KEK PISANG

Friday, January 31, 2020

PAPRIK SEAFOOD ALA THAI ...









RESEPI PAPRIK SEAFOOD ALA THAI
sumber :    resepichenom.com




Bahan-Bahan :

4-5  ekor  sotong   ~  potong bulat
8  ekor  udang   ~  bersihkan & buang kulit
3  ulas  bawang putih   ~  ketuk & cincang kasar
2  inci  halia   ~  potong mancis
1  batang  serai   ~  ketuk
3  sudu besar  cili kisar
4  helai  daun limau purut   ~  carikkan
6  biji  cili padi   ~  tumbuk/titik bagi pecah
Kacang panjang
Jagung kecil
Bunga kobis
Karot
Sedikit minyak masak untuk menumis


Bahan Untuk Sos :

1  sudu besar  sos ikan
1-2  sudu besar  kicap pekat manis
2  sudu besar  sos tiram
3  sudu besar  sos tomato
3  sudu besar  sos cili


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis bawang putih bersama halia.  Kemudian masukkan serai dan cili kisar.
2.  Apabila pecah minyak dan naik bau, masukkan udang dan sotong.
3.  Masukkan daun limau purut, cili padi dan sayuran seperti kacang panjang, kobis bunga, jagung kecil dan karot.
4.  Masukkan bahan sos dan kacau sehingga masak.  Tambah air jika kuah agak kering.


TIPS :

~   Penting untuk anda mengagak sendiri bahan-bahan untuk sos.  Jika kuah terlalu sedikit, boleh tambah lagi sos.

~   Seafood pula jangan dimasak terlalu lama kerana nanti terlebih masak dan keras.

No comments:

Post a Comment