KEK PISANG

Monday, December 31, 2012

Puding Trifle untuk makan-makan bersama keluarga.






TRIFLE


sumber dari  :   internet
dicuba oleh  :   zaralovebaking.blogspot.com



Bahan-bahan :

1   bungkus   swissroll/sebarang jenis kek butter
1   kotak       serbuk agar-agar kristal   -  sebarang perisa
1   tin            fruit cocktail  -  atau ikut suka
2   tbsp         tepung kastad/tepung jagung
2   tbsp         gula pasir
2   cawan      susu segar/susu cair


Cara-cara :

1.   Campurkan tepung kastad, gula dan susu.  Gaul sebati dengan whisk dan masak hingga mendidih dan pekat.  Angkat dan biarkan sejuk sebentar.
2.   Potong swissroll dan susun didalam mangkuk kaserol hingga penuh.
3.   Ambil sedikit jus buah koktel dan tuang di atas kek tadi.
4.   Tuangkan kastad di atas keseluruhan kek hingga rata.  Taburkan buah-buahan atas kastad tadi.
5.   Bancuh dan masakkan serbuk agar-agar kristal ikut arahan pada pek kotak dan tuang di atas koktel tadi.
6.   Masukkan ke dalam peti sejuk.  Enak dimakan dengan aiskrim perisa vanilla.  Boleh juga dihias dengan whipping cream yang dipukul kental.

Puding Trifle

 Puding Trifle dalam bekas dadih


Sambal sardin






SAMBAL SARDIN BERKANTAN


sumber dari  :   nooriahnaim, tq for this recipe
dicuba oleh  :    zaralovebaking.blogspot.com



Bahan-bahan :

1   tin          sardin
2   tsp         cili kisar
1   kuntum   bunga kantan  -  dihiris
1   biji          tomato  -  dibelah 4 (saya guna tomato ceri)
1   biji          limau nipis  -  ambil jusnya
2   tangkai    daun bawang  -  dihiris
1   biji          bawang besar  -  dihiris
2   ulas         bawang putih  -  dihiris
sedikit cili padi (optional)
garam dan gula secukupnya
minyak


Cara memasak :

     Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih hingga layu.  Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.  Masukkan tomato dan bawang besar serta sardin, kacau perlahan agar sardin tidak pecah.  Perahkan limau nipis, masukkan garam dan gula secukup rasa.  Masukkan bunga kantan dan tidak perlu masak lama.
     Setelah masak taburkan dengan daun bawang dan hirisan limau nipis juga cili padi sekiranya suka pedas.

Sayur masak lemak

SAYUR KUBIS CINA MASAK LEMAK

Kek keju







KEK KEJU COKLAT MARMAR


sumber dari :  buku 'Hidangan Berkeju' Noraini Zakaria
dicuba oleh :   zaralovebaking.blogspot.com



Bahan A :

180  gm   mentega
190  gm   gula kastor
    3  biji   telur  (A)
125  gm   tepung superfine    )
    1  tsp   serbuk penaik       )   diayak bersama
  35  gm   serbuk koko         )


Bahan B :

250  gm   cream cheese  -  suhu bilik
  60  gm   gula kastor
    1  biji   telur  (A)

Acuan :  7 inci


Cara membuat :

1.   Sediakan tin pembakar empat segi.  Griskan dengan sedikit mentega dan lapik kertas serap minyak.
2.   Putar bahan A iaitu mentega dan gula kastor hingga kembang dan gebu.
3.   Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil diputar sebati.
4.   Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega sambil digaul hingga rata.
5.   Untuk adunan keju :  Putar bahan B iaitu cream cheese dan gula kastor hingga kembang dan masukkan telur.  Putar sebati.
6.   Tuangkan 1/2 adunan A ke dalam tin pembakar.  Tuangkan pula adunan B tadi hingga habis diikuti dengan adunan A yang separuh lagi.
7.   Ambil lidi dan lorekkan permukaan adunan untuk membuat corak marmar diatasnya.
8.   Bakar selama 1 jam pada ketuhar yang telah dipanaskan ke suhu :  170'C.

Sunday, December 30, 2012

Sambal Ikan segera






SAMBAL IKAN SEGERA



Bahan-bahan :

3   ekor   ikan kembung  (siang, cuci bersih & digoreng)
1   biji     bawang besar  (dihiris bulat)
6   biji     tomato ceri  (dihiris dua)
Pes sambal segera secukupnya  (boleh didapati dipasaraya besar)
garam & minyak secukupnya


Cara-cara :

     Panaskan sedikit minyak dalam kuali.  Tumiskan bawang besar hingga layu.  Masukkan pes sambal dan sedikit air.  Masukkan tomato ceri dan masak hingga sedikit lembut.  Kemudian masukkan ikan goreng dan gaul sebati.  Perisakan dengan sedikit garam.  Tunggu hingga mendidih dan matikan api.  Sedia untuk dihidang dengan nasi putih.

Brokoli






BROKOLI DENGAN TAUHU JEPUN



Bahan-bahan :

1   kuntum   brokoli  (potong kecil & dicelur sekejap)
1   batang    tauhu jepun ( dihiris & digoreng sedikit)
5   batang    jejari ketam (dipotong dua)
3   ulas        bawang putih  (dicincang)
sedikit sos tiram
sedikit serbuk lada sulah (jika suka)
garam dan minyak secukupnya


Cara-cara :

     Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih hingga wangi.  Masukkan jejari ketam dan masak hingga lembut.  Masukkan tauhu jepun yang telah digoreng dan sayur brokoli yang telah dicelur tadi.  Gaul sebati.  Masukkan sedikit sos tiram dan serbuk lada sulah (jika suka).  Masukkan sedikit air (jika perlu).  Perisakan dengan sedikit garam.  Tunggu hingga mendidih dan bolehlah dimatikan api.  Sedia untuk dihidang dengan nasi putih.

Sayur Asparagus.





SAYUR ASPARAGUS GORENG BELACAN



Bahan-bahan :

2   pek       sayur asparagus  (dipotong ikut suka dan cuci bersih)
5   keping   jejari ketam  (dipotong dua)
3   biji        cili merah  (kalau nak pedas boleh tambah)
4   biji        bawang merah
2   ulas       bawang putih
1   inci        belacan  (dibakar)
sedikit sos tiram
garam & minyak secukupnya


Cara-cara :

1.   Cili merah, bawang merah, bawang putih dan belacan bakar dikisar atau ditumbuk halus.
2.   Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan kisar hingga garing dan berbau wangi.
3.   Masukkan jejari ketam dan sayur asparagus.  Masak sayur hingga agak lembut.
4.   Masukkan sedikit air, sos tiram dan garam secukup rasa.  Gaul sebati.
5.   Apabila mendidih bolehlah ditutup api dan sedia untuk dihidang dengan nasi putih.

Masakan berasaskan ayam.






AYAM MASAK LADA HITAM



Bahan-bahan :

1/2   ekor       ayam  (potong kecil dan cuci bersih)
   4   biji         bawang merah  -  dihiris
   2   ulas        bawang putih  -  dihiris
   1   inci         halia  -  dihiris
   6   biji         tomato ceri  (dihiris dua)
   1   batang   kulit kayu manis
   1   kuntum  bunga lawang
sedikit kicap pekat
sedikit lada hitam (ikut kepedasan)
sedikit serbuk kunyit & garam
sedikit minyak


Cara-cara :

1.   Gaulkan ayam dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.  Goreng setengah masak atau hingga garing.
2.   Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
3.   Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, kicap pekat dan lada hitam.  Masak hingga mendidih.  Tambahkan sedikit air jika perlu.
4.   Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan tomato ceri.  Gaul sebati.  Tunggu hingga mendidih sekali lagi dan tutup api.  Sedia untuk dihidangkan.

Sunday, December 23, 2012

Puding yang enak.

 PUDING ROTI COKLAT STRAWBERRY






PUDING ROTI COKELAT STRAWBERRY


rujukan dari  :   buku 'Agar-agar & Puding'
dicuba oleh   :   zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

    4    keping   roti putih
    2    biji         telur
 1/2    cawan    susu pekat
170    ml          susu cair
  10    gm         serbuk agar-agar
 1/2    cawan    gula pasir
    2    tbsp       butter atau marjerin (dicairkan)
3 1/2  cawan    air
      2  tbsp       serbuk koko
      1  tsp         pewarna merah jambu dan perisa strawberry


Cara-cara :

1.   Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk.  Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan baki air tadi (1/2 cawan).

2.   Kemudian masukkan ke dalam periuk agar-agar yang sudah dididih tadi.  Masukkan butter atau marjerin dan kacau rata sampai mendidih.  Matikan api.

3.   Bahagikan kepada 2 bahagian.  Satu bahagian warnakan dengan warna merah jambu dan perisa strawberry dan satu adunan lagi masukkan serbuk koko.  Kacau cepat dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul-ketul.

4.   Tuangkan ke dalam loyang bahagian coklat kemudian masukkan bahagian yang berwarna merah jambu. Hendaklah dibuat dengan CEPAT kerana puding ini mudah sejuk@membeku.

5.   Dah siap bolehlah disimpan didalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam atau hingga keras.

Creme Puff berinti kastad durian.





Creme Puff Durian


rujukan dari   :   Hanamemories
dicuba oleh    :   zaralovebaking.blogspot.com



Bahan untuk creme puff :

100  gm   mentega
250  ml    air
150  gm   tepung gandum
    3  biji   telur  (A)
    1  tsp   gula pasir
secubit garam


Cara-cara :

1.   Masukkan air, gula dan mentega ke dalam periuk dan didihkan.
2.   Tutupkan api, masuskkan tepung serta garam dan kacau hingga sebati.
3.   Sejukkan dan masukkan telur satu demi satu sambil dipukul hingga sebati.
4.   Masukkan adunan doh ke dalam piping bag dan paipkan ke atas dulang pembakar.
5.   Bakar pada suhu : 200'C selama 25-30 hingga berwarna keperangan.
6.   Sejukkan puff dahulu kemudian isikan dengan kastad durian.
7.   Hidangkan.


Kastad Durian :

2  tbsp      tepung kastad
4  tbsp      gula kastor
1  cawan   susu segar  (250 ml)
1  biji        telur
1  tbsp      mentega
1  tbsp      isi durian  (jika suka boleh lebihkan, dilecek)

Cara-cara :

     Campurkan semua bahan ke dalam periuk kecuali mentega.  Kacau sebati.  Masak di atas dapur dengan api perlahan hingga pekat dan likat.  Matikan api dan masukkan mentega.  Kacau hingga mentega larut dan sejukkan.  Sedia untuk digunakan.


ATAU :

    Pukul 200 ml whipping cream hingga kental.  Blend 8-10 ulas isi durian dan campurkan ke dalam krim.  Sedia untuk digunakan.

Kek Pisang yang enak dan cantik.






KEK PISANG MARBLE


resipi dari  :      rossitamz-kitchen/Azita Zain,
dicuba oleh :    zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

      5   biji        pisang masak ranum
      4   biji        telur  (B)
   1/2   cawan   minyak masak
   1/2   cawan   susu segar
    1/2  cawan   gula kastor
2  1/2  cawan   tepung gandum
       2  tsp        baking powder
       1  tsp        soda bikarbonat
       1  tbsp      chocolate emulco

Acuan :  8 inci atau ikut pilihan


Cara-cara :

1.   Lenserkan loyang dengan sedikit mentega, tabur dengan sedikit tepung.  Ketepikan.
2.   Panaskan ketuhar pada suhu :  175'C selama 10 minit.
3.   Ayakkan bahan kering ke dalam mangkuk besar.  Ketepikan.
4.   Blend pisang, telur, minyak, susu segar dan gula kastor hingga hancur.
5.   Tuangkan bahan kisar ke dalam adunan tepung.  Kacau dengan spatula secara kaupbalik hingga sebati.
6.   Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.  Satu bahagian campurkan chocolate emulco dan kacau rata.  Manakala satu bahagian lagi dibiarkan asal.
7.   Tuangkan adunan ke dalam loyang secara berselang-seli hingga kedua-dua adunan habis.
8.   Bakar selama 50 minit atau hingga masak.  Tutup permukaan kek dengan aluminium foil untuk mengelakkan kek daripada hangus.

Saturday, December 22, 2012

Acara memotong kek hari jadi

 Birthday boy sedang memotong kek hari jadi yang ke !!!

 CHOCOLATE CAKE with BUTTERCREAM FROSTING






CHOCOLATE CAKE


resipi dari :       dapur CTdelima, tqvm untuk resipi ini, sedap & lazat.
dicuba oleh :    zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

1 3/4   cawan   tepung gandum
1 1/2   cawan   gula kastor
   3/4   cawan   serbuk koko
      2   tsp        soda bikarbonat
      1   tsp        baking powder
      1   cawan   buttermilk
   1/2   cawan   minyak jagung
      2   biji        telur  (A)
      1   tsp        esen vanilla
      1   cawan   air kopi panas segar (Nescafe)

Hiasan :   gula coklat & coklat M&M secukupnya
Loyang :  9 inci, gris dan alas dengan baking paper


Cara membuat :

1.   Dalam mangkuk besar, ayakkan bersama tepung gandum, gula, serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder, ketepikan sebentar.

2.   Dalam mangkuk besar yang lain, satukan buttermilk, minyak, telur dan vanilla.  Pukul bahan-bahan tadi dengan menggunakan mixer/hand whisk supaya bahan-bahan menjadi sebati sahaja.

3.   Tambah bahan-bahan kering yang telah diayak dan gaul sebentar sahaja.  Perlahan-lahan tuangkan air kopi panas dan kacau rata.

4.   Gris loyang 9-inci (23cm) dengan sedikit mentega dan lapik dengan kertas minyak.  Bakar pada suhu : 180'C selama 35-40 minit hingga masak.

5.   Sejukkan kek terlebih dahulu kemudian hias dengan buttercream dan toppingnya.


Bahan Buttercream :

250   gm        mentega  -  lembutkan
    2   cawan   gula icing  -  diayak
    2   tsp        esen vanilla


Cara-cara :

     Putar mentega hingga lembut kemudian masukkan gula icing sedikit demi sedikit dan putar lagi.  Masukkan esen vanilla dan putar lagi hingga berkrim dan licin.

   

Friday, December 21, 2012

Kek Chiffon yang sedap dan gebu


 COCO CRUNCH CHIFFON CAKE





COCO CRUNCH CHIFFON CAKE


adapted from :  cookbook  by Kevin Chai
tried by :           zaralovebaking.blogspot.com


Egg yolk batter :

    6   egg   yolks  (B)
  60   ml     cooking oil
  60   ml     fresh milk
  45   gm    milk powder
  45   gm    coco crunch
  90   gm    caster sugar
150  gm    self-raising flour
 1/2  tsp    green food colouring (I added)


Egg white foam :

    6   egg   whites
    1   tsp    cream of tartar
120   gm    caster sugar


Method :

1.   To make egg yolk batter :  combine egg yolks, cooking oil, fresh milk, milk powder, coco crunch, green food colouring (if using) and sugar in a mixing bowl.  Fold in sifted flour until forms batter.

2.   To make egg white foam :  beat egg whites and cream of tartar until mixture forms soft peaks.  Gradually add in sugar, beating at high speed until frothy and stiff peaks form.

3.   Gently fold beaten egg white form into egg yolk batter until blended.

4.   Pour batter into ungreased 9-in (22cm) tube pan.  Bake in preheated oven at 170'C for 30 minutes or until cooked.  Remove from oven, invert cake onto table until completely cooled.

     

Birthday cake Amin yg ke 16 tahun

 CHOCOLATE CAKE

Thursday, December 20, 2012

Banana Cupcake yang moist dan enak

 SOFT BANANA CUPCAKE





SOFT BANANA CUPCAKE


rujukan dari  :  buku 'Istimewa Pemanis Mulut' CTdelima
dicuba oleh   :  zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

  90  gm   minyak jagung/minyak masak
  50  gm   gula kastor
    1  biji   telur  (A) -  dipukul ringan
125  gm   tepung gandum
 1/2  tsp   baking powder
 1/2  tsp   baking soda
    4  biji   pisang berangan masak (dilecek halus) (160 gm)
  25  gm   susu segar/susu cair
 1/2  tsp   esen pisang


Cara membuat :

1.   Pukul telur dan gula hingga ringan dan berkrim, anggaran 2-3 minit.  (guna hand whisk)
2.   Masukkan susu segar, pisang lecek halus, minyak jagung dan esen pisang dan putar sekejap.
3.   Dalam mangkuk lain, ayakkan tepung, baking powder dan baking soda dan gaul rata.
4.   Masukkan bahan ayak (tepung) ke dalam bahan basah dan kaup balik hingga tiada ketulan tepung kelihatan.  Jangan digaul terlalu lama, cukup sekadar semua bahan bercampur saja.
5.   Sudukan adunan ke dalam acuan muffin atau papercup dan bakar pada suhu : 180'C selama 20-25 minit atau hingga masak.
6.   Setelah masak, sejukkan atas rak dawai sepenuhnya.
      (menghasilkan :  14 biji)

Wednesday, December 19, 2012

Parcel dari London, UK

Akhirnya barang yang berupa acuan untuk fondant tiba juga dari London, UK
setelah agak lama tergendala pengirimannya (lebih kurang hampir sebulan). 
Ingatkan dah hilang dalam perjalanan.  Barang-barang ini order melalui e-bay dari bulan Nov. 2012
baru tiba hari ini.  Syukur akhirnya tiba juga ke pangkuanku, amin....
                                     




 bunga Petunia
 bunga Daisy
 bunga Blossom
corak rama-rama & corak daun