Showing posts with label Sotong. Show all posts
Showing posts with label Sotong. Show all posts
Tuesday, July 28, 2020
SAMBAL SOTONG
RESEPI SAMBAL SOTONG
( Mariana Zainal )
Bahan-Bahan :
1 kg. sotong
2 sudu besar membukit gula pasir
1 sudu kecil garam
1 keping asam keping@asam gelugor atau air asam jawa
Sedikit halia (hiris)
1 biji bawang besar (hiris bulat)
1/2 cawan air (untuk kuah)
3 senduk sayur minyak masak, untuk menumis sambal
Garam, gula, serbuk perasa
Bahan-Bahan Kisar :
20-25 tangkai cili kering (boleh tambah jika suka lebih pedas)
1 1/2 biji cili besar
5 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil belacan (sikit saja)
Cara Memasak :
1. Goreng sekejap sotong (tanpa minyak) untuk keringkan air sotong. Kemudian toskan.
2. Panaskan 3 senduk sayur minyak masak, masukkan sedikit hirisan halia (tujuannya untuk bagi cili yang kita tumis nanti cepat garing naik minyak) jangan buang ..... terus masukkan bahan kisar.
3. Masukkan bahan kisar, gula, garam, bahan perasa, asam keping. Tumis sehingga betul-betul masak dan naik minyak menggunakan api sederhana. Dah elok naik minyak, masukkan sotong dan bawang besar, gaul rata, boleh masukkan air 1/2 cawan untuk kuah. Dah mendidih ganas, bolehlah tutup api ..... SIAP!
Labels:
Sotong
Thursday, April 30, 2020
SOTONG MASAK KICAP RINGKAS ...
SOTONG MASAK KICAP RINGKAS
sumber : resepicikguani.blogspot.com
Bahan-Bahan :
600 gm sotong ~ dibersihkan & dipotong bulat 1 inci & ditoskan airnya
1 biji bawang besar ~ dimayang bulat
3 biji cili merah/hijau ~ dihiris kasar
2 keping asam gelugor
Kicap lemak manis secukupnya
Sedikit garam
Minyak masak
Bahan Tumbuk/Hiris Halus :
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar saiz sederhana
Cara Memasak :
1. Panaskan 2 sudu makan minyak masak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan semua bahan-bahan lain. Gaul rata hingga bawang besar layu dan sotong masak. (Masak sotong jangan terlalu lama, nanti dagingnya akan liat).
3. Sesuaikan rasa, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Labels:
Sotong
Monday, March 23, 2020
PAPRIK SOTONG ...
RESIPI PAPRIK SOTONG
sumber : Fiza's Cooking ...
Bahan-Bahan :
1/2 kilo sotong ~ dibersihkan, potong & toskan
2 ulas bawang putih ~ dicincang halus
3 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
Garam secukupnya
Minyak masak
Bahan B :
1 labu bawang Holland ~ diracik
2 tangkai cili merah ~ dihiris serong
15 biji cili api ~ diketuk
2 helai daun limau purut ~ disiat-siat & buang urat tengahnya
Bunga kobis secukupnya ~ dihiris kecil
5 biji putik jagung ~ dihiris serong
1/2 batang lobak merah ~ dihiris ikut suka
3 tangkai kacang panjang ~ dipotong 1 inci
2 cawan air
Cara Memasak :
1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan masak sebentar lalu masukkan semua sos. Kacau sehingga pecah minyak.
3. Masukkan semua Bahan B, kacau seketika.
4. Masukkan pula sotong. (Jika dilihat resipi ini, saya masukkan sayur dahulu baru sotong sebabnya sotong tidak perlu terlampau masak kerana isinya akan menjadi liat).
5. Kacau rata sehingga isi sotong layu dan masukkan air. Masak sehingga mendidih dan masukkan garam dan sedikit serbuk perasa (jika suka).
6. Kacau sebentar sebelum matikan api dapur dan hidangkan.
Labels:
Sotong
Friday, January 31, 2020
PAPRIK SEAFOOD ALA THAI ...
RESEPI PAPRIK SEAFOOD ALA THAI
sumber : resepichenom.com
Bahan-Bahan :
4-5 ekor sotong ~ potong bulat
8 ekor udang ~ bersihkan & buang kulit
3 ulas bawang putih ~ ketuk & cincang kasar
2 inci halia ~ potong mancis
1 batang serai ~ ketuk
3 sudu besar cili kisar
4 helai daun limau purut ~ carikkan
6 biji cili padi ~ tumbuk/titik bagi pecah
Kacang panjang
Jagung kecil
Bunga kobis
Karot
Sedikit minyak masak untuk menumis
Bahan Untuk Sos :
1 sudu besar sos ikan
1-2 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis bawang putih bersama halia. Kemudian masukkan serai dan cili kisar.
2. Apabila pecah minyak dan naik bau, masukkan udang dan sotong.
3. Masukkan daun limau purut, cili padi dan sayuran seperti kacang panjang, kobis bunga, jagung kecil dan karot.
4. Masukkan bahan sos dan kacau sehingga masak. Tambah air jika kuah agak kering.
TIPS :
~ Penting untuk anda mengagak sendiri bahan-bahan untuk sos. Jika kuah terlalu sedikit, boleh tambah lagi sos.
~ Seafood pula jangan dimasak terlalu lama kerana nanti terlebih masak dan keras.
Labels:
Sotong
Sunday, December 22, 2019
FRIED CALAMARI RECIPE ...
FRIED CALAMARI RECIPE
adapted from : www.rasamalaysia.com
Fried Calamari ~ deep fried calamari recipe Italian style. Serve with tomato sauce as dipping sauce, this is the best recipe ever, extra crispy, easy and delicious !!!
Ingredients :
8 - 12 oz. cleaned squid and tentacles
4 oz. all-purpose flour (about 125 gm)
2 oz. cornstarch (about 63 gm)
1 large egg, beaten
1/8 tsp. salt
3 dashes cayenne pepper
Oil, for deep frying
Bottled tomato sauce or pasta sauce, for dipping
Chopped parsley, for garnishing (I use dried parsley)
Directions :
1. Cut the tubes of cleaned squid into 1/2-inch ring.
2. Transfer the squid to a big bowl with a beaten egg. Stir to mix well.
3. In another big bowl, combine the all-purpose flour, cornstarch, cayenne pepper and salt. Stir to mix well. Working in small batches, drop some squid into the flour mixture. Coat well and transfer the squid out to a strainer.
4. Repeat until all squid are nicely coated with the flour mixture. Gently shake the strainer with squid to remove excess flour.
5. Heat up a skillet with 1-inch oil on high heat. When the oil is heated, deep fry the squid until they turn light brown in colour. Remove the squid from oil and drain on paper towels.
6. Garnish the squid with parsley, serve warm with tomato sauce.
Labels:
Sotong
Wednesday, September 18, 2019
SAMBAL SOTONG ...
RESEPI SAMBAL SOTONG
sumber : Chef Hanieliza ...
Bahan-Bahan :
500 gm sotong
1/2 cawan jus asam jawa
3 sudu besar sos tomato
1 labu bawang besar ~ dihiris kasar
1 tangkai daun kari
1 sudu kecil gula
3 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan Untuk Kuah :
20 tangkai cili kering ~ rendam seketika hingga lembut & toskan
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar hingga garing dan naik minyak.
2. Masukkan jus asam jawa dan sos tomato. Kemudian kacau rata.
3. Masukkan gula dan garam, kemudian masakkan hingga naik minyak dan pekat.
4. Masukkan sotong, bawang besar dan daun kari. Kacau rata.
5. Biarkan sebentar supaya sotong masak dan bawang besar agak layu. Tutupkan api.
6. Hidangkan dengan nasi putih ataupun nasi lemak.
Labels:
Sotong
Saturday, December 8, 2018
SOTONG MENTEGA ALA NOGORI...
SOTONG/UDANG MENTEGA ALA NOGORI
sumber : Majalah SAJI Januari 2018
Bahan-Bahan :
500 gm sotong (resipi asal guna udang)
1 cawan santan
2 sudu besar krim keju
2 biji kuning telur ~ kacau-kacau
5 tangkai cili padi ~ diracik
3 tangkai daun kari
2 sudu besar minyak masak
3 sudu besar mentega ~ untuk telur
3 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
Cara Memasak :
1. Sotong/udang yang telah dibersihkan, gaulkan dengan sedikit tepung gandum. Goreng sotong/udang dengan api besar serta minyak yang betul-betul panas. Angkat dan toskan sotong/udang apabila bertukar warna merah. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, cairkan mentega. Pastikan minyak betul-betul panas dan api besar. Tapiskan kuning telur ke dalam kuali sambil dikacau laju-laju sehingga berkirai. Angkat telur dan toskan minyak. Ketepikan.
3. Kemudian di dalam kuali lain yang bersih, cairkan mentega selebihnya, goreng daun kari dan cili padi sehingga naik bau.
4. Masukkan santan dan krim keju. Kacau sebati.
5. Akhir sekali masukkan sotong/udang yang telah digoreng tadi. Gaul rata sehingga sotong/udang bersalut krim. Angkat dan hidangkan dengan kuning telur mengikut kreativiti anda...
Rupa kurang menarik memandangkan sotong yang digunakan bersaiz kecil, tersilap beli tapi rasa tetap sedap...
Labels:
Sotong
Thursday, April 6, 2017
RESIPI SOTONG GORENG KUNYIT...
SOTONG GORENG KUNYIT
rujukan : iresipi.com
Jumlah Hidangan : 3
Bahan-Bahan :
7-8 ekor sotong - dipotong
Lada benggala - dipotong memanjang (saya guna cili hijau, potong menyerong)
1 biji bawang besar - dipotong bulat/ikut suka
1 biji tomato - dipotong 4/6
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
sedikit serbuk lada sulah
minyak masak untuk menggoreng/menumis
Cara Memasak :
1. Gaulkan sotong bersama garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng seketika. Angkat dan toskan.
2. Tumis bawang besar menggunakan 2-3 sudu besar minyak gorengan sotong tadi.
3. Masukkan lada benggala dan bawang besar. Gaul seketika. Kemudian masukkan sotong yang digoreng tadi.
4. Perasakan dengan garam, serbuk lada sulah dan akhir sekali masukkan tomato.
5. Gaulkan sehingga rata, tomato sedikit layu, tutup api dan siap untuk dihidangkan...
Labels:
Sotong
Tuesday, January 31, 2017
PAPRIK SOTONG...
RESEPI PAPRIK SOTONG
sumber : resipisedap/Ummi...
Bahan-Bahan :
3-4 ekor sotong - bersihkan & potong (saya guna 10 ekor memandangkan ianya bersaiz kecil)
3 ulas bawang putih - ketuk
3 biji bawang merah - hiris
1 labu bawang besar - hiris kasar
2 batang serai - hiris kasar
2 helai daun limau purut
5 biji cili padi - diketuk
1 biji cili merah - hiris menyerong
Sedikit kobis, kacang sepat & lobak merah - hiris ikut suka
Sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram & sos ikan - sukatan agak-agak ikut citarasa
Garam sekiranya perlu
Sedikit minyak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili padi yang diketuk, kacau sekejap sehingga berbau harum.
2. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram (anggaran 1 sudu besar), sedikit sos ikan dan sotong. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih sekejap.
3. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. Bila sudah mendidih, masukkan bawang besar dan hirisan cili merah. Sesuaikan rasanya, tutup api dan sedia untuk dihidangkan...
Labels:
Sotong
Friday, October 28, 2016
SAMBAL SOTONG...
SAMBAL SOTONG
sumber : Ruzita's Kitchen cookbook...
Bahan-Bahan :
400 gm sotong merah - hiris kecil
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1/2 kiub pati ayam Knorr
1 sudu besar sos tomato/sos cili
1 sudu besar kicap
1 biji bawang besar - potong bulat
1 biji cili hijau - hiris
2 sudu besar santan pekat
1 senduk kecil minyak masak
Bahan Kisar :
6 tangkai cili kering - dipotong & rendam dalam air panas hingga kembang
1 biji bawang besar
1 inci halia
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
2. Masukkan garam, gula, kiub pati ayam dan kacau rata.
3. Masukkan kicap dan sos tomato/sos cili dan kacau rata.
4. Masukkan sotong dan perlahankan api. Biar hingga sotong masak.
5. Masukkan santan dan kacau hingga pekat. Sesuaikan rasa.
6. Masukkan cili hijau dan bawang besar dan kacau rata.
7. Sedia dihidangkan...
Labels:
Sotong
Monday, November 17, 2014
SAMBAL SOTONG KEMBANG
SAMBAL SOTONG KEMBANG
sumber : Chef Hanieliza
Bahan A :
1 ekor sotong kembang (dihiris kasar)
1 labu bawang besar (dihiris kasar)
1/2 cawan jus asam jawa
3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Bahan B : (Dikisar)
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil belacan (sekiranya suka)
Cara Membuat :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar hingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan jus asam jawa dan kacau rata.
3. Masukkan sotong dan bawang besar. Kemudian kacau rata.
4. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Masakkan hingga kuah pekat.
5. Sedia dihidangkan.
Labels:
Sotong
Subscribe to:
Posts (Atom)