  zaralovebaking.blogspot.com



Bahan-bahan :

3-4  biji   mempelam  (dipotong-potong)
    7  biji   asam boi putih atau merah (ikut suka)
    3  biji   cili padi  (lebihkan jika suka pedas)
Sedikit garam
Gula secukupnya  (lebihkan jika suka)


Cara-cara :

1.   Masukkan kesemua bahan ke dalam balang/bekas.
2.   Gaulkan sebati/goncangkan bekas.
3.   Masukkan ke dalam peti sejuk lebih kurang 5 jam atau semalaman.
4.   Sedia untuk dimakan/dihidangkan.

INFO  :    boleh cuba gantikan mangga dengan epal atau jambu...

Wednesday, October 15, 2014

ACAR TOMATO







ACAR TOMATO
sumber dari  :  Norhayati Omar/FB..grup Cooking with Love
tried & tested :   zaralovebaking.blogspot.com; thanks...



Bahan-bahan :

   3  biji   tomato  (dipotong dadu)
   1  biji   bawang besar  (dibelah 4 & dimayang)
   4  biji   cili api  (dihiris)
   1  sudu besar   gula pasir
1/2  sudu teh   garam
Beberapa titik cuka masakan


Cara Menyediakan :

     Campurkan kesemua bahan di atas di dalam bekas yang sesuai dan gaulkan sehingga sebati.  Ia merupakan penyediaan sejuk.  Sedap dimakan bersama Nasi Tomato, Nasi Biryani  atau yang seangkatan dengannya...

Sunday, February 24, 2013

ACAR TIMUN & CARROT







ACAR TIMUN DAN CARROT


sumber dari  :  Hanamemories


   1  biji        timun
1/2  batang   carrot
   1  tangkai  lada merah
   1  biji        bawang besar
Garam & gula secukupnya
Sedikit cuka masakan


Cara-cara :

    Hiriskan timun dan carrot.  Potong lada merah menyerong.  Mayang bawang besar.  Dalam mangkuk, satukan kesemua bahan.  Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan.

Wednesday, September 21, 2011

ACAR TIMUN & CARROT
sumber : blog CMG


1 batang timun
2 batang carrot
2 batang lada merah, dihiris
2 batang lada hijau, dihiris
1/2 biji bawang besar, dihiris
3 tbsp. cuka masakan
garam & gula secukupnya


Cara membuat :

1. Kupas kulit timun dan carrot dan hiris memanjang.
2. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
3. Potong lada merah, lada hijau dan bawang besar.
4. Campurkan bersama cuka masakan, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
5. Sedia dihidangkan.